Tarikan Pelancong ke Dinosaur Alive di Kuala Lumpur

Pameran Dinosaur Alive merupakan antara projek pelancongan yang unik dan berimpak besar bagi meningkatkan ekonomi pendapatan negara. Ia menjadi sebahagian infrastruktur penting pengukuhan transformasi negara dalam membantu meningkatkan taraf hidup sosioekonomi masyarakat dan tarikan pelancongan.

Pameran bertaraf antarabangsa yang pertama kali dibawa ke Asia dari Australia ini sudah bermula pada Ogos lalu sehingga Januari 2018 di mana ia mempamerkan lebih 40 jenis dinosaur animatronik berskala besar, sekali gus dapat memberi pengalaman dan pengajaran serta kepuasan kepada pengunjung terutama kanak-kanak.

Pameran Dinosaur Alive ini merupakan acara unik yang dianjurkan oleh Creative Alliance dan disokong oleh Tourism Malaysia & MaTiC di bawah Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Sebenarnya ia sudah dibuka pada 14 Ogos lalu dan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Loga Bala Mohan sebagai wakil Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur.

Pameran ini dikatakan berbentuk pendidikan dan sangat menyeronokkan buat kanak-kanak di mana mereka dapat menikmati sebahagian daripada dunia Jurassic pada hari ini. Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan lagi acara. Antaranya adalah zon penggalian telur dan fosil untuk kanak-kanak, kawasan kraf pasir dinosaur, aktiviti memasang rangka dan kawasan sejarah dinosaur yang bertemakan “jumping castle”. Pasti anak-anak korang teruja untuk terus meneroka pengalaman mereka di sini!

Selain itu, terdapat juga zon makanan dan minuman untuk korang berehat-rehat sambil makan, minum dan memantau anak-anak bermain. Tidak dilupakan juga kedai menjual barangan mainan yang bertemakan dinosaur untuk korang beli sebelum pulang ke rumah sebagai kenang-kenangan.

 

Dinosaur Alive di Kuala Lumpur

Konsep Dinosaur Alive ini yang cuba diketengahkan berjenis ‘pop up’ bertemakan Jurassic Park. Dibuka bermula jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam dan telah dibuka kepada orang ramai selama 6 bulan pada setiap hari. Memang aktiviti menarik yang akan memberi pengalaman buat kanak-kanak malah untuk keluarga yang datang berkunjung ke sini.

Otomen dan LeYa berada di sini sekitar 2 jam sebelum beredar pulang ke rumah. Otomen sekali lagi nak cakap pameran Dinosaur Alive ini beroperasi setiap hari bermula jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Tiket bayaran masuk dikenakan sebanyak RM50 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak sekitar umur 3 hingga 12 tahun. Jangan Risau! Ada diskaun menanti korang yang hadir ke sini beramai-ramai dalam kumpulan seramai 10 orang atau lebih seperti kumpulan pelajar sekolah dan lain-lain.

Dinosaur Alive juga adalah inisiatif Pusat Pelancongan Malaysia, MaTiC dengan kerjasama Creative Alliance dan Dinosaur Touring, sebuah syarikat yang berpusat di Melbourne, Australia.

Jadi, otomen ingin mengajak korang jom ke Dinosaur Alive di Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut boleh la layari seperti di bawah ni ye…

Alamat

No 109, Lanai MaTiC,

Pusat Pelancongan Malaysia,

Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

 

Ticket Hotline

03 – 2181 4733

 

Website

www.dinosaursalive.com 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.