IJM Land Half Marathon 2017 Sungguh Mengujakan!

Okay… otomen pada Ahad lalu bersamaan 13 Ogos 2017 telah diberi kesempatan untuk turut serta dalam acara larian IJM Land Half Marathon 2017 di Dataran Centrio, Seremban 2. Okay…part ni memang lah LeYa tersangat suka kan. Sebab dapat balik kampung sendiri. Hehehe

IJM Land Half Marathon 2017 di Dataran Centrio. Seremban 2

IJM Land Half Marathon 2017 merupakan acara marathon tahunan anjuran IJM Land Berhad yang telah diadakan buat kali ke-6 pada tahun ini. Lebih menarik lagi, penyertaan kali ini sangat luar biasa ramai dari segenap lapisan masyarakat untuk mereka mencabar diri dalam menguji ketahanan fizikal mahupun mental dalam larian tersebut.

Seramai lebih daripada 7,500 peserta dari seluruh Malaysia termasuk negara luar seperti Jepun, Korea, New Zealand, United Kingdom dan Filipina sudah semangat berada seawal pagi dan berkumpul di Dataran Centrio, Seremban 2.  Dikatakan dalam tempoh 6 tahun, acara marathon tahunan ini terus menarik ramai penyertaan dan semakin kekal utuh dalam kalangan masyarakat yang mahukan gaya hidup sihat sesama komuniti penduduk Seremban 2 dan kawasan sekitar. Ia juga telah mengatasi rekod sebelumnya seramai 6,000 pada tahun 2016.

Oleh kerana otomen sampai awal di sana, otomen dapat menyaksikan pelari-pelari di garisan penamat dengan beraneka ragam bila menjadi pemenang terawal dalam larian tersebut. Memang sangat happening otomen nak katakan.

IJM Land turut capai aspirasi untuk mengetengahkan gaya hidup sihat kepada semua lapisan masyarakat dan di samping itu memberi kesedaran dan keprihatinan dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan iaitu Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan dan Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia (MLDA).

Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan
Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia
Run Together, Bond Stronger

Tagline “Run Together, Bond Stronger” membawa IJM Land Half Marathon kepada jarak larian sejauh 21KM, di samping 10KM untuk kategori junior lelaki dan perempuan yang mana berusia 12 hingga 17 tahun dan juga terdapat kategori “fun run“. Lebih mendapat sambutan yang menggalakkan dari ramai peminat dan menjadikan sebuah platform untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain terutama bagi komuniti masyarakat setempat yang hadir dalam menyokong padu gaya hidup sihat dan sejahtera.

Peserta larian di Majlis Penutupan IJM Land Half Marathon 2017
Bersama Uncle On Kim Hwa, berusia 83 tahun yang kuat dan semangat dalam menghabiskan larian

Apa yang lebih mengujakan otomen adalah seorang peserta tertua yang berusia 83 tahun ini. Uncle On Kim Hwa bersemangat kental dan kuat menghabiskan larian 21KM kategori lelaki veteran. Cukup terkesan di hati otomen yang mana otomen sendiri yang baru sahaja berumur 31 ni acapkali penat dan tidak kental seperti uncle ni. Memang otomen salute lah kat uncle! Tahniah dari otomen!

5 Pemenang Kategori Junior Lelaki
5 Pemenang Kategori Junior Perempuan
5 Pemenang Kategori Lelaki Terbuka
5 Pemenang Kategori Lelaki Veteran
4 Pemenang Kategori Perempuan Terbuka
5 Pemenang Kategori Perempuan Veteran
IJM Land Half Marathon Challenge Trophy

Memang terbaik kan para peserta bertungkus lumus ke garisan penamat untuk memenangi hadiah lumayan dan menarik dari pihak penaja. Selain itu, terdapat juga IJM Land Half Marathon Challenge Trophy kepada 2 pemenang terpantas secara keseluruhan iaitu pasangan Ow Yong Jin Luang (1 jam 18 minit) dan Yee Pei Ni (1 jam 39 minit). Tahniah sekali lagi otomen ucapkan buat pasangan ini! Memang menjadi aspirasi IJM Land kerana mereka berjaya bergandingan masuk larian bersama-sama dan menang teurs mendapat Piala IJM Land Half Marathon Challenge. Mereka juga perlu mengekalkan kejuaraan buat 3 tahun berturut-turut untuk menerima piala ini.

Okay… otomen dapat katakan memang sangat seronok bila dapat turut serta dalam acara larian IJM Land Half Marathon 2017 ni.Sponsor pun banyak. dapat pulak makan dan minum secara percuma seperti popcorn, cotton candy, aiskrim, badut belon dan banyak lagi. Lagi best bila ada cabutan bertuah untuk dimenangi yang bernilai lebih RM15,000 dan hadiah utama Apple iPhone 7Plus dan Sharp LED Smart TV.

Antaranya ia telah disokong oleh Yakult (Platinum Sponsor), TDK (Penaja Emas), BMW Millennium Welt Seremban (Kenderaan Rasmi), 100 Plus dan Ice Mountain (Minuman Rasmi), Ultron (Pakaian Rasmi), Sin Chew Daily dan The China Press (Media Partners), Hospital Asia Columbia Seremban (Rakan Perubatan), Alpro Pharmacy (Rakan Amal), Pekel EC (Rakan dan Rakan Teknikal) dan Rakan Kongsi termasuk McDonald’s, Spoon Health, 2XU, BioTech USA, Nestle Fitnesse dan Mydin Seremban 2. Makan pun tak henti. Macam-macam ada. Semuanya percuma pulak tuh. Memang best sangat!

Untuk maklumat lanjut mengenai IJM Land Half Marathon 2017, bolehlah layari www.ijmlandrun.com.

One thought on “IJM Land Half Marathon 2017 Sungguh Mengujakan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s