Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog lifestyle otomen taro dan rakan-rakan blogger sekalian. Langkawi adalah lokasi yang menjadi tumpuan para pelancong dari dalam mahupun luar Negara. Kedudukannya yang strategik dan punyai pantai yang bersih dan tenang menambahkan lagi tarikan pelancong untuk ke sana.
Jom Dapatkan Tiket Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017 Yang Pertama di ASEAN
Buat julung kalinya, Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017 yang pertama di ASEAN akan berlangsung di Pantai Cenang, Langkawi pada 15 dan 16 April 2017. Suatu perkara yang patut dibanggakan rakyat Malaysia kerana Langkawi menjadi lokasi pilihan dunia untuk kejohanan terbesar seperti ini.
Jadi, untuk tidak ketinggalan menyaksikan Bola Tampar Pantai Siri Dunia itu, otomen membuka ruang dan peluang kepada korang semua untuk menyertainya dengan mendapatkan tiket menyaksikan kejohanan tersebut mulai hari ini.
Siaran Langsung di hadapan mata korang akan saksikan perlawanan bola tampar pantai dunia di Malaysia. Mungkin lama lagi untuk bersiaran di sini. Tak tahu la kan time tu kita ada lagi atau tak. Jadi, sebelum terlambat jom saksikannya April ni. Sambil-sambil tu bolehlah bercuti dengan keluarga di pulau yang indah dan penuh sejarah itu.
Okay…. cara untuk korang dapatkan tiket, tak lah susah. Jom klik di pautan bawah ini:
https://airasiaredtix.com/fivb_beach_volleyball_world_tour
Otomen juga ada menyediakan pilihan tempat duduk untuk korang pilih sebelum korang menempah di pautan link di atas. Korang juga boleh memilih untuk menyaksikan perlawanan selama 2 hari atau hanya 1 hari yang korang inginkan. Tiada paksaan untuk memilih kedua-duanya. Ikut citarasa dan selera bajet anda.. Hehehe…
Untuk maklumat lanjut mengenai update terkini Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017, boleh layari laman Facebook di: