Haunted Hotel | Kisah Seram Menginap Di Amber Court, Genting Highlands

Haiii3x… Lama sungguh Otomen menyepikan diri kan. Almaklumlah sibuk. Lagi2 sekarang ni Otomen dah mula bekerja di sebuah organisasi di Putrajaya.

Beberapa minggu lepas, Otomen dan LeYa serta rakan-rakan blogger telah bermalam di sebuah hotel yang agak seram dan paling ‘haunted’ di Asia. Kami semua telah menyertai satu cabaran “Siapa Paling Berani” dan bermalam hanya 1 malam di Amber Court, Genting Highlands pada 21 Oktober 2017.

Kalau korang semua nak tahu cabaran ini diadakan bersempena dengan tayangan filem seram HAUNTED HOTEL terbitan Lomo Pictures yang diarahkan oleh Ryon Lee dan menggandingkan para pelakon terkenal dari Thailand, Malaysia dan China. Lokasi penggambaran filem tersebut berlangsung di Amber Court, Genting Highlands.

Untuk pengetahuan korang lagi, filem ini mendapat kutipan RM600,000 untuk 3 hari tayangan di Malaysia dan mendapat RM11 juta selama 8 hari di China. Jadinya, Otomen dijemput untuk menyertai cabaran Siapa Paling Berani ini dari pihak Sam Kassim Events & Communications untuk mencabar diri otomen yang sememangnya tiada perasaan dan agak berani lah juga (Eksen kaw ye… otomen..)

Melihatkan pemandangan luar bangunan sahaja, dah terasa seram sejuk kan. Ditambah lagi pula berada di Genting Highlands yang sememangnya sejuk. Otomen yang kurus kering ni menggigil kaw.. Padahal takde lah sejuk sangat berbanding di musim hujan.

Okay… ceritanya bermula pada petang 21 Oktober itu, otomen dan rakan-rakan berkumpul di stesen LRT Gombak sekitar jam 5.00 petang untuk menaiki sebuah van ke sana. Lebih kurang jam 6.15 petang, van sampai di hadapan pintu utama Amber Court. Angin sepoi-sepoi bahasa yang mendinginkan dah mula menyucuk tulang temulang otomen. Hehehe… Namun, otomen tidak lupa untuk membuat sedikit liputan mengenai perasaan kali pertama tiba di situ.

Dari pemantauan otomen, Amber Court ini bukanlah sebuah bangunan kosong. Ia telah dihuni oleh ramai warga asing dan beberapa pelancong yang datang menginap di bilik hotel yang disediakan. Kalau korang nak tahu di ruang legar lobi hotel ni, cukup meriah. Deretan kedai-kedai seperti kedai runcit, kedai makan, dobi, kedai alat telekomunikasi ada di sepanjang lorong lobi ini. Terasa meriah lah juga macam berada di pasaraya.

Sementara menunggu giliran untuk masuk ke bilik hotel, otomen jalan-jalan dulu melihat kawasan sekitar. Eleh… kaw hingat otomen jalan jauh ker. Jenjalan kat depan je..Hahaha….

Kunci bilik dah pun dapat. Otomen dan LeYa menginap di Tingkat 23 iaitu tingkat paling tinggi sekali. Hohoho… Ade beran ke korang kalau kena bermalam di sini?

Pintu lif pun terbuka. Kami mencari bilik kami. Berpusing-pusing juga sebab kurang arif susunan bilik. Dan akhirnya ketemu jua. Alamak! Kunci pintu sukar dibuka. Otomen pun minta bantuan rakan otomen, Abam Khir Khalid untuk membukanya kerana amat ketat juga untuk permulaan. Bila dah berjaya, Oppsss…. Jangan terus masuk ye… Bacalah doa ape yang patut dulu. Bagi salam. Ok then masuk..

Wow!!! Luas dan cantiknya bilik kami! Itu ayat yang muncul dari mulut Otomen dan LeYa saat melangkah masuk ke dalam. Okay, pesan Abang Sam, letak beg dan terus turun ye. Ada banyak aktiviti lagi nak dilakukan malam ni.

Jom turun…

Lawatan ke Lokasi Penggambaran Haunted Hotel

Kali ni otomen dan lain-lain dibawa ke lokasi penggambaran di mana filem Haunted Hotel pernah jalankan shootingnya di sini. Turut difahamkan yang pengarah dan krew juga pernah diganggu semasa sedang membuat sesi penggambaran.

Di antara lokasi-lokasi itu, ada satu kejadian pernah berlaku yang melibatkan 7 ahli keluarga bunuh diri dan kawasan tersebut dihuni makhluk halus. Ramai pernah diganggu terutama sekali bila berseorangan. Pintu bergrill kat atas itu merupakan bilik yang didiami 7 ahli keluarga yang telah bunuh diri itu. Baru sahaja ingin membuat penggambaran, Lock pintu tiba-tiba terbuka dan semua krew bertukar ke bilik lain untuk lokasi penggambaran.

Lokasi tangga di atas adalah penggambaran di mana jelmaan “Ling” muncul dalam filem Haunted Hotel. Seram sejuk jugak lah kalau otomen pandang ke atas tuh. Hehehe

Ini pula tandas tinggal dan menjadi lokasi penggambaran sebagai tandas hospital dan ada entiti di hujung bilik tandas itu. (Mohon tengok filem ini jika ingin tahu kat mana hantu tuh muncul. Haa..)

Ini pula tempat parkir Basement yang memaparkan adegan cemas dalam filem Haunted Hotel.

Okay… tak larat nak cakap banyak. Perut otomen pun dah berbunyi saat itu. Otomen dibawa ke salah sebuah kedai makan yang ada di situ untuk menikmati makan malam sebelum aktiviti kemuncak bermula.

Cabaran “Siapa Paling Berani” Bermula

Saat yang dinantikan pun tiba. Jam menunjukkan pukul 10.00 malam. Kami dibawa ke lokasi parkir kereta untuk menjalani satu cabaran yang agak menyeramkan. Dalam cabaran tersebut, kami perlu mencari sebuah botol perfume yang diletakkan di salah sebuah bilik yang sangat gelap dan dah lama ditinggalkan. Lebih menggerunkan lagi, setiap peserta akan masuk secara berseorangan dan hanya berbekalkan lampu suluh yang ada pada handphone dan perlu merekod video dalam waktu yang telah ditetapkan.

Pusingan pertama yang diberi masa 1 minit tidak berjaya oleh kesemua peserta. Kami diberi pula masa tambahan sebanyak 2 minit untuk Pusingan kedua. Berbekalkan masa 2 minit, kami para peserta bertungkus-lumus mencari botol perfume itu. Tak fikir waktu tu bilamana jika masuk pintu sebelah kiri keluar kanan atau tak jumpa pintu keluar. Almaklumlah, bilik yang kami lalui memang sangat gelap, sejuk dan menyeramkan. Yang kami fikir hanya perfume. Namun, barangkali “ada” yang cuba main-main sembunyi dengan kami, sekali lagi kami tidak menemukan botol perfume itu. Kami dibawa masuk beramai-ramai untuk melihat kedudukan perfume itu diletakkan.

Bila kami tahu perfume itu ada, kami memulakan lagi pencarian di Pusingan Ketiga. Kali ini, barulah seorang demi seorang menemukan perfume itu. Yang pasti, ketika otomen membuat pencarian dan menjadi orang terakhir mencari perfume itu, otomen berjaya menyelesaikan segala kekusutan kedudukan perfume itu dengan catatan masa 35 saat. Fuyyyooooo…. power tak otomen? Hahahaha…

Menjadi tanda tanya ketika cabaran itu berlangsung, handphone otomen tiba-tiba hang dan lampu padam ketika menjadi peserta pertama di pusingan pertama. Kemudian, beberapa rakan blogger yang telah menemukan perfume itu juga tidak dapat dilihat kembali video yang dirakam mereka. Misteri yang masih belum dirungkai sehingga saat ini.

Selesai sahaja cabaran yang kami lalui itu, barulah kami tahu yang mana lokasi kami menjalankan Cabaran “Siapa Paling Berani” di kawasan parkir Basement itu telah lama ditutup untuk orang ramai kerana telah berlaku kejadian-kejadian aneh di situ. Kawasan itu sangat keras. Dikatakan ramai yang pernah terserempak dengan gadis cantik yang kemudian berubah rupa yang amat mengerikan selain nampak lembaga besar, kena sampuk dan meracau sehingga tidak jumpa jalan pulang. Kawasan itu sebenarnya sudah ditutup kepada orang ramai. Syukur alhamdulillah, sepanjang cabaran itu, tiada apa yang buruk berlaku kepada kami.

Sebelum masuk bilik dan tidur, kami ambil angin malam di luar hadapan lobi utama untuk merasai suasana malam di luar Amber Court. Suasana malam yang sunyi dan suram, ditambah lagi bangunan yang tidak bercat itu memang agak menyeramkan untuk kita duduk.

Keesokan harinya, sebelum berangkat pulang, kami diberi penghargaan atas keberanian kami menempuh cabaran yang dilalui dengan sebuah smartphone VC Violet III keluaran VC Smartphone. VC Violet III ini juga pernah digunakan dalam filem Haunted Hotel.

Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada Lomo Pictures dan Sam Kassim Events & Communications di atas penganjuran Cabaran “Siapa Paling Berani dan juga pihak smartphone VC Malaysia yang memberi hadiah bermakna ini kepada kami semua. Tidak dilupakan juga buat rakan-rakan blogger yang turut hadir dan berkongsi pengalaman dalam menempuhi cabaran di Amber Court ini.

Buat korang yang ingin tahu dan melihat sendiri kisah seram Amber Court, bolehlah menonton filem Haunted HotelΒ yang sudah pun berada di pawagam berdekatan.

Jangan Risau! Kini terdapat 69 pawagam yang menayangkan filem Haunted Hotel ini. Jadi, jom semua saksikannya sekarang!

4 thoughts on “Haunted Hotel | Kisah Seram Menginap Di Amber Court, Genting Highlands

  1. Pengalaman ni mmg sgt berharga dan menarik. Satu je risau masa balik bilik nak tido lepas contest tu, takut sleepwalking buka sliding lompat dari beranda.. hadoiii πŸ˜€ :D. Apa pun, harap2 ada peluang2 lain sana2 rakan blogger yg mcm2 ni lagi nanti πŸ™‚ πŸ™‚

  2. Perasaan mula2 sampai gerun jugak lah tengok keadaan hotelnya yang usang dan suram. Namun, dek datang beramai2 tu, rasa seram tu kurang sikit. Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ketika bersama rakan2 blogger melawat lokasi2 penggambaran filem Haunted Hotel.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s