Rasai Menu Istimewa Dari Restoran Terbaik Di The Mines

Haiiii guys…. Otomen kembali lagi dalam dunia blog Otomen Taro yang biasa-biasa ini. Okay… nak dijadikan cerita lah kan, minggu lepas otomen terjebak dengan satu aktiviti anjuran pihak pengurusan The Mines dalam menjayakan aktiviti FoodTopia iaitu Food Tour kepada para pelanggan yang bertuah. Dek kerana otomen yang sememangnya selalu bertuah ni terpilih untuk menikmati hidangan yang ada di The Mines.

Actually, ni adalah pertama kali otomen menjejakkan kaki ke sini. That’s terrible! Amazing! Besar dan cantik juga shopping mall ni dengan ada sungai di dalamnya. Kau hado? Hahahaha….

Okay3x… Let’s start begin the food tour with my best bloggers…

Selera Malaysia Di Sepiring

OMG! “Sepiring?” Adakah makanan dihidangkan dalam piring kecil? Mana nak kenyang ni kan.. Hahaha.. Sebenarnya nama restoran ni je yang unik iaitu Sepiring. Tapi korang semua jangan risau, bermangkuk-mangkuk pun korang boleh makan kat sini.

Meh…tengok apa yang otomen makan. Firstly, otomen dijamu dengan pembuka selera, Durian Pancake yang menjadi kesukaan peminat durian, lebih-lebih lagi tengah musim durian sekarang ni. Rasa isi duriannya yang padat dan cukup memang membuatkan otomen tersuka tanpa sengaja.

Dan, selepas itu otomen dihidang pula dengan Penang Asam Laksa yang memang terangkat babe bila korang menikmatinya. Btw, Penang Asam Laksa ni pedas juga. Berdesing juga lah telinga otomen ketika menikmatinya. Tapi licin kaw.. Hahaha

Rasa di Korea, Mata di Malaysia

Kemudian lagi, otomen dibawa pula jelajah ke sebuah restoran makanan Korea. Ha! Yang ni memang favourite Cik LeYa kita ni. Tak pandang kiri kanan dah bila makan.

Kat sini pula otomen dihidangkan dengan menu utamanya iaitu Spicy Toppokki dan Korean Spicy Wings. Hidangannya memang menarik. Lagi-lagi bila otomen lihat kepak ayam tuh. Menyelerakan! Memang tak pandang orang sebelah dah saat makan kepak ayam tuh.

 

Spicy Toppokki

Spicy Toppokki & Korean Spicy Wings

Macam biasa, sebelum melangkah pergi, kite berwefie dahulu. Baru lah thrill dan bergaya. Hahaha

Menu Western di Makan Culture

Ha! Around the world otomen di The Mines pada hari tuh. Peliks pulak bile perut otomen boleh makan banyak-banyak hari tuh kan. Selalunya kejap je dah kenyang. OMG! Saka dah comeback! Hahaha

Okay… kat sini pula korang juga akan disediakan dengan makanan Malaysia dan juga Barat. Konsep yang cuba diketengahkan di restoran ini yang membuatkan otomen tenang ketika menikmati hidangan makanan yang disediakan. Susunan barangan antik yang mempesonakan memang mengembalikan nostalgia ketika dahulu. Hidangan barat Spagetthi Olio Ayam Goreng dan Buttermilk Chicken with Rice menjadi peneman setia otomen di situ. Ummpphhh… nice juga rasanya.

Restoran Jepun Terkenal Sushi Sakae

Makanan Malaysia dah.

Makanan Korea dah.

Makanan Barat dah.

Okay… kali ni otomen dibawa pula untuk menikmati hidangan makanan Jepun iaitu Sakae Sushi. Lagi sekali fevret Cik LeYa. Makin tembam la nanti. Semuanya fevret. Hahaha

Di antara sushi yang otomen sempat rasa adalah Ebi Tempura Cheese Maki, Tamago Cheese Yaki, Aburi Shiro Maguro, Egg Mayo Temaki dan Cha Soba. Dengan bahan-bahan yang segar digunakan, pasti menambah selera semua yang datang. Ditambah pula makanan sushi yang disediakan dalam kuantiti kecil, memudahkan pelanggan terus sekali ngap je bila makan.

Pencuci Mulut Yang Gebu Di Egg Sponge Cake

Tiba masanya untuk otomen megisi pula perut dengan hidangan desserts yang ada di The Mines. Okay… sebenarnya memang sangat banyak juga kedai kek. Namun, otomen telah dihidangkan dengan sepotong kek yang sangat lembut dan gebu dari Traditional Homemade Egg Sponge Cake dan ia merupakan restoran yang menyediakan kek dari resipi turun-temurun.

Kat sini, korang boleh buat 3 pilihan jenis kek yang disediakan iaitu Classic Original, Cheesy Cheese dan Sticky Chocolate. Saat otomen menggigit sepotong kek yang diberikan mereka, ianya sangat lembut dan sedap Bsekali. bahan-bahan yang digunakan dalan kek ini hanyalah telur, tepung, gula, susu dan canola oil.

Cheesy Cheese

Jadi, lepas ni tak perlu lagi risau jika tiada bajet dan tempat makan untuk bawa anak-anak di musim cuti sekolah ni. Korang singgah je The Mines Shopping Mall, pasti korang akan rambang mata memilih restoran mana untuk disaji. Yang penting boleh shopping dan kemudian, boleh makan di mana-mana sahaja restoran yang menjadi pilihan korang. So, korang bolehlah cuba restoran-restoran yang otomen syorkan ni.

Untuk maklumat lanjut:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.