ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG LIFESTYLE OTOMEN TARO DAN RAKAN-RAKAN BLOGGER SEKALIAN ………..
Hari ini otomen nak menceritakan Al…..kisah otomen di Restoran Cafaeyen bersama ….
jeng….jeng…jeng….. Ada pulak jeng jeng jeng yek…ape la otomen mengarut nie kan..hihihihihihi….. Otomen bersama artis malaysia yang meletop kini… iaitu AERIL ZAFREL… Macho kan dia… mcm otomen jugak macho nye kan…. hahhahahaaha…perasan je otomen nie kan…
Macho kan otomen dari Aeril…kan……hahahahahaha.. Dan seperti yang dirancang oleh pihak penganjur, tepat jam 3.00 petang, acara pun bermula. Ramai lah peminat-peminat Aeril datang berpusu-pusu menerjah ke Restoran Cafaeyen untuk bergambar dan berselfie. Dalam kesibukan orang ramai itu, otomen sempat juga berselfie dengan artis pujaan ramai ni. Hehehe…
Tiba masanya untuk peminat-peminat merasa air tangan Aeril yang dibuat khas oleh beliau. Signature Tea yang memang terkenal di Thailand menjadi menu minuman utama yang akan dibuat Aeril khas buat peminatnya.
Restoran Cafaeyen IOI City Mall, Putrajaya
Restoran Cafaeyen adalah sebuah restoran makanan Thai. Kalau terasa nak makan makanan ala Thai, boleh lah korang datang ke IOI City Mall, Putrajaya dan singgah ke Lower Ground.
Bukan otomen saja yang berada di situ. Ramai lagi rakan blogger yang turut sama memeriahkan Restoran Cafaeyen untuk nikmati juadah makan tengahari bersama Aeril. Pergghhhh…. memang banyak syok woo… Bila artis pujaan ramai makan duduk bersebelahan kita. Makan dan minum bersama beliau serta berbual mesra seperti dah kenal lama lagaknya. Baru otomen tahu sebenarnya Aeril memang seorang yang peramah.
Fruity Coke with Mix Berries
Roasted Chicken Fried Rice
Pineapple Fried Rice
Mango Sticky Rice
Inilah hidangan makanan otomen dan LeYa untuk tengahari waktu tu. Tetiba terasa lapar pulak bila menulis entri ni semula dan tengok gambar-gambar makanan di atas ni. Actually, banyak lagi makanan yang korang boleh rasa dan cuba di sini. Just datang je ke Cafaeyen IOI City Mall, Putrajaya dan membuat pilihan hati korang. Otomen memang berani cakap korang pasti puas hati dan akan datang kembali ke restoran ni. Rasa masakannya memang Superb dan sangat sedap. Tak rugi otomen datang ke sini.
Restoran yang sangat santai untuk berehat dan lepak-lepak bersama keluarga atau rakan-rakan kerana menampilkan gaya hipster yang menjadi trend terkini.
Maklumat lanjut mengenai Restoran Cafaeyen boleh hubungi seperti di bawah:-
Best kan jumpa artis.
Ada peluang kesana, bolehlah singgah skjap.