Review Filem Malay Regiment

Pada malam Khamis 24 Ogos 2017, Otomen telah menyaksikan tayangan perdana filem Malay Regiment atas undangan rakan blogger di eCurve Damansara. Filem ini mengisahkan sebuah filem patriotik yang bakal ditayangkan sempena menyambut Hari Kemerdekaan Negara pada 31 Ogos 2017.

Sinopsis Filem Malay Regiment

Filem Malay Regiment arahan Dato Jurey Latiff Rosli ini diangkat dari kisah sebenar pada 16 April 1976 dan 15 Julai 1946 semasa Ops Kota Gubir I & II yang mana pasukan keselamatan dari unit 17 RAMD telah menggempur beberapa kem pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thai berhampiran Gubir di Kedah. Dalam operasi kedua itu menyaksikan Kapten Zainal bin Abd Rashid telah gugur selepas berjaya membunuh tiga orang pengganas komunis. Operasi tersebut telah berjaya membunuh enam daripada 15 orang pengganas komunis selain berjaya merampas pelbagai jenis senjata dan bom.

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 31 Ogos 2017
Genre: Aksi / Sejarah
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: NA
Pelakon: Yus Waisar, Nad Zainal, Z.Zamri, Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar
Pengarah: Jurey Latiff Rosli
Format: 2D

Ulasan Plot Penceritaan Filem Malay Regiment

Mengenai pengawalan cerita tentang tragedi sebuah helikopter meletop yang dipercayai telah diserang pengganas komunis telah mengorbankan kesemua perajurit yang berada dalam helikopter tersebut. Terasa pilu seketika bila mengenangkan hati ini apakah akan terjadi sekiranya Otomen berada di situasi tersebut dan perasaan ahli keluarga bilamana mendapat tahu berita tragedi ini. Kemudian, dari satu babak ke babak seterusnya menunjukkan peralihan cerita di zaman 1970-an yang benar-benar terasa berada di zaman itu.

Memang Otomen tak nafikan lakonan dari para pelakon hebat beserta grafik yang mantap membuatkan filem ini berjaya menarik perhatian ramai seperti berada di sekitar tahun 1976. Syabas Otomen ucapkan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan filem ini kerana bukan mudah kesemua itu untuk dilaksankan.

Tidak banyak yang Otomen nak ulaskan mengenai filem patriotik negara ini. Sejujurnya, Otomen akui ia adalah sebuah filem wajib tonton buat anak-anak muda agar lebih ada rasa sifat cintakan tanah air dan bersemangat kental jika ada musuh menghampiri. Semangat yang ditunjukkan dalam filem ini membuatkan Otomen rasa tercabar diri untuk menjadi seorang pembela bangsa, agama dan negara. Ceewaaahhhh…. Ada style tak otomen berkata-kata…Hehehe

Malay Regiment di Pawagam 31 Ogos 2017

Okay… Di akhir filem ini cuba untuk menyampaikan betapa besarnya cabaran dan tanggungjawab Malay Regiment dalam usaha menghapuskan pengganas komunis untuk memperoleh keamanan yang kita kecapi sekarang. Ia juga memupuk sesama kita agar sedar dan menghargai wira-wira negara yang tidak didendang (unsung heroes) kerana sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara. Filem Malay Regiment sememangnya adalah sebuah filem yang patut ditonton dan dipuji.

Filem Malay Regiment bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 pada 31 Ogos 2017. Jadi, Jangan lupa untuk saksikan filem patriotik ini dan korang nilaikanlah sendiri penceritaannya setelah selesai menonton.

One thought on “Review Filem Malay Regiment

  1. Bagi aku Datuk Jurey perlu banyak lagi buat kajian sebelum bikin filem aksi perang, macam kelam-kabut jalan ceritanya.

    Babak pertempuran dengan komunis, shotnya terlalu cepat sehingga tidak nampak watak-watak yang terbunuh dan terkorban dari pihak tentera maupun pihak komunis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s