Assalamualaikum dan bertemua lagi dalam blog otomen taro yang agak gojes ni.. Hehehe… Ok sorry sebab lambat up entry ni dalam blog. Mesti korang ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu kan? Kisahnya berlaku pada 14/01/2017 lepas. Dah 2 minggu jugak la entry ni terperuk dan tak ber’hapdate’. Kisahnya, otomen dijemput untuk menghadiri dan merasai satu pengalaman yang sangat best dan menarik di VR Lab SS2, Petaling Jaya.
Korang pernah tak main games secara realiti? Korang teruja tak kalau otomen cakap yang otomen dah merasai pengalaman bermain games seperti berada di realiti? Memang korang tak akan percaya kan selagi otomen tak tunjuk bukti kehadiran otomen ke situ. Ekekeke…
Peranti yang digunakan untuk menghubungkan korang di realiti dengan permainan video games di alam maya dan akan dapat merasakan satu kelainan dari kehebatan setiap teknologi canggih tersebut. Okay…kalau korang rasa mampu untuk memilikinya, satu set lengkap VR ini berharga RM13,800. Otomen memang berhempas pulas la kalau nak dapatkannya dengan kerja kilang tuh.
VR Lab ni ditubuhkan pada tahun 2012. Ia merupakan yang pertama menyediakan Room-Scale Virtual Technology buat kaki games yang sangat excited nak mencubanya. Tengok saja ruang bilik di atas tu. Kalau tak silap otomen yang ini untuk single-player.
Pilihan games yang sangat banyak buat korang. Korang boleh pilih dan main sehingga termuntah hijau. Hehehe… Otomen macam biasa memilih games “Tembak-Tembak” atau senang citer War Games la kan. Memang best sangat otomen rasa kat dlaam tu.
Amacam? Ade gaya tak otomen dengan peranti VR yang awesome ni. Dah macam Robocop lak kan. Hehehe… Dengan penuh khusyuk dan focus otomen bermain games. Pergerakan sehingga 360 darjah membuatkan otomen rasa seperti sedang bersenam di Gym. Korang yang selalu ke Gym, tidak perlu ke sana lagi. Cukup hanya ke VR Lab, korang akan rasa sama iaitu lemak-lemak tepu di badan korang terbakar dengan aktiviti pergerakan 360 darjah ini.
VR Lab juga menawarkan pelbagai pakej untuk korang yang ingin buat birthday party, gathering with friends or family dengan satu kelainan sambutan majlis bersama VR. Mereka yang hadir pasti akan teruja dan berasa sangat gembira dengan surprise party yang korang buat. Tidak dilupakan juga yang mana VR Lab juga boleh membuat “Photo Booth” di setiap majlis resepsi korang sama ada perkahwinan atau hari jadi. Semuanya ada disediakan. Hanya tetapkan tarikh dan buat pembayaran. Para tetamu pasti terpegun dengan VR Booth.
Tel No :
- Publika SS 2
- Bandar Sunway
- Manjalara, Kepong
- Kota Damansara
- Wangsa Maju
- Publika
Terima Kasih kerana sudi datang! Hope you enjoy!