Photoshoot Terbaik di Shah Alam

Assalamualaikum semua otomen ucapkan…

Tak sempat nak shoot masa Raya Aidilfitri hari tu? Jangan risau! Korang masih ada masa di Aidiladha ini. Tak salah kan kalau kita nak bergambar sebagai kenangan di satu-satu majlis yang membolehkan kita ingat momen indah tu.

Jadi, otomen nak bawakan korang satu tempat photoshoot terbaik yang korang boleh dapatkan di Shah Alam.

Kalau ada yang perasan sebelum ni, Otomen ade kongsikan beberapa keping gambar tersebut di Facebook Otomen Taro.

Sebenarnya, gambar-gambar ni adalah hasil tangkapan dari Kaio Studio yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Kaio Studio menawarkan perkhidmatan fotografi dan videografi kepada semua. Selain itu, mereka juga ada menawarkan servis rekaan grafik seperti poster dan khidmat kursus kepada sesiapa yang ingin belajar selok-belok editing dan sebagainya.

Jom, Kita tengok sedikit Latar Belakang Kaio Studio

Anwar Abdullah adalah pengasas kepada Kaio Studio and Production Sdn Bhd. Beliau bermula sebagai Wedding Videographer di majlis perkahwinan pada tahun 2012 dengan hanya berbekalkan modal bawah RM5,000 dari simpanan beliau bekerja sebagai pemandu pelancong suatu ketika dahulu.

Biodata diri Anwar Abdullah merupakan bekas pelajar Management & Science University (MSU) dalam bidang pengurusan hospitaliti dan pelancongan. Namun, beliau tidak meneruskan kerjayanya dalam bidang tersebut. Beliau lebih meminati hobinya dalam bidang fotografi dan videografi dengan lebih mendalam sehingga membawa nama “Kaio” lebih jauh lagi.

Berbekalkan semangat yang dibawanya, Kaio Studio telah menjadi sebuah organisasi Studio Fotografi dan Videografi terkenal di Malaysia. Selain beliau, Kaio Studio turut dibantu rakan sekerja dalam memperkembangkan lagi bakat anak muda yang minat kepada fotografi dan videografi.

Hasil Karya Kaio Studio Yang Sangat Terbaik
Penghargaan Kaio Studio dalam Fotografi dan Videografi

Bergambar bersama sahabat yang belajar di Cairo, Mesir ketika trip shooting ke sana

Anwar Abdullah & Anuar Zain ketika trip ke Paris

Bersama Nabil Ahmad, Maharaja Lawak

Kaio berkongsi pengalaman bersama pelajar MSU

Jadi tiba masanya untuk Otomen berikan korang gambar-gambar menarik Otomen ketika berphotoshooting di Kaio Studio tempoh hari.

Apa yang Otomen dapat setelah selesai menjalani photoshoot di Kaio Studio ni?

  1. Gambar yang sangat menarik untuk otomen jadikan profile picture sebagai salah satu daya tarikan sebagai seorang Blogger atau ‘Public Figure’ lah sangat kan.
  2. Lokasi Kaio Studio sangat mudah untuk dijumpai. Korang hanya waze atau google map je “KAIO STUDIO”. Confirm map terus bawak korang ke tempat yg dituju.
  3. Studio yang bersih dan kemas dan sangat selesa untuk bawak kawan-kawan, sahabat handai dan keluarga bergambar di sini. Ada disediakan ruang rehat, ruang persalinan dan ruang untuk solat (Tapi terbuka la).

Jutaan terima kasih juga otomen ucapkan kepada Kaio Studio yang sudi memberikan servis terbaik dalam setiap gambar otomen. Juga diucapkan terima kasih kepada MUA Otomen, Rosniza Rose yang touch-up Otomen jadi gebu sikit. Hehehe

Maklumat lanjut mengenai Kaio Studio boleh didapati seperti di bawah:-

Website | www.kaiostudio.com
Facebook | www.facebook.com/kaiostudio
Instagram | www.instagram.com/kaiostudio
Twitter | www.twitter.com/kaiostudio
Youtube | www.youtubw.com/kaiostudioTV

Alamat | 1-06 Metia Residence Offoce, No. 5, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Nak lebih mudah, korang waze atau google map je “Kaio Studio“.

One thought on “Photoshoot Terbaik di Shah Alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.