The Tag Along 2 – Movie Review

The Tag Along 2 – Movie Review | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog lifestyle Otomen Taro. Movie Review kali ini mengulas sebuah filem Seram “The Tag Along 2”. Filem ini merupakan kisah kesinambungan dari Filem “The Tag Along” siri satu. Filem ini mula ditayangkan pada 31 Ogos 2017 iaitu bersamaan Cuti Hari Kemerdekaan Malaysia.

Sinopsis The Tag Along 2

Shu Fen (Rainie Yang) telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap anak perempuannya yang berusia 15 tahun, Ya Ting. Selepas mengetahui yang anaknya itu telah hamil, dia meminta Ya Ting untuk menggugurkan dan bermula saat itu mereka mempunyai perjuangan yang sangat besar. Pada suatu hari, Ya Ting telah hilang. Sekumpulan penganut Buddha, Mei Hua LIN dan Lee Jun Kai juga dikenali sebagai medium Tiger God percaya bahawa Ya Ting telah dilarikan oleh roh jahat di kawasan pergunungan. Shu Fen menganjurkan pesta pencarian untuk mencari anaknya bersama Jun Kai. Jun Kai pula mendapati ada seorang perempuan, Yi Jun (Wei Ning HSU) yang tidak sedarkan diri di sebuah hospital terbiar di pergunungan tersebut. Bagi membolehkan pencari Ya Ting, Shu Fen membenarkan Yi Jun untuk menetap bersamanya kerana dia tahu Yi Jun ada kaitan dengan kehilangan Ya Ting dan gadis berpakaian merah itu. Ketiga-tiga mereka kemudiannya memutuskan untuk pergi ke gunung bersama-sama tetapi menghadapi ancaman kuasa ghaib yang luar biasa. Bolehkah Shu Fen mencari anak perempuannya? Dan bolehkah semuanya kembali bersama?

Genre                     : Horror

Language              : Mandarin

Director                  : Cheng Wei-Hao

Casts                     : River Huang, Ann Hsu Wei-Ning, Rainie Yang

Release date        : 31 Aug 2017

Trailer                    : https://youtu.be/FyCFRINmBaM

Review The Tag Along 2

Okay… sebenarnya Otomen sendiri tidak tahu kisah filem ini di siri pertama yang ditayangkan pada 10 tahun lalu. Atau mungkin Otomen yang sudah lupa isi kandungan filem tersebut. Maklumlah 10 tahun tu lama kan. Tapi, malam tu, lepas selesai je filem seram The Tag Along 2 ni, Otomen dapat rasakan ia sebuah filem seram yang dicari-cari. Perasaan mendebarkan ketika menonton apa yang berlaku dan part paling best di mana ada seorang penonton terkejut sehingga menghamburkan popcorn yang dipegangnya ke hadapan. Hehehe… kesian orang depan terkejut ada hujan popcorn dari atas. Memang nampak sangatlah kan penonton tuh melatah. Yang kesiannya habis popcornnya.

Keseluruhannya, ia adalah sebuah filem yang lebih hebat daripada filem Annabelle yang otomen tengok tempoh hari. Filem The Tag Along 2 ni pun adalah filem dari adaptasi kisah benar. Jadi, tidak hairanlah ia terasa real dan mengujakan!Jadi, pada korang semua… Jangan lupa saksikan filem ini di pawagam pada 31 Ogos 2017 esok ye. Maklumat lanjut boleh lihat di https://www.facebook.com/RamEntertainmentMovie/.

Berapa Bintang?

Dengan ini, Otomen nak bagi….

4/5

BINTANG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.