Kelainan Hidangan Masakan di BBQ Lamb KL Kemensah

Okay guys… Apa yang korang fikir bila sebut tentang Barbecue atau BBQ? Mesti korang teringat kambing bakar yang diperap semalam bersama rempah yang disediakan oleh setiap restoran. Tetapi, ini mungkin akan mengubah persepsi korang tentang makanan masakan BBQ.

Sebuah restoran BBQ yang menyajikan hidangan BBQ atau bakar dan panggang tetapi bukan panggang yang biasa-biasa kita pernah makan. BBQ Lamb KL Kemensah yang terletak di Ulu Kelang, berdekatan dengan Zoo Negara menyajikan hidangan masakan barbecue yang dimasak dalam sebuah Pemanggang yang Otomen dan LeYa panggil Rumah Api.

Pemanggang atau Rumah Api yang membakar segala isi daging, ayam, kambing, itik di sini

Lebih menarik lagi, pemilik restoran ini, En Zainuddin Yatim dan pasangannya, Pn Mimie membawa konsep santai  dan relaks dikelilingi pokok-pokok menghijau serta deruan bunyi air sungai di kawasan Kuala Lumpur ini. Seperti yang kita maklum, agak sukar untuk kita mencari lokasi seperti berada di kampung di kotaraya metropolitan ini. Dengan hiruk-pikuk kenderaan lalu lalang, pasti ramai bosan dan tension dengan keadaan rutin harian. Jadi, di petang yang damai ini, otomen ingin memberi ruang yang santai buat pencinta alam sekitar untuk merasai suasana nyaman dan kelainan masakan di BBQ Lamb KL Kemensah ini.

Masa Otomen sampai di restoran ni, korang akan disajikan dengan pemandangan indah air sungai yang jernih mengalir deras di situ. Masuk sahaja ke laluan di meja makan yang kami akan duduki, terdapat sebuah kolam renang. Ini pasti akan membuatkan anak-anak kecil seronok untuk turut datang ke sini. Mereka boleh mandi manda dengan riangnya dan merasai kesejukan air kolam yang direct dari air bukit. Grrr…memang menggigil lah kalau otomen mandi..Hehehe…

Konsep ruang dapur terbuka lebih santai dan mempesonakan. Pengunjung pasti boleh melihat bagaimana makanan yang dipesan dihidangkan dengan baik atau tidak. Semestinya, otomen nak kata, memang sangat terbaik. Lagi rare, bilamana otomen terlihat satu tempat mencuci tangan (Wash Hand) yang nampak tradisional dan airnya juga datang dari bukit. Tak mainlah guna paip kan.. Hehehe..

Pemandangan dan konsep yang disediakan memang santai, relaks dan sungguh mendamaikan. Ketika Otomen menikmati makan malam di situ, Otomen rasa hilang seketika masalah yang melanda dalam diri Otomen ni. Memang sangat best lah!

Menu Yang Dihidangkan Mempunyai Satu Rasa Yang Berbeza Dari Yang Lain

Hari tuh memang penuh lah perut Otomen dengan makanan ala Western sebab dari mula sampai habis Otomen dapat rasa. Konsep makanan kat sini mudah sahaja. Makanan yang dihidangkan semuanya dibakar dalam pemanggang seperti Rumah Api tersebut. Yang menariknya, pemilik tidak perlu perap lama daging-daging yang hendak dimasak. Di sebalik pemanggang besar itulah, segala rempah ratus sebati bersama isi daging, ayam, kambing, itik dan ikan ketika dibakar.

BBQ Lamb Cut | RM30.00

Kalau dulunya, Otomen tidak makan kambing, tetapi setelah berkahwin dan bersama ahli keluarga LeYa, akhirnya Otomen terjebak dan jadi penggemar kambing bakar. Menu pertama yang sampai di meja makan kami adalah BBQ Lamb Cut yang berharga RM30.00. Memang berbaloi dengan harga. Daging kambing yang dimasak lembut dan tidak berbau.

Turkey | RM20.00
Smokey Duck | RM30.00
Smokey Beef
Smokey Chicken Breast | RM25.00

Kemudian, kami dihidangkan pula dengan Turkey, Smokey Duck, Smokey Beef dan Smokey Chicken Breast. WoW!! First time kat sini Otomen makan daging itik. Memang sangat sedap! Isi daging itiknya yang lembut dan juicy meresap masuk dalam tekak dengan seronoknya. Kalau nak tahu, hidangan Smokey Duck ni lah yang habis licin dahulu. Hehehe

Lamb Soup + Bread | RM18.00

Kemudian dah habis makan segala jenis daging bakar tadi, Otomen dihidangkan pula dengan Lamb Soup yang juga dihidang bersama Garlic Bread. Memang meletop rasa supnya. Lagi best lemak-lemak yang dihirup dalam tulang kaki kambing ni terasa rempahnya sehingga menjilat jari. Memang terbaiklah. Berbaloi-baloi.

Kopi Abah Kaw | RM5.00
Chocolate Shake + Naga Shake | RM10.00

Tidak lengkap kiranya perut penuh dengan makanan tanpa air yang sangat sedap. Otomen memilih untuk menikmati Kopi Abah Kaw yang rasanya memang betul-betul kaw. Rasa likat dan pekatnya kopi tuh memang terbaiklah. Rasa sedikit minuman dari Cik LeYa kita ni, Chocolate Shake. Pergghhhh….. wallaaa…. Memang terangkat beb.. Ini barulah minuman coklat. Ada rasa pahit-pahit coklat dia. Bukan setakat manis sahaja.

Otomen mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pemilik lokasi BBQ Lamb KL Kemensah, En Zainuddin dan Pn Mimie kerana sudi menjemput kami merasai setiap hidangan makanan yang sangat sedap-sedap di sini.  Otomen akui kesemua hidangan sangat sedap dan berbaloi-baloi untuk korang mencari tempat makan yang tenang dan mendamaikan. Bagi yang ingin nak mencuba dan merasai keenakan makanan dan kedamaian tempat ini, boleh terus datang ke sini dan rasai kelainan yang pasti buat korang tidak akan lupa lokasi BBQ Lamb KL Kemensah ini. Sambil-sambil makan, dapat menikmati juga alam semulajadi yang nyaman dan segar dengan deruan bunyi air sungai di situ.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi dan layari:-

BBQ LAMB KL KEMENSAH

Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor.

Telefon:

012-211 4100

Google Map:

https://goo.gl/maps/mjJ9p4zz3fv

Facebook:

http://www.facebook.com/AsianMarinated

Waktu Operasi: 

Selasa – Ahad (6.00 petang – 11.00 malam)

[Setiap Hari Isnin Tutup]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s