Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia blog lifestyle Otomen Taro dan juga rakan-rakan blogger sekalian. Berjalan dengan isteri berdua-duaan menjadi kebiasaan Otomen dan LeYa. Jalan-jalan di bulan Ramadhan memang memenatkan. Jalan punya Jalan, dah nak waktu berbuka. Ternampak satu lokasi yang cukup menenangkan di Bukit Bandar Damansara.
Lokasi cafe yang cukup tersorok dari pandangan orang ramai. Namun, bagi otomen ia adalah sebuah cafe yang menyajikan menu hidangan yang sangat sedap. Aroma Cafe by Eden, nama yang sudah cukup unik dan terbayang-bayang aroma masakannya hingga ke hari ini.
Diberitahu AROMA CAFE BY EDEN ini telah diusahakan oleh EDEN CATERING, sebuah syarikat katerer yang cukup terkenal di Malaysia. Aroma Cafe menyajikan hidangan dari masakan kampung sehinggalah ke masakan barat. Lokasinya yang mungkin agak sukar untuk dicari kerana tersorok di sebalik bangunan PAUM Club House(Pusat Alumni Universiti Malaya) yang terletak di Universiti Malaya Damansara Entrance. Bagi memudahkan pencarian korang, gunakan navigasi GPS dengan carian PAUM CLUB HOUSE.
DEKORASI MENARIK DI AROMA CAFE BY EDEN
Aroma Cafe menyediakan pelbagai menu masakan dari appetizer sehinggalah kepada desserts. Bagi otomen, lokasi cafe yang cukup selesa ini, ditambah dengan menu hidangan yang lazat memang membangkitkan aroma otomen untuk menikmati kesemua masakannya. Dekorasi cafe yang cukup santai dan bertemakan perkampungan Melayu di mana di bahagian luar terdapat deretan gerai-gerai atau warung seperti berada di Kampung. Manakala di bahagian dalam pula, korang akan dapat saksikan dekorasi sebuah sampan yang menampilkan keunikan untuk mengingatkan kembali perkampungan Melayu lama.
NIKMATI BUFFET RAMADHAN LAZAT DI AROMA CAFE BY EDEN
Dari penulisan tajuk yang otomen tunjukkan sudah memberikan apa menu yang menarik perlu dicuba di sini. Menu utama yang menjadi menu wajib pada setiap tahun ialah Roasted Whole Lamb dan Char Kuey Teow. Selain itu, Nasi Briyani Kuzi Kambing, Masak Lemak Perut & Nangka dan juga Mee Rebus menjadi menu pilihan orang ramai yang berkunjung ke sini.
Tidak dilupa juga masakan kampung seperti nasi dan lauk-pauk, ulam-ulaman segar dari Malaysia turut disediakan di sini. Menu Ramadhan 2017 kali ini memberikan korang rasa yang pelbagai untuk dijamu sempena berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan. Antara masakan yang otomen ingat ialah Kerabu Nangka Muda, Pecal Kampung, Ikan Bilis & Tempe / Tauhu Sumbat, Kerabu Kacang Botol, Aneka Acar, Aneka sambal belacan, budu, cencalok, Gulai Daging Kawah, Udang Sambal Petai, Masak Lemak Labu Dengan Pucuk Manis dan banyak lagi. Ini sahaja telah membuatkan otomen teringatkan kampung halaman. Masakan emak otomen yang selalu dihidangkan ketika bulan puasa menjelang sejak dari kecil lagi.
Ha!!! Hamek uolls… Best kan. Rugi sesangat kalau uolls tak nikmatinya lagi. Macam-macam menu dihidangkan. Sehingga ke Ramadhan 16 ini, otomen masih dapat rasakan kelazatannya di celah-celah kerongkong otomen. Hehehehehe…. Opppsss!!! Jangan lelebih… Nanti batal puasa otomen kan. Hahaha…
Nak lagi best lagi, ni otomen sajikan pula hidangan barat Spagethi Milanese, Cream Soup Served with Baguette, dan banyak lagi.
Kita beralih pula ke Dessert Corner. Kebanyakan pilihan dessert ni lebih digemari kaum perempuan berbanding lelaki. Tengok otomen sendiri sudah. Otomen tak suka sangat makan ringan-ringan ni. Tapi cuba kalau korang tengok LeYa. Memang favourite dia. Hehehe…
Antara desserts yang disediakan ialah Aneka Buah-Buahan Tempatan, Aneka Kuih-Muih Melayu, Buah Kurma, Agar-Agar, Jelly, Sago Gula Melaka, Aneka Kek, Pengat Pisang, Ubi Keledek, Aneka Bubur seperti, Bubur Chacha, Kacang Merah, Kacang Hijau & Pulut Hitam, Ais Krim Malaysia serta Hot Bread & Butter Pudding bersama sos Vanilla.
Menu minuman yang disediakan juga sudah cukup dapat menghilangkan rasa dahaga yang seharian berpuasa. Antaranya Sirap, Kordial Oren, Kordial Sarsi, Air Bandung, Air Jagung, Ice Lemon Tea, Ice Water, dan juga minuman panas seperti Coffee & Tea serta Teh Tarik.
Sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Otomen ingin mengajak korang semua untuk merasai kehangatan dan kelazatan hidangan makanan di Aroma Cafe by Eden ini. Kawasan sekitar yang selamat untuk seisi keluarga lebih-lebih lagi yang punya anak kecil yang suka bermain di luar. Kemudahan parkir secara PERCUMA dan cukup luas. Kemudahan Solat Terawih dan tidak ketinggalan ada juga disediakan persembahan muzik tradisional.
Harga Buffet Ramadhan di Aroma Cafe by Eden
- RM89 seorang Dewasa
- RM33 seorang kanak-kanak (berumur antara 5 – 11 tahun)
- Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun adalah PERCUMA
- Manakala bagi Ahli Kelab PAUM cuma RM69 sahaja!!
AROMA CAFÉ BY EDEN
PAUM CLUB HOUSE, JALAN SUSUR DAMANSARA, 59100 KUALA LUMPUR.
TELEFON:
03-20931235
011-23025904
03-78038504
LAMAN WEB:
https://www.edenzil.com/food-beverage/catering/
LAMAN FACEBOOK:
www.facebook.com/edenrestaurantandcatering
LAMAN INSTAGRAM:
www.instagram.com/edenfood_my
Bestnye…. Makan dan terus makan… Rakyat Malaysia kaya dengan pelbagai hidangan makanan…