Festival Seram Nights of Fright 5 di Sunway Lagoon

Dah nak hujung Oktober ni, apa kata Otomen nak bawakan korang ke satu lokasi menarik hujung minggu bersama keluarga atau rakan-rakan. Otomen difahamkan Oktober ini merupakan perayaan Halloween yang mana ia disambut dengan pemakaian kostum berupa makhluk yang sangat mengerikan dan ukiran wajah juga mengerikan. Selain itu, akan ada sebilangan kanak-kanak yang datang berkunjung dari rumah ke rumah untuk mengutip gula-gula dan banyak lagi.

Okay… tak kisah lah apa yang nak dikatakan tentang perayaan Halloween ni. Yang pastinya ia akan membawa korang dengan perasaan seram dan ngeri pada setiap diri masing-masing. Oleh itu, sebuah taman tema air bertaraf dunia, Sunway Lagoon Malaysia telah pun meraikan 25 tahun pembukaannya sejak tahun 29 April 1993 lagi dengan membawakan korang dengan festival ngeri yang diberi nama NIGHTS OF FRIGHT 5. Festival ini sudah pun memasuki edisi ke-5 dan akan menghantui korang dengan 8 buah rumah berhantu, 5 zon ketakutan, 11 permainan yang menakutkan dan 4 persembahan yang sangat mengerikan.

Jom… Otomen bawa korang masuk ke DYSTOPIA HOSPITAL HELL yang mana ia merupakan sebuah hospital usang yang akan membawa korang pengalaman ngeri yang berlaku pada setiap pesakit dan pekerja di situ. Bagi yang lemah semangat, dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada ketika melalui jalan yang disediakan dan sentiasalah berpaut pada bahu orang atau rakan-rakan kerana jika ikatan terlepas, AWAS! Tiada jalan keluar. Hahahaha..

Dah ada ras takut belum? Kalau belum…. jom otomen bawa lebih banyak lagi pengalaman ngeri yang akan korang nikmati. Hehehe… Kali ini kita akan merasai detik pengalaman di 5 zon ketakutan. Antaranya adalah HorrorWood Boulevard, Forest of Fear, Zombie Pirates, Judgement Lane dan March of the Undead. Kelima-lima lokasi ini pasti akan membuatkan korang menggigil ketakutan dan terus rasa nak balik rumah.

Lebih menarik lagi, korang akan dapat menyaksikan persembahan ngeri Horrors Circus Stage, The Egyptian Temple dan Judgement Stage ketika korang masih lagi di kawasan seram ini. Memang otomen pasti lah korang akan melopong dan menjerit ketakutan melikat aksi bahaya yang dilakukan.

WoW!!! Ini ada lebih best lagi. Buat julung kalinya pada tahun ini diadakan Night of the Undead Run. Lebih 1300 orang telah menyertai dan menghabiskan larian yang penuh dengan halangan dan cabaran itu.

So… masih ada lagi kesempatan untuk korang merasai detik-detik cemas dan pengalaman ngeri ini, jom bawa keluarga atau rakan-rakan korang ke NIGHTS OF FRIGHT 5 yang hanya berlangsung setiap hujung minggu iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula dari jam 7.30 sehingga 11.30 malam. Tiket masuk ke Nights of Fright 5, Sunway Lagoon juga berharga RM64 sahaja!

Maklumat lanjut, bolehlah hubungi di talian 03-5639000 atau layari laman web www.sunwaylagoon.com dan laman Facebook Rasmi SUNWAY LAGOON MALAYSIA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s