Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua….
Seorang kanak-kanak berumur 11 tahun yang berasal dari Serbia ini mempunyai bakat dan hobi yang sangat menarik. Melukis gambar-gambar yang sangat cantik yang mungkin tidak terjangkau rakan sebayanya akan turut melukis seperti itu. Dusan Krtolica, nama kanak-kanak yan berbakat ini. Beliau seringkali menghabiskan masanya dengan lukisan-lukisannya dalam satu minggu hampir 500 keping lukisan untuk dilukis, seperti yang disiarkan dalam odditycentral.com.
Pada awalnya, ibu bapa beliau tidak mempedulikan bakat yang diperolehinya. Namun, pabila hari semakin hari, Dusan berlatih dan terus berlatih melukis, ibu bapanya tertarik dan mulai menyokong bakat yang ada pada diri anaknya itu.
Antara lukisannya yang boleh dilihat di sini adalah:
Dušan sudah 3 kali melakukan pameran, dua kali saat kanak-kanak ketika masih berusia 8 tahun . Selain itu Dušan juga pernah diundang ke Amerika Syarikat , Australia , dan India.
Saksikan juga bagaimana kanak-kanak Dusan ini melukis.
Sumber: ZamriSpoon
WoW!!! Cantiknye…. Berbakat sungguh kanak-kanak ni