Kisah Inspirasi: Dari Seorang Pilot Kepada Usahawan Berjaya

Mengecapi kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah dan banyak dugaan yang harus ditempuhi. Bak kata pepatah bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian. Kisah ini menceritakan seorang pemuda yang memang minat dari kecil untuk menjadi usahawan berjaya pada suatu hari nanti. Pada awalnya, pemuda yang bernama Tuan Bakhtiar Aliff ini merupakan seorang juruterbang MAS. Dek kerana semangatnya yang kuat dan minat beliau untuk menjadi usahawan, Tuan Bakhtiar mengambil langkah berdikit-dikit bersama isterinya, Puan Farah Dila mengembangkan dunia perniagaannya ke persada tanah air.

Tuan Bakhtiar Aliff Ibrahim sudah pun punyai pengalaman dalam kerjaya juruterbangnya lebih kurang 15 tahun. Beliau yang membesar dan menetap di Shah Alam telah menjadikan seorang yang gigih dan berusaha untuk mencapai sesuatu. Beliau yang merupakan lepasan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan kemudiannya menjalani latihan di Kadet Juruterbang Malaysia Airline (MAS) pada tahun 2006. Kemudian, setahun selepas itu pada tahun 2007, beliau dibawa masuk dalam AFPT (Asia Pacific Flight Training) yang mana beliau ditaja sepenuhnya oleh MAS dan telah mendapatkan lesen penerbangan ATPL (Air Transport Pilot License) dan diserap masuk sebagai juruterbang Air Bus 330 sehingga Ogos 2017. Kemudiannya lagi, beliau telah mendapat tawaran sebagai juruterbang Malindo dan bermula pada Ogos 2017 juga.

Setelah berjaya dalam kerjaya penerbangan, beliau masih lagi dengan minat yang dipupuk sedari kecil. Minatnya terhadap perniagaan tidak pernah pudar dek arus zaman. Menyedari hakikat ini, bersama isteri beliau, Puan Nor Fadilah Alias atau lebih dikenali Farah Dila bersepakat untuk menubuhkan satu perniagaan yang boleh membantu orang ramai yang ada hari ini.

Pelbagai cabaran dan rintangan telah mereka tempuhi jua. Namun, dek keberkatan ingin membantu menambah nilai hidup orang lain, Tuan Bakhtiar berjaya membuka legasinya bersama isterinya tersayang sebuah perniagaan milik mereka. Inspirasi ingin membantu orang ramai tercetus dengan kemunculan produk kecantikan dan kesihatan Mama Mia! Skincare.

Produk Mama Mia! Skincare ini telah diusahakan oleh Syarikat Yong&Bell Marketing yang ditubuhkan pada Ogos 2016. Secara keseluruhannya syarikat ini dimiliki oleh Tuan Bakhtiar Aliff bin Ibrahim (Yong) dan Shaiful Kamar bin Abu Kassim (Bell).

Kemudian, Produk Mama Mia! ini diusahakan oleh isterinya, Puan Nor Fadilah Alias (Farah) dan juga Puan Rozi Aminuddin yang lebih gemarkan dunia kecantikan untuk lebih dekat dengan pengguna wanita amnya. Produk Mama Mia! ini bukan sahaja untuk wanita malah sesuai untuk lelaki dan semua peringkat umur dalam lingkungan 17 hingga 50 tahun ke atas.

Produk Mama Mia! Skincare ini diilhamkan sendiri oleh Tuan Bakhtiar kepada pengguna di luar sana yang menginginkan kejelitaan dan kecantikan dalam jangka masa yang panjang. Siapa kata lelaki tidak boleh hasilkan produk kecantikan wanita? Tuan Bakhtiar dah pun buktikannya. Beliau juga percaya produk ini tiada kesan sampingan dan berkualiti tinggi kerana tidak menggunakan bahan kimia terlarang dan mampu memberikan kesan yang baik tanpa sebarang risiko.

Oleh yang demikian, beliau merasa terpanggil untuk mengembangkan lagi perniagaan ini disamping dapat membantu memberikan keyakinan diri dan menambah pendapatan ekonomi sesebuah keluarga.

Rangkaian Produk

Elixir Love Serum

  • Bertindak sebagai produk 5 dalam 1 (Moisturizer, Toner, Sunblock, Whitening Agent, Anti-aging Agent)
  • Menipiskan jeragat
  • Memudarkan parut jerawat
  • Mengecilkan pori yang terbuka
  • Menjadikan kulit lembut dan lebih berseri
  • Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata

Love Bliss Foundation

  • Bertindak sebagai produk 6 dalam 1 (Foundation, Moisturizer, Toner, Sunblock, Whitening Agent, Anti-aging Agent)
  • Bedak asas
  •  Menipiskan jeragat
  • Memudarkan parut jerawat
  • Mengecilkan dan menutup pori yang terbuka
  • Menjadikan kulit lembut dan lebih berseri
  • Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
Soothing Love Cleanser
  • Membersihkan secara mendalam
  • Mengurangkan lebihan minyak
  • Menanggalkan kotoran dan kesan solekan
  • Mencerah, menganjal, menggebu dan melembapkan kulit
Silky Love Day Cream
  • Melindungi kulit dari sinar UV
  • Menyeri dan sebagai alas bedak
  • Mencerahkan kulit secara sekata
  • Mengekalkan kelembapan kulit wajah
  • Menghilangkan tanda penuaan dan kedutan
Sleek Love Night Cream
  • Merawat, memutihkan dan mencerahkan kulit wajah
  • Mengembalikan keanjalan dan keremajaan kulit wajah
  • Menghapuskan jerawat, parut, lebihan minyak dan jeragat

Packaging yang sangat menarik, kelihatan eksklusif kepada sesiapa sahaja yang sudah memilikinya. Pilihan packaging ini juga adalah ilham dan hasil Tuan Bakhtiar dalam memberikan yang terbaik kepada orang ramai.

Kelas Make-up Berbaloi dan Murah

Selain itu, Puan Farah Dila juga ada menyediakan kelas make-up kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan harga yang berbaloi-baloi murah dan mampu milik. Masih dengan konsep membantu orang ramai untuk turut sama menambah ekonomi hidup semua, Pn Farah menjalankan tutorial Class Makeup secara asas sehingga peserta pandai dan tahu mengendalikan alat makeup sendiri. Setiap yuran kepad yang berminat hanya dikenakan caj sebanyak RM50. Kadang-kadang korang juga akan menerima kejutan dari jemputan Make-Up Artist terkenal untuk mempelajari teknik solekan dengan lebih mendalam lagi. Korang juga akan diberi pertunjukan demo tutorial make-up dari mereka dan juga disediakan sesi fotografi selepas tamat kelas.

Pendidikan Kanak-Kanak Di Al-Kauthar Eduqids

Sebelum bergelar usahawan produk, Puan Farah merupakan seorang pengurus Tadika / Taska Al-Kauthar Eduqids di Shah Alam. Beliau yang memang mengambil jurusan pendikan awal kanak-kanak dan meminati bidang itu telah membawa untuk beliau membuka sebuah Tadika / Taska ke peringkat yang lebih besar, selesa dan memenuhi citarasa ibu bapa yang bekerjaya untuk memudahkan penghantaran anak-anak mereka.

Tadika/ Taska Al-Kauthar Eduqids ini merangkumi para pelajar berumur 3 – 6 tahun, DayCare, Transit, Toddler 1 – 3 tahun, KAFA dan Hafazan dan juga menggabungkan konsep atau program English Islamic Montessori & Pre Tahfiz bagi kanak-kanak berusia seawal 3 tahun. Di sini juga turut menyediakan program belajar bahasa Mandarin Asas untuk kanak-kanak tadika secara percuma.

Pengenalan Al-Kauthar Eduqids

  1. Yuran Bulanan termasuk sarapan pagi yang berkhasiat yang juga disarankan oleh Jabatan Kesihatan
  2. Menggunakan silibus KSPK (Kurikulum Standard Pra-Sekolah) yan disarankan oleh Jabatan Pendidikan Malaysia
  3. Dibuka seawal 7.00 pagi bagi memudahkan ibubapa yang bekerja di kawasan Kuala Lumpur
  4. Menyediakan perkhidmatan penjagaan sepenuh masa di tempat yang sama bagi memudahkan ibubapa tidak perlu menghantar anak-anak di tempat yang berasingan
  5. Menyediakan program tambahan seperti Kelas Renang, Kelas Intensif Membaca yang diadakan pada setiap Hari Sabtu dan banyak lagi program yang ada
  6. Mempunyai guru yang berpengalaman dan dilatih mahir dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Maklumat lanjut mengenai Produk Mama Mia! Skincare:-
HOTLINE | 017-2423400 / 017-2424300
Maklumat lanjut mengenai Tadika/Taska Al-Kauthar Eduqids:-
Alamat | No. 2A, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Telefon/Fax | 03 – 55244188

One thought on “Kisah Inspirasi: Dari Seorang Pilot Kepada Usahawan Berjaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.