Pada hari Ahad bersamaan 15 Januari 2017 lebih kurang jam 10.30 pagi, penyanyi Hazama sah menjadi suami kepada pemuzik Genervie Kam.
Majlis pernikahan yang sederhana dan tertutup antara Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi, 33 dengan Genervie, 37 berlangsung di Orchid Villa, Gombak.
Pasangan ini telah pun menjalinkan hubungan selama lima tahun dan majlis mereka ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
Beliau berpendapat cukuplah sekadar majlis kecil-kecilan dengan mengutamakan yang wajib seperti dituntut dalam agama Islam. Dalam majlis tersebut lagi, Hazama menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Genervie.
“Ini adalah permintaan saya dan keluarga kedua-dua belah pihak pun bersetuju dengan melakukan apa yang wajib saja.”
“Cukuplah sekadar majlis ringkas untuk meraikan saya dan isteri. Penyatuan ini cukup memberikan kebahagiaan bermakna walaupun tanpa kenduri besar-besaran,” katanya kepada BH Online.
Sumber: H Live >> http://www.astrogempak.com.my/