Buffet Makan Malam Dengan Suasana Relaks dan Romantik D Aura Cafe

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog lifestyle Otomen Taro. Kalau sebelum ni Otomen ada menceritakan sebuah pelancaran kafe yang berkonsepkan romantik, kali ini Otomen cuba nak mengajak korang lagi untuk menikmati hidangan buffet makan malam ala Western tidak kiralah bersama keluarga mahupun rakan-rakan di santai hujung minggu korang. Dah alang-alang cuti hujung minggu tu, apa lah sangat kan kalau bawak ahli keluarga merasai suasana indah makan kat luar.

Okay… kalau sebelum ni otomen dah pun terangkan serba sedikit ringkasan latar belakang kafe ni, rasanya tidak perlu lagi untuk Otomen berulang kali ceritakan. Korang yang masih tak tahu, boleh rujuk di entry sebelum ini; D Aura Cafe | Pilihan Restoran Terbaik Untuk Setiap Pasangan.

Korang boleh tengok antara menu bufet yang disediakan ada Kambing Black Pepper dan juga local masakan seperti Rendang Daging, Ayam Masak Merah dan banyak lagi. Memang Otomen rasa menepati ciri-ciri tekak Melayu.

Tidak ketinggalan juga korang boleh merasai makanan Western Spaghetti Bolognaise dan Chicken Lasagne yang ada di situ. Bahagian pencuci mulut pula ada Bubur Kacang Hijau, Mushroom Soup dan kuih-muih tradisional Melayu. Tak ketinggalan juga salad dan buah-buahan segar bagi mengekalkan konsep fusion itu.

Korang boleh makan hidangan bufet di sini sehingga kenyang dan tiada masa yang terhad untuk korang rasa tak cukup masa nak nikmati hidangan bufet makan malam di sini. Harga untuk bufet ini hanya RM38.00 seorang. Bagi kanak-kanak pula, harga untuk hidangan bufet adalah separuh dari harga dewasa tersebut. D Aura Cafe merupakan Cafe Ala 5 Bintang Termurah di Malaysia yang juga menyediakan A La Carte bermula RM10.00 untuk set local food manakala RM18.00 untuk western food.

Yang bestnya di sini korang yang ada nak plan buat party harijadi, anniversary, candle light dinner, annual dinner, reunion, family gathering dan macam-macam lagi boleh diadakan di sini. Mereka pun ada sediakan live band special untuk event korang jika ada minta.

Hidangan D Aura Cafe disediakan oleh Chef Hotel yang sudah pun berpengalaman. Kafe yang berkonsepkan relaks, tenang, romantik juga disediakan juga aircond dan WIFI untuk keselesaan pelanggan ketika menikmati hidangan bufet makan malam di sini. Yang menariknya, korang akan dibuai dengan lagu-lagu romantik ketika menikmati hidangan makanan.

Restoran ini juga menyediakan 30 minimum pax untuk hidangan bufet makan malam. Restoran ini beroperasi setiap hari dari pukul 11.00pagi hingga 11.00malam. Jadi jika korang nak datang cuba bufet makan malam boleh datang pada hari minggu (Jumaat hingga Ahad). Kalau nak cuba A La Carte pun ada juga boleh cuba. So, Otomen sarankan kepada pasangan memang terbaik lah untuk memilih restoran ni.

VIDEO BIRTHDAY PARTY D AURA CAFE

VIDEO D AURA CAFE DALAM RTM 1

 

Promosi dan pertanyaan hubungi :

Whatsapp : 019-2700 210

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s