Keselamatan dan Kesihatan (OSH) Untuk Pengamal Media

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Otomen Taro dan juga rakan-rakan blogger sekalian.

Organisasi media disarankan untuk melaksanakan satu program “Safety Passport” atau passport keselamatan kepada semua pengamal media seperti yang telah digunakan oleh industri petroleum dan syarikat-syarikat besar lain.

Menurut Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye, program seperti ini diwujudkan bagi membolehkan warga media yang ditugaskan membuat liputan di lokasi berisiko tinggi sudah pun membuat persiapan yang mencukupi.

Tambanhnya lagi, majikan perlu peka dan menyediakan peralatan keselamatan serta perlindungan perubatan dan kesihatan yang sesuai kepada wartawan dan jurukamera yang bertugas di zon bahaya.

Tan Sri Lam Thye juga sebelum itu telah merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan untuk warga media di ibu pejabat NIOSH, Bangi pada 10 Ogos 2017 lalu.

Seminar ini disokong oleh Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Program “Safety Passport” seperti ini tidak selalunya muncul, apatah lagi dengan kursus dan bengkel yang mantap dalam menangani isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan diberikan secara percuma.

Jadi, Otomen menyeru rakan-rakan media tidak kira media cetak mahupun media elektronik, untuk turut serta perolehi manfaat yang disediakan ini demi menjaga keselamatan dan kesihatan diri serta memupuk semangat keprihatinan terhadap diri dan masyarakat.

Maklumat lanjut mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) untuk Pengamal Media 2017 boleh layari laman web dan Facebook yang tertera di bawah:

Laman Web | http://www.niosh.com.my/

Facebook | https://www.facebook.com/niosh/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.