Hari Ibu merupakan hari yang sangat bermakna kerana ibu adalah guru pertama dan utama bagi anak-anak sejak dari awal kehidupan. Tiada satu perkataan yang mampu menggambarkan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu terhadap keluarganya dan masyarakat.
Sambutan Hari Ibu pada 14 Mei 2017 yang lalu telah membawa Otomen dalam menghadiri satu aktiviti bersama GINTELL di IOI Mall Puchong dan IOI City Mall Putrajaya. Sempena Hari Ibu tersebut, pelakon terkenal dari Hong Kong, Simon Yam telah membuat penampilan khas memperkenalkan Kerusi Urut GINTELL De’ Space UFO sebagai hadiah kepada ibu tersayang buat para peminat dan pelanggan GINTELL yang bersama-sama menyambut hari penuh bermakna itu.
Menurut Simon Yam, “Sebagai seorang anak, mengambil beerat kesihatan ibu dan menjaga kehidupan seharian mereka adalah sangat penting. Bersempena dengan Hari Ibu ini, kini saatnya untuk menghadiahi ibu sebuah kerusi urut yang dapat melegakan keletihan dan tekanan mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja!”
Pada masa kini ramai orang semakin sibuk mengejar kehidupan dan mengalami tekanan yang semakin tinggi. Oleh sebab itu, kerusi urut yang menjanjikan kesihatan secara menyeluruh dengan ciri-ciri teknologi yang unik dan inovatif adalah diperlukan untuk merehatkan badan dan menenangkan diri sendiri.
Kerusi Urut GINTELL De’ Space UFO yang direka secara ergonomik dengan ciri-ciri teknologi urutan yang canggih kepada orang ramai serta memenuhi keperluan setiap orang dengan menawarkan urutan yang terbaik untuk melegakan keletihan dan tekanan melalui urutan yang selesa setiap hari.
Apa yang menarik tentang Kerusi Urut GINTELL De’ Space UFO
Kerusi Urut GINTELL De’ Space UFO adalah sebuah kerusi yang memenuhi keperluan untuk semua. Dengan adanya Kerusi Urut GINTELL De’ Space UFO, segala kepenatan akan hilang dengan keseronokan dan kepuasan urutan yang selesa.
Kerusi Urut GINTELL De’ Space UFO menggunakan teknologi Aero V-Trek yang memberi urutan meliputu 45% lebih kawasan daripada kerusi urut yang biasa. Penggelek QUAD 3D direka bersesuaian dengan kontur dan bentuk badan setiap orang. Ia mengikuti setiap lengkungan tubuh bagi menyediakan urutan persisi dan disasarkan dengan ergonomik dan keselesaan dari leher ke peha.
Selain itu, 180 darjah Space Stretch adalah program konsep kiropraktik yang membantu melegakan tekanan dan ketegangan di tulang belakang dan badan. Selain daripada itu, 360 darjah menawarkan urutan yang lebih persisi untuk bahagian kaki mengikut keperluan setiap orang.
Kebahagian Berganda dengan Pakej Beli 1 Percuma 1 Sempena Hari Ibu Bapa
Bersempena Hari Ibu Bapa, GINTELL menawarkan PAKEJ BELI 1 PERCUMA 1 dengan harga dari RM4,988. Jangan ketinggalan untuk mengunjungi lebih daripada 100 cawangan GINTELL mulai hari ini untuk menikmati tawaran yang hebat ini!
Untuk maklumat lanjut mengenai produk GINTELL, boleh kunjungi mana-mana cawangan GINTELL di seluruh negara atau boleh juga hubungi maklumat seperti di bawah:-