Kurangkan Gula, Gantikan Jus Madu Epal & Madu Kelulut Asli Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua otomen taro ucapkan. Bertemu kembali dalam segmen cerita, ceriti, ceritu dari blog lifestyle otomen taro yang merepek ini. Korang pernah tak minum atau makan madu lebah?

Kalau pernah… korang memang terbaik. Madu ni kan sunnah. Siapa lagi kalau tak kita untuk amalkannya. Dah2x… Jom otomen nak bagi korang cara dapatkan madu lebah yang berkhasiat ni dengan mudah dan telus kepada yang mungkin sukar untuk mendapatkannya. Jom baca sini ye..

Ni ha Otomen nak jelaskan pada 24 Oktober 2017 lalu di Coffee Bean, Bangsar, Otomen berkesempatan untuk bertemu dengan pemilik muda yang menjalankan perniagaan berasaskan madu lebah ini. Beliau yang dimaksudkan ialah Fatin Hanani dari Kruss Success Enterprise Sdn Bhd. Menyedari hakikat madu lebah yang penuh khasiat dan manfaat, Cik Fatin telah menyambung warisan keluarganya memperluaskan lagi empayar perniagaan madunya.

Jus Madu Epal Kruss – Cara Mudah Untuk Kurus dan Sihat

Satu di antara madu yang ada dijual ialah Jus Madu Epal yang menjadi pilihan ramai lebih-lebih lagi kepada yang obses nak kurus dengan gaya yang sihat. Memang dah banyak memberi feedback yang baik terhadap Jus Madu Epal ni. Ramai yang dah berjaya menguruskan diri dan membuang lemak-lemak tepu pada badan dalam masa sebulan mengamalkannya.

Jus Madu Epal ni berfungsi untuk mampu menghilangkan tekanan, mengekalkan berat badan yang ideal, melancarkan perjalanan darah, melawaskan usus besar dan kecil, merancang pecah lemak dan juga melembapkan kulit.

Otomen dah pun merasai dan mencuba Jus Madu Epal ni. Waalllaaaawweeyyyhhhh… memang sangat sedap! Ade rasa masam-masam manis gitu kaw. Yang pastinya Jus Madu Epal ni diformulasikan dari Madu Asli dan Cuka Epal. Patutlah sedap kan… Bila dituang je ke sudu dan dibancuh dengan air, zaaasssss…. terus lenyap dalam tekak otomen. Hahahaha….

Sedikit le fakta otomen bagi tentang Jus Madu Epal ni ye. Ia mengandungi 70% Madu Asli dan 30% Cuka Epal. Jus Madu Epal juga merupakan manisan semulajadi tanpa bahan perasa tambahan, antioksidan dan juga bebas kolesterol.

Cara Minum Jus Madu Epal

  • Bancuh dengan air panas atau sejuk (1/2 gelas air bersama 1 sudu makan)
  • Jangan sekali-kali diminum secara langsung
  • Satu sudu besar madu bersamaan dengan 21gram (berat) dan mengandungi 64 kalori.

Pelbagai Jenis Produk Madu Boleh Didapati

Dan seperti yang otomen kata, pihak syarikat Kruss Success Enterprise Sdn Bhd menjalankan perniagaan berasaskan madu lebah. Jadinya, sudah semestinya akan ada lagi produk-produk lain yang korang boleh dapatkan untuk mencubanya.

Madu Lebah dan Madu Kelulut Asli di Malaysia

Bukan setakat Jus Madu Epal, korang boleh cuba dapatkan Madu Kelulut Asli yang juga banyak khasiat di dalamnya. Antara produk madu lain yang korang boleh dapatkan ialah:

  • Madu Kelulut
  • Madu Sarang Lebah (Fresh Honey)
  • Madu Akasia
  • Sabun Propolis
  • Sabun Royal Jelly

Kandungan Produk Madu Kruss Success

Pengedar Madu, Kruss Success dan Makmal

Sijil Halal JAKIM

Kelebihan dan Khasiat Madu Asli Yang Telah Terbukti

A) MENGGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.
5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dalam darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

Harga Produk Madu Yang Disediakan:

Bil

Jenis Madu Harga (RM)
1 Madu Epal 290ml

Madu Epal 700ml

Madu Epal Sachet 20ml x 12pcs

RM 25.00

RM 47.00

RM 32.00

2 Madu Kelulut 290ml RM 80.00
3 Madu Sarang Lebah 290ml

Madu Sarang Lebah 190ml

RM 32.00

RM 31.80

4 Madu Akasia 190ml RM 63.60
5 Sabun Propolis 110g RM 27.45
6 Sabun Royal Jelly 110g RM 31.70

Sebarang pertanyaan atau nak order, boleh hubungi:

Website | www.kruss.com.my

Email | krussucess@gmail.com

Facebook | Kruss – Honey Apple Cider Juice

Instagram | @jus_madu_epal

No Telefon | 017 – 210 4993 (Fatin Hanani)

One thought on “Kurangkan Gula, Gantikan Jus Madu Epal & Madu Kelulut Asli Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.