Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Pernah tengok filem “The Lion King” yang popular suatu ketika dahulu? Korang pasti perasan akan bentuk batu di bawah ini? Ia dikatakan keajaiban kelapan dunia yang terletak di Sri Lanka.
Pride Rock seakan Lion King: Kubu Batu di Sri Lanka Yang Menjadi Keajaiban Ke-8 Dunia
Terletak di Provinsi Central, Sri Lanka merupakan sebuah kubu batu yang berusia lebih dari 1000 tahun.
Kubu batu purba ini yang juga dipanggil Sigiriya telah dibina oleh Raja Kasyapa dari Sri Lanka pada Abad ke-5. Kubu itu dinamakan “Batu Singa” kerana bentuk strukturnya seakan kelihatan seperti singa gergasi dari pandangan jauh.
Dek kerana ketakutan kepada pencerobohan terhadap Kubu Batu itu, Raja memilih untuk menetap di Sigiriya dengan membina istana di atas batu tersebut. Selepas kematian Raja Kasyapa, kubu itu diubah menjadi biara Buddha sehingga Abad ke-14.
Dipercayai Sigiriya telah hilang dari rekod selepas Abad ke-17, ketika ia sedang digunakan sebagai pos. Kubu itu kemudiannya ditemui semula oleh pegawai tentera British pada tahun 1831 dan karya arkeologi bermula pada tahun 1890-an.
Penemuan ahli arkeologi pada kubu itu adalah struktur kompleks istana dan taman. Bangunan-bangunan di atas batu disusun secara terperinci dan tepat yang mana telah mengisahkan tempat ini sebagai satu lokasi yang terpenting. Sebagai contoh, perancangan bandar pada millennium pertama dunia.
Jadi, ia telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan UNESCO.
Berikut adalah gambar pemandangan yang korang patut tengok. So… untuk melihat penuh gambar-gambar tersebut, klik di link bawah ini:-