Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Tidak sangka hari ni Otomen sudah pun menjadi ahli dalam kumpulan Blogger Area. Keaktifan Puan Isteri dalam melayari Internet sebagai seorang blogger yang berkaliber, beliau turut membantu Encik Suaminya turut serta dalam senarai ahli Blogger Area. Bukan Otomen tahu pun sebenarnya pada mulanya. Namun, atas tunjuk ajar dari Mrs. Otomen, berjaya jugak mempelajari bidang blogging ni dengan lebih dekat.
Memang seronok berblogging ni. Kita dapat berkongsi pendapat dan mencurahkan idea dalam penulisan di blog kita. Bagi Otomen, Otomen lebih gemar santai dalam setiap penulisan Otomen. Membahasakan diri sebagai Otomen, kerna sejak dari dulu lagi minat dengan Otomen.
Ok lah… sedikit berkenaan Blogger Area.
Satu komuniti blog yang sangat besar dan dikelolakan oleh Tuan Blogger Area (TBA) atau Ridzwan yang mana beliau sangatlah rajin dan sering berusaha untuk terus berjaya. Walaupun pada pandangan beliau bukanlah seorang blogger famous, namun bagi Otomen, TBA sudah pun menjadi seorang blogger yang hebat.
Mrs. Otomen sendiri ada cakap yang TBA ni sangat best bila dibawa berbincang. Pelbagai e-book telah pun ditulisnya. Untuk mendapatkan setiap hasil tulisan beliau, hanya hubungi beliau di laman facebook Tuan Blogger Area.
Jom dapatkan E-Book Hasil Tulisan Pakar dari TBA ini
Boleh Hubungi di:
Facebook: https://www.facebook.com/MrZuan
Logo Blogger Area yang setiap ahlinya perlu pasang di blog mereka