Lepak Cuba Burger Viral di Cabin Steak House Kepong

Cabin Steak House, Kepong | Kuala Lumpur

Okay…. kalau korang berada betul-betul di celah-celah kesibukan kawasan Kepong tu bolehlah singgah ke sini. Restoran ni pun tak lah susah nak cari. Hanya waze atau google mapCabin Steak House” dan terus akan di bawa ke sini.

Restoran Cabin Steak House ni baru sahaja setahun beroperasi dan dimiliki sepenuhnya oleh En Quzaireel. Difahamkan sebelum munculnya Cabin Steak House ni, beliau telah menjalankan perniagaan Restoran Selera Sri Delima yang terkenal dengan Nasi Ayam Kukus dan beroperasi selama 4 tahun. Demi memenuhi selera masa kini, beliau telah bertukar ke Cabin Steak House yang mana ia menyajikan makanan barat dan tempatan.

Burger Viral yang sedap-sedap

Untuk pengetahuan korang, terutama bagi mereka yang memang peminat tegar burger di serantau ini. Mereka telah memperkenalkan beberapa menu burger popular termasuk burger yang julung-julung kali dibuat hanya dalam 2 bulan setiap tahun. Antara burger viral yang korang boleh cuba di sini adalah Mushroom Burger, Cabin Burger, King Cheese Burger dan Burger Negaraku, burger yang menjadi sebut-sebutan oleh pelanggan kerana saban kali muncul di bulan kemerdekaan sahaja.

Pemilik Cabin Steak House, En. Quzaireel

En Mohd Quzaireel bin Ismail atau lebih dikenali dengan Que Zaireel memiliki perwatakan yang sangat baik dan tidak jemu melayan kerenah Otomen dan rakan-rakan blogger ketika menjamu selera. Menurut En. Quzaireel, idea terhasilnya “Burger Negaraku” ini adalah semangat kecintaan beliau terhadap tanah air tercinta.

Berjiwa merdeka. En. Quzaireel sangat teruja dan bersemangat sekali bila menjelang 31 Ogos. Melalui semangat yang begitu membara, maka tercetuslah ilham Burger Negaraku yang menjadi simbolik dan sangat unik kepada Cabin Steak House.

Tujuan utama juga dalam penciptaan Burger Negaraku ini adalah untuk memberitahu betapa pentingnya kemerdekaan kepada generasi baru walaupun ada banyak cara untuk kita luahkan rasa kecintaan pada negara.

Pernah tak korang terfikir susah ke senang nak buat burger 4 warna ni? Dengan semangat dan idea kreatif yang lahir dari En. Quzaireel, roti Burger Negaraku yang mana ianya ada 4 warna iaitu merah, putih, biru dan kuning ini memerlukan teknik dan cara yang betul ketika mengadunnya. Ini juga asbab bagaimana generasi baru iaitu XY terbentuk.

Burger Negaraku ini hanya dikeluarkan pada bulan Ogos dan September setiap tahun. Dengan harga RM6.50, otomen rasa ia sangat berpatutan kerana dengan kepayahannya dalam menguli roti, korang juga akan dapat merasa kelembutan roti dan ramuan yang ada dengan puas.

King Cheese Burger
Mushroom Burger
Cabin Burger
Nasi Ayam Black Pepper
Chicken Chop
Aneka minuman sejuk dan panas
Chocolate Orea yang menggiurkan tekak…

Ada pelbagai lagi juadah yang korang boleh nikmati di Cabin Steak House ini. Otomen dan rakan-rakan sendiri dah rasa 4 jenis burger beserta Nasi Ayam Black Pepper dan Chicken Chop. Aneka minuman panas dan sejuk juga korang boleh dapatkan di sini.

Cabin Steak House

Korang juga boleh dapatkan servis makan-makan yang enak di sini sekitar waktu makan tengah hari dan makan malam. Hidangan Nasi Ayam juga ada pelbagai citarasa lagi sedap. Antaranya adalah Nasi Ayam Hainan, Nasi Ayam Madu, Nasi Ayam Black Pepper dan Nasi Ayam Sambal Berlada.

Senang cite, otomen nak bagitahu memang sangat berbaloi-baloi jika korang datang dan rasai sendiri makanan di sini.

Bersama rakan-rakan blogger dari team Propa Rangers
Otomen rasa bersyukur sangat-sangat atas kurniaan rezeki yang tidak ternilai ini. Perut dah kenyang, hati pun riang.

Maklumat lanjut mengenai Cabin Steak House:

CABIN STEAK HOUSE,
Lot 426,  No. 01-A Jalan Jambu, Kepong,
52000 Kuala Lumpur.
(belakang Crystal Crown Hotel)  
Contact : 019 – 3202039 (WhatsApp)
Facebook:  Cabin SteakHouse KL
Intagram:   @cabinsteakhouse

4 thoughts on “Lepak Cuba Burger Viral di Cabin Steak House Kepong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s