Pada petang Selasa 23 Mei 2017, Otomen telah diberi kesempatan untuk bersua muka dengan blogger-blogger hebat dalam satu Perbincangan Bersama Blogger di Kelab Tasik Putrajaya.
Antara orang-orang hebat yang hadir adalah Tuan Hj Amir Denaihati, Tuan Hj Hadihaizil Din, Tuan Hisyamuddin Fadzil, Tuan Shahar dan ramai lagi. Terasa kecil saat itu yang hakikatnya otomen memang kecil dan kurus. Hehehe…
Petang itu, kami berbincang mengenai isu blogging dan program yang hendak dianjurkan bersama Kelab Tasik Putrajaya. Otomen bukanlah tidak mahu mengeluarkan pendapat. Tetapi, cukup sekadar pendengar setia kerana ramai sudah yang bertukar pendapat. Kang kalau terlalu ramai, tak ade kesudahannya kan.. Hehehe…
BLOGGING SEIRING HARI INI MENJADI TREND UNTUK INFORMASI
Blogging menjadi trend masa kini di mana melalui blog lah sesuatu ilmu, pemasaran dan banyak lagi berlaku dengan pantas dan relevan. Jika sebelum ini ada yang mengatakan Masih Relevankah Blog? Otomen dengan rasa terpanggil untuk menjawab Blog masih relevan dan sangat penting kepada masyarakat dalam memberikan maklumat secara khusus dan tepat.
Kenapa otomen suka berblog?
- Sebab minat dan nak tolong orang dapatkan info yang benar lagi sahih. Taknak info tipu2 ni.. Berdose taw..Hehehe…
- Seronok tengok Cik Wife ke sana ke mari. Dapat macam2.. WoW!! Teruja taw…
- Suka amek gambar cantik2. Ala2 photographer ni konon. Wakakakaka…
- Nak jadikan BLOG sumber pendapatan yang massyyyuuukkk mulai tahun ini… In-shaa Allah.
Dan semestinya bila dapat ber disscussion dengan orang-orang hebat + power ni, otomen rasa terinspirasi. Semoga otomen berjaya suatu hari nanti dalam bidang penulisan dan blog. Doa kan otomen ye… Tata titi tutu…