Terdahulu pada 09 Ogos yang lalu, Otomen diberi kesempatan menonton tayangan perdana filem seram Annabelle Creation di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Rasanya, memang ramai yang ternanti-nantikan filem sekuel Annabelle ni.
Sinopsis Annabelle Creation
Filem seram Annabelle Creation arahan David F. Sandberg ini mengisahkan seorang pembuat patung, Mr. Mullins yang tinggal di kawasan pedalaman bersama isteri dan anaknya, Annabelle. Filem ini menjadi tragedi selepas 12 tahun kematian ngeri anak kesayangannya, Annabelle dalam satu kemalangan jalan raya.Disebabkan rasa kesunyian Mrs. Mullins, rumah mereka kembali ceria dengan kehadiran sekumpulan anak gadis remaja bersama seorang sisternya yang sedang mencari tempat perlindungan anak-anak yatim. Kehadiran mereka telah menceriakan hidup Mr. dan Mrs. Mullins. Malangnya, roh jahat telah menguasai anak patung Annabelle dan menghuru-harakan keadaan rumah. Roh itu menghantui dan nengganggu penghuni rumah dengan dahsyatnya. apakah yang akan terjadi kepada penghuni rumah Mr Mullins? Dapatkah mereka atasi patung puaka Annabelle yang dirasuk roh jahat itu?
Bahasa: Inggeris
Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2017
Genre: Horror, Mystery, Thriller
Durasi: 1 Jam 49 Minit
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon:Â Stephanie Sigman, Miranda Otto, Alicia Vela-Bailey, Anthony LaPaglia dan Talitha Bateman
Pengarah: David F. Sandberg
Format: 2D
Review Annabelle Creation
Okay…. apa yang otomen nak cakap ni lahir dari hati sudut kecil otomen. Filem seram Annabelle Creation ni sebenarnya bagi otomen tidaklah berapa seram sangat pun. Jalan ceritanya pun dah boleh agak. Tapi, otomen kagum lah dengan para pelakon yang berusaha dalam melakonkan wataknya yang nampak real. Cerita yang bersahaja. Kurang seram dari hati otomen yang kerap juga menonton filem-filem bergenre seram. Yang pasti, otomen seronok dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada produksi kerana memberi otomen dan leya untuk tontonan filem Annabelle Creation ini.
Jadi, kepada yang masih belum berkesempatan menontonnya, eloklah segera ke panggung wayang berdekatan korang untuk lihat sendiri apa yang korang rasa dan alami setelah menonton filem ini.
Dengan ini Otomen nak bagi:
3 / 5 Bintang