Ok assalamualaikum semua otomen ucapkan ye…
Pengkalan Kempas yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan adalah sebuah pekan kecil yang sangat sunyi. Pengkalan Kempas yang dahulunya dikenali sebagai Keramat Ujung Pasir, mempunyai kisah sejarah di sebalik pekan kecil itu.
Tengok sahaja di deretan kedai yang terdapat di Pekan Pengkalan Kempas di atas. Kelihatan seperti tiada penghuni. Namun, tidak bermakna pekan ini tiada orang.
Ini adalah sekolah tertua yang masih beroperasi sehingga kini. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yik Hwa yang terletak betul-betul di pekan kecil Pengkalan Kempas.
Di sebalik Jeti Pengkalan Kempas ini tersimpul sejarah di dalamnya. Ia dikatakan “Tapak Bersejarah Nenek Moyang Cina Mendarat“.
Dahulunya, jeti ini dijadikan sebagai tempat pedagang membawa barang dagangan seperti getah melalui Sungai Linggi menuju ke Port Dickson.
Yang menariknya sehingga kini, tentu akan membuatkan kaki pancing teruja untuk ke sini. Menurut sumber, lebih 10 tahun kawasan ini menjadi tumpuan oleh kaki pancing terutamanya peminat Udang Galah.
Ada disediakan servis bot untuk pemancing yang ingin memancing sekitar Sungai Linggi.
Tarikan utama yang membawa Otomen ke sini. Di sini terdapat sebuah Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas yang menempatkan Batu Megalit dan tersemadinya Makam Syeikh Ahmad Majnun.
Menurut papan informasi yang terdapat di hadapan pintu masuk kompleks, Syeikh Ahmad Majnun ini adalah seorang pendakwah yang menyebarkan syiar Islam di zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Berdasarkan inskripsi ‘batu bersurat’ yang terukir, dipercayai Syeikh Ahmad Majnun meninggal dunia sekitar tahun 1467-1468 semasa dalam perjalanan menyebarkan syiar Islam dan kemudian telah dimakamkan di sini oleh para pengikutnya.
Ada sumber lain mengatakan, Syeikh Ahmad Majnun dibunuh ketika pertembungan dengan Bendahara Tun Perak dan bala tentera yang diutuskan oleh Sultan Mansur Syah, pemerintah Melaka pada zaman itu. Ia berlaku kerana perbezaan mazhab yang dianuti pemerintah dan masyarakat ketika itu (mazhab Syafie) dengan mazhab yang dianuti Syeikh Ahmad Majnun dan pengikutnya.
CUba lihat kembali gambar di atas. Terdapat satu lubang di batu putih. Ia dikatakan dapat menyelesaikan masalah yang timbul pada masyarakat ketika itu dengan memasukkan tangan ke dalamnya. Ia juga digunakan sebagai tempat pengakuan jenayah. Kalau anda berani? Cuba try masukkan tangan anda.. hehehe…
Bersebelahan dengan makam Syeikh Ahmad Majnun, anda akan dapati Batu Megalit atau “Batu Hidup” yang berbentuk seperti pedang dan juga sudu/senduk. Ia dipercayai wujud sejak abad ke-2 dan ke-3 lagi. Batu ini juga dikatakan semakin membesar.
Di sini juga terdapat sebuah perigi yang mungkin digunakan oleh Syeikh Ahmad Majnun dan pengikutnya sewaktu ketika dahulu.
Selain Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas, ia juga dikenali dengan Keramat Sungai Udang, Keramat Ujung Pasir atau Fort kempas.
Sekian sahaja sampai di sini Otomen menamatkan cerita otomen mengembara melihat sejarah Malaysia. Adakalanya sangat baik untuk kita pelajari sesuatu sejarah asal usul kita.
Sumber:
Otomen power…hehehe…