Assalamualaikum…
Terkini, usaha untuk menjadikan Sungai Rambai sebagai pusat pertumbuhan baharu digiatkan lagi dengan satu projek “Kota Budaya Gerbang Selatan” yang bakal menerapkan pelbagai kompenen dan ciri-ciri budaya masyarakat di negara ini.
Seperti yang kita tahu dahulu, Sungai Rambai hanyalah sebuah perkampungan kecil sejak awal 1800-an dengan penempatan awal di Kampung Tedong, Kampung Serkam dan Kampung Kesang di Muar, Johor. Pada waktu itu, penduduk hanya bekerja sebagai petani dan nelayan. Sungai Rambai mendapat nama dari sebatang pokok rambai besar yang tumbuh antara Kuala Parit Penghulu dan Parit Sidang Seman dan telah dinamakan oleh Penghulu Dualim pada tahun 1880.
Kini, selepas kemerdekaan, Sungai Rambai yang terletak di selatan negeri Melaka ini semakin mendapat perubahan dari masa ke semasa. Daerah ini berubah mengikut arus pemodenan dan kedudukannya yang strategik yang berdekatan dengan Muar mendapat perhatian dan tumpuan para pelancong untuk singgah ke sini.
Kota Budaya ini merupakan projek yang pertama di negeri ini yang menempatkan segala adat dan budaya yang wujud di Melaka khasnya, dan Malaysia untuk dipertontonkan kepada generasi masa kini. Ia akan menjadi produk pelancongan yang mampu menarik para pelancong dari dalam dan luar negara kerana mempunyai keistimewaan elemen-elemen yang menarik yang ada pada projek ini.
Sebenarnya, banyak tempat menarik yang boleh kita lawati apabila berkunjung ke Sungai Rambai. Antara lokasi menarik yang boleh didapati adalah:
Jambatan Gantung, Sungai Rambai
Tengkolok terbesar di Malaysia
( menerima sijil pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records sebagai yang terbesar di Malaysia )
Beca Muar ( di sempadan Sg Rambai Melaka – Kesang Muar )