Movie Review | Filem Aksi Chasing The Dragon Memang Terbaik

Baru berkesempatan dapat menulis tentang sebuah filem aksi Chasing The Dragon yang sangat hebat dan terbaik yang Otomen telah saksikan di Tayangan Perdana pada 27 September lalu atas jemputan dari portal hiburan BUZZING MALAYSIA. Sebuah filem arahan Jason Kwang dan Wong Jin yang menampilkan gandingan pelakon hebat Andy Lau dan Donnie Yen.

Siapa tidak kenal dengan pelakon Andy Lau yang suatu ketika dahulu dikenali di era 1980an – 1990an yang mana diperkatakan ketika itu tentang fenomena filem atau drama dari Hong Kong yang sangat hebat sehinggakan setiap siaran TV berlumba-lumba untuk menayangkan aksi lakonan Andy Lau ini yang sememangnya mempunyai satu nama besar dalam industri hiburan di Asia.

Mengenali pula Donnie Yen yang juga merupakan pelakon hebat yang pernah beraksi dalam filem IP Man. Gandingan hebat kedua-dua pelakon ini memang mampu membuatkan filem Chasing The Dragon menjadi filem yang hebat untuk ditonton.

Sinopsis Filem Chasing The Dragon

Filem Chasing The Dragon bergenre jenayah dan aksi yang diarahkan oleh Jason Kwan dan Wong Jin. Sebenarnya, tajuk asal filem ini adalah KING OF DRUG SELLER. Namun, ia adalah remake kepada filem yang pernah diterbitkan pada tahun 1991 iaitu filem TO BE NUMBER ONE. Filem ini juga menampilkan kolaborasi yang pertama kalinya antara Andy Lau dan Donnie Yen. Filem berbahasa Kantonis dan terdapat sarikata Bahasa Melayu.

Mengisahkan Ho (Donnie Yen) yang masuk ke Hong Kong dari Tanah Besar China pada lewat 1960-an untuk mencari rezeki. Dalam pada ketika itu juga, pihak polis Hong Kong bekerjasama dengan para penjenayah di bawah penjajahan British. Pada era itu, amalan rasuah di kalangan penjawat kerajaan sangatlah berleluasa termasuk juga melalui industri dadah dan pelacuran.

Ketua Detektif, Lee Rock (Andy Lau) menghargai kemahiran dan keberanian Ho sehingga membantunya melarikan diri dari seksaan Pihak Polis Inggeris. Ho amat bersyukur kepada Rock. Dalam satu pergaduhan geng, untuk menyelamatkan Rock, Ho telah mengorbankan kaki kanannya sehingga menjadi lumpuh. Sejak dari kejadian itu, mereka menjadi semakin akrab dan Rock juga telah membantu Ho menjadi pemimpin nombor satu dalam kumpulan pengedaran dadah. Rock dan Ho menjadi semakin berkuasa dan secara berasingan menakluk Hong Kong.

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama mereka juga bergelut dengan sebuah rahsia bagi memastikan kesimbangan kuasa di antara mereka. Sehingga tahun 1974, penubuhan ICAC (Independent Commision Against Corruption) telah memaksa Rock untuk bersara awal. Manakala, Ho tidak mahu berhenti dan bertekad untuk menjadi diktator tunggal kerajaan dadah.

Review Otomen Taro:-

Otomen memang amat meminati filem aksi. Bagi otomen, filem ini bukan sahaja menarik malah ia juga memaparkan senario yang juga masih berlaku pada dunia hari ini serta ia dapat menerapkan unsur-unsur nilai murni sebagai nasihat kepada diri. Filem Chasing The Dragon memberi kita nilai-nilai murni sperti:-

  1. Erti Sebuah Persahabatan
  2. Cinta Sejati
  3. Berbudi Pekerti

Filem ini juga menekankan yang dadah, pelacuran dan rasuah adalah musuh negara dan bangsa. Lakonan hebat Andy Lau dan Donnie Yen telah berjaya menambat hati ramai penonton sehingga ke akhir rancangan dan ini harus diberi pujian yang sangat tinggi kerana kedua dari mereka menampilkan kolaborasi lakonan yang sangat hebat dan terbaik.

Ingin tahu kesudahan filem aksi hebat ini? Jom saksikan filem CHASING THE DRAGON ini di pawagam berdekatan korang. Filem ini diedarkan oleh LOTUS FIVE STAR dan dipasarkan di Malaysia oleh RAM ENTERTAINMENT.

Berapa Bintang?
 
Dengan ini Otomen bagi
4 / 5 
 
BINTANG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.