Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Otomen ucapkan…
Peraduan Bonanza Orang Kampung 2015 telah berjalan dengan lancarnya pada 13 Jun 2015 di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka. Peraduan ini bertujuan memberi penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan kepada produk tempatan.
Peraduan ini memaparkan pelbagai hadiah lumayan untuk dimenangi. Anda akan turut berpeluang menerima hadiah bernilai RM150,000 di mana 1 unit Perodua Axia, 1 unit vespa LX150, 3 unit Modenas Kriss MR1, 4 unit OPPO Smartphone, 4 unit loket emas, 4 unit TV Samsung LED 32″ serta 1000 set produk orang kampung.
Anda teruja dengan hadiah yang ditawarkan. Tak perlu kata apa lagi. Jom beli produk tempatan iaitu produk orang kampung ini dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah itu nanti. InsyaAllah. Otomen dan isteri, LeYa turut serta dalam Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Bonanza OK 2015 Peringkat pertama yang lalu. Otomen dapat menyaksikan bagaimana sidang media berpusu-pusu ingin mendapatkan maklumat mengenai para pemenang dan penaja. Tidak ketinggalan Otomen dan isteri. Menemuramah pemenang sebagai galakan dan dorongan kepada mereka untuk terus memberi sokongan kepada produk tempatan.