Kecur Air Liur Teringat Masakan Cina Muslim di New Curry Restaurant Taman Maluri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca setia blog Otomen Taro. Dry Butter Prawn, Head Curry Fish, Chicken Style, Toufu Salted… Fulamak!! Dengar nama je dah kecur air liur kan! Otomen sendiri dah nikmati masakan Cina Muslim ni di New Curry Restaurant Taman Maluri, Cheras. Restoran ini dimiliki oleh Khatijah Abrar dan dibantu oleh Ustaz Ikmal Vijay Abdullah selaku Pengurus Pemasaran dan Pengurusan Sijil Halal restoran ini.

Actually, ada banyak lah lagi kan sajian yang enak yang dihidangkan di sana. Dah banyak sangat, nanti kalau order tak habis kan dah membazir. Jadinya, otomen diberi menu special pada malam itu. Otomen memang lah sangat suka merasai makanan baru, jadi memang sangat seronok lah bila dapat menikmati Chinese style di sini.

Masakan Cina Muslim Yang Memikat Selera

Peminat udang mesti kena cuba masakan Dry Butter Prawn ni. Rasanya ada sedikit kelainan dari yang biasa otomen dah makan. Butternya yang lemak-lemak manis, masin dan rangup memikat selera otomen pabila makan bersama udang yang telah dihidang bersama.

Ini masakan toufu yang bagi otomen adalah paling rare dan sangat sedap sebab taucu ini dibuat sendiri bukan dibeli di kedai-kedai atau di pasaraya. Ini lebih menjamin makanan itu halal dan bersih. Pemilik sendiri menampilkan pembuatan toufu buatan sendiri ini agar orang ramai lebih-lebih lagi Melayu dan Islam yang sangat menitikberatkan soal halal dan haram dalam pemakanan. Jadi, tidak perlu risau jika korang semua ingin makan dan nikmati hidangan di sini.

Kari Kepala Ikan Ling yang dimasak mengikut style Cina ini memang betul-betul ada rasa kelainannya. Tapi malangnya, otomen lebih menggemari kari versi India. Mamak style lebih menambat selera otomen. Hehehe… Walaubagaimanapun, ia sedap dan boleh dinikmati sehingga menjilat jari.

Otomen dijamu pula dengan Herba Tea yang sangat sedap. Air Herba Tea yang rasanya pekat, sedikit pahit dan manis memberi kombinasi yang sedap buat penggemar air herba.

Wahhhh…. Perut otomen yang kecik ni dijamu pula dengan ABC Special pula. Memang balik rumah terbongkang lah atas katil kekenyangan. Tapi yang tak bestnya tuh, makan banyak macam mana pun, badan otomen tak pun naik-naik. Adeh! Bila lah kan nak rasa gemuk sikit.

Nampak tak betapa keterujaannya otomen terhadap hidangan makanan yang dihidangkan di hadapan mata otomen. Kalau korang pun dah mula rasa terliur dengan gambar-gambar yang otomen kongsikan ni, ada baiknya korang start enjin motor atau kereta dan terus ke Taman Maluri, Cheras. Hehehe

New Curry Restaurant Benar-Benar Terjamin Halal
Gambar dari Facebook New Curry Taman Maluri
Gambar dari Facebook New Curry Taman Maluri

Tengok siapa yang sudi hadir menjamu selera di New Curry Restaurant, Taman Maluri? Seorang Mufti sanggup turun padang untuk merasai kelazatan dan keenakan masakan yang dihidangkan di situ. Memang terbukti sedap untuk korang semua cuba rasai.

Perut dah pun mula menunjukkan kekenyangan dek santapan hidangan makanan yang enak-enak di New Curry Restaurant. Sebelum berangkat pulang, otomen bergambar kenangan dahulu bersama pemilik dengan staf-staf nya. Sempoi bak hang Ustaz ni. Kasi layan juga trademark Otomen Taro. Terbaiklah…

Bagi yang berminat untuk mencuba masakan di New Curry Restaurant ni, boleh hubungi seperti maklumat tertera di bawah:-

New Curry Restaurant, Taman Maluri

21, Jalan Jejaka 3, Taman Maluri,

55100 Cheras, Kuala Lumpur

Facebook | New Curry Taman Maluri

Telefon | 03 – 9202 8080

Waktu Operasi

11.00 pagi – 10.00 malam (Setiap Hari)

Hari Jumaat (11.00 pagi – 12.45 tengah hari / 2.30 petang – 10.00 malam)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s