Shinju Pearl’s Raikan Bloggers Day

Nama yang tidak asing lagi di bibir wanita adalah perhiasan diri dari laut ini iaitu mutiara asli. Malah, bukan setakat wanita sahaja, lelaki juga boleh dapatkan beberapa perhiasan diri dari Shinju Pearl’s.

Shinju Pearl’s merupakan sebuah organisasi yang menjalankan jualan perhiasan mutiara asli dari laut yang telah diperkenalkan pada tahun 2004 oleh pengasas. Christina Koh. Shinju Pearl’s juga adalah jenama yang sememangnya dipercayai oleh golongan artis tempatan dan luar dalam menata rias diri ketika ingin membuat performance.

Pada Sabtu bersamaan 26 Ogos 2017 lalu, Otomen diberi kesempatan menghadiri satu program “Shinju Pearl’s Bloggers Day” di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Hari bersama blogger yang dianjurkan mereka ini adalah satu inisiatif untuk memantapkan lagi penjenamaan Shinju Pearl’s dengan mengundang para blogger untuk sesi perkenalan produk dan ramah mesra bersama artis-artis tempatan yang turut hadir seperti Zainal Abidin, Reyhanna Yunus, Salma Mentor, Thalia Mentor, Tati TOPS dan Ayu Damit (One In A Million).

Latar Belakang Shinju Pearl’s

Bermula pada tahun 2006, Christina telah memberanikan diri untuk mengambil risiko dalam meneruskan legasinya dan telah mencapai kejayaan pertama dengan menubuhkan sebuah butik pertama di Kuala Lumpur Golden’s Triangle di pusat membeli belah Lot 10. Kemudian, dalam tahun sama, adiknya, Diana turut bekerjasama bagi memulakan strategi pelan dan pembaharuan kepada perniagaan dan jenamanya.

Shinju Pearl’s mula memperluaskan wilayahnya sekitar tahun 2009 dengan pembukaan butik seterusnya di Great Eastern Mall, Jalan Ampang. Kira-kira setakat hari ini, butik Shinju Pearls sudah ada di Lot 10, Great Eastern Mall, Pavillion Shopping Centre, Bangsar Village, Bangsar Shopping Centre, Paradigm Mall, Sunway Pyramid dan Mid Valley. Selain itu, Shinju Pearls juga mempunyai Standalone Counters yang terletak di Isetan, KLCC dan Isetan, Mid Valley City. Menariknya kesemua butik Shinju Pearls mempunyai konsep yang unik dan dipenuhi dengan pelbagai jenis produk yang disesuaikan mengikut kesesuaian pelanggan dan sudah pun punyai sijil keaslian yang sah. Mutiara dari Shinju Pearls merupakan trend semasa dalam rekaan bentuk serta memenuhi citarasa pelanggan pelbagai peringkat.

Usaha murni Shinju Pearls menganjurkan Hari bersama Blogger yang dihadiri seramai 30 orang blogger dari pelbagai niche dan kategori telah menyatukan antara kami dan sekaligus dapat memperkenalkan lebih jauh tentang keindahan apabila memiliki jenama dari Shinju Pearls ini. Hal ini kerana rekaan bentuknya yang berkualiti, versatile dan kontemporari mengikut trend terkini dan harganya yang juga sangat berpatutan telah berjaya memberikan kesan yang sangat besar kepada semua peminatnya sejak satu dekad yang lalu.

Turut dimeriahkan majlis dengan dendangan lagu “Hijau” dari artis tidak asing lagi, Zainal Abidin yang sememangnya terkenal dengan lagu-lagu berjiwa kemanusiaan, sosial dan persekitaran. Zainal Abidin juga merupakan peminat Shinju Pearls.

Artis-artis muda tempatan yang lain seperti Salma Mentor, Thalia Mentor, Ayu Damit, Reyhanna Yunus dan Sara Mentor juga memeriahkan majlis dengan setiap seorang ada membuat persembahan kepada kami.

Lebih mengejutkan lagi, Otomen terpilih menerima hadiah cabutan bertuah seutas rantai mutiara berharga RM700. Bukan setakat Otomen sahaja. LeYa juga pada hari itu turut menerima hadiah cabutan bertuah yang sama untuk dibawa pulang. Ehheeemmmm….untunglah Cik LeYa kita kan. Dapat dua sekaligus. Itulah rezeki namanya. Alhamdulillah…

Jadi, Otomen menyeru kepada semua peminat perhiasan diri, Shinju Pearls sangat sesuai digunakan oleh semua golongan tua muda, tidak kira wanita mahupun lelaki. Tambahan, harganya juga amat berpatutan dan sesuai dengan kualiti yang diberikan.

Maklumat lanjut mengenai Shinju Pearls, boleh layari laman web http://www.shinjupearls.com/ dan http://www.shinjupearls.net/ atau Facebook http://www.facebook.com/ShinjuPearlsMalaysia.

4 thoughts on “Shinju Pearl’s Raikan Bloggers Day

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.