Assalamualaikum…Pada 26 November lalu, Otomen bersama rakan blogger yang lain telah turut serta dalam cabaran “Nescafe Tarik Mana Mana”. Cabaran ini merupakan “Amazing Race” yang buat pertama kalinya Otomen join. Kalau dah pertama kali tu maknanya Otomen terasa semangat dan excited untuk turut serta. Cabaran ini bermula di Central Market, Pasar Seni dengan mendengar sedikit taklimat sebelum memulakan aktiviti seterusnya.
Otomen dan LeYa semakin aktif dalam dunia blogging. Tahun ini saja telah memberi ruang dan rezeki dalam dunia blogging kepada kami. Pada kali ini, kami telah turut serta dalam cabaran Nescafe Tarik Mana Mana anjuran Nescafe Malaysia. Tapi, Otomen dan LeYa tidak sama kumpulan. Otomen berada dalam pasukan Kuning.
Kami para blogger diberikan 5 kumpulan secara rawak seramai 4 orang ahli setiap satu kumpulan. Kumpulannya terdiri daripada Biru, Kuning, Merah, Putih dan Hitam.
Kami diberikan 5 cabaran untuk melengkapkan tugasan di setiap checkpoint yang telah disediakan.
Cabaran pertama Otomen perlu membuat tarian singa bagi melepasi ke cabaran kedua. Cabaran ini dilaksanakan di kawasan Petaling Street yang sangat popular dikalangan orang ramai dengan pusat beli belahnya seperti di Jonker Street, Melaka. Okay, memandangkan Otomen memang ada la sikit bakat main drum, so Otomen pun membuat rentak tarian singa seperti selalu yang diadakan di Tahun Baru China. (Kredit Gambar: Uncle Zuan)
Cabaran kedua kami perlu membuat gimik ala-ala menarik Nescafe seperti yang tertera di tin minuman Nescafe Tarik. Terbaik bak hang. Team Otomen memang hebat.
Kali ni pula, Otomen akan ke Clock Tower, Jalan Medan Pasar untuk melengkapkan cabaran ketiga. Cabaran ketiga ini memerlukan setiap seorang bergambar dengan props yang disediakan sebelum bergambar secara kumpulan.
Gaya Hip Hop yang ditonjolkan Otomen untuk menampakkan betapa kreatifnya Otomen dalam berselfie. hehehe..
Cabaran keempat Otomen berlaku di kawasan LRT Masjid Jamek. Kami disuruh untuk membuat satu video Mannequin di mana kami menjadi anak patung jalanan sementara babak kami dirakam selama 30saat.
Cabaran yang kelima dan terakhir, Otomen dan pasukan perlu ke UTC Pudu untuk membuat tugasan bertemu dengan orang awam dan berselfie bersama mereka beserta tin minuman Nescafe Tarik sebagai model utama. Di sini kami diuji untuk berinteraksi serta berkomunikasi dengan orang awam. Alhamdulillah… orang awam yang dijumpai semuanya hebat dan sporting.
Ternyata kumpulan Otomen memang gagah perkasa dan hebat. Kami adalah kumpulan yang terawal sampai ke checkpoint terakhir iaitu di Merchant Lane, China Town.
Sambil menunggu pengumuman keputusan, kami diberi hidangan makanan yang sungguh enak.
Yeah!!! Otomen dan pasukan Otomen menjuarai untuk Cabaran Nescafe Tarik Mana Mana kali ini. Syukur Alhamdulillah… Kami diberi penghargaan sebanyak RM500 voucher beli belah di Parkson. Shopping sakan la Otomen…hehe…
Antara rakan blogger yang turut hadir memeriahkan Cabaran Nescafe Tarik Mana Mana. Korang memang awesome. Otomen suka sangat. Terima kasih uolls. Terima kasih Nescafe Malaysia.