Nikmati Masakan Tradisional Malaysia Di WOW KL

Hai semua… Kali ni otomen nak ceritakan tentang kewujudan WOW KL yang berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Ia juga sebenarnya dikenali dengan nama Saloma Bistro. Kerana ingin menampakkan lebih fresh dan trendy, pihak pengurusan yang baharu telah bersetuju untuk membuat perubahan itu.

Tampil Wajah Baru Bersama WoW KL!

Jika korang perasan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur di kawasan MaTiC, Jalan Ampang, di sinilah WOW KL berada menggantikan Saloma Bistro yang dahulunya sangat nostalgik dan unik untuk dijadikan kenangan. Selain makan-makan, korang juga akan dihiburkan dengan aktiviti persembahan dan kebudayaan serta pelancongan yang akan diadakan menerusi perubahan 360 darjah dari sebelum ini. Daya tarikan yang lebih versatile menjadikan tujuan utama WOW KL untuk para pelancong dari dalam mahupun luar negara singgah ke situ.

Konsep yang cuba diketengahkan merupakan Arts Restaurant di mana hidangan yang disajikan berupa buffet dengan menampilkan persembahan tradisional pada setiap hari di waktu malam. Amazing!!! Korang akan dapat nikmati pelbagai menu hidangan tradisional Malaysia di sini seperti Roti Canai, Satay, Cakoi dan banyak lagi yang sememangnya sangat sedap sekali.

Korang juga akan dihidangkan dengan menu timur tengah pelbagai citarasa tempatan mahupun pelancong luar negara yang datang menikmati hidangan di sini. Antaranya yang sempat Otomen terjah dan rasa adalah Nasi Saffron, Lamb Persian, Chicken Makhani, Jus Tomato, Stew Egg Plant, Shawarma Daging dan banyak lagi yang otomen rasa semuanya memang sedap.

Menambah selera lagi, Restoran WoW KL menyajikan hidangan Barat dan makanan kepada yang mengamalkan diet kesihatan seperti pelbagai jenis sayur dan pasta. Korang akan dapat rasai makanan ala Barat seperti Aglio Olio, Roasted Chicken with Black Pepper Sauce, Mix Vegetables dan Garlic serta banyak lagi hidangan yang boleh korang nikmati. Dengan kepelbagaian menu yang terhidang ini, pasti membuatkan lebih ramai pelancong datang untuk mencuba hidangan tradisi Malaysia.

 

 

Menu yang menjadi tumpuan, Kambing Panggang. Memang tak lengkap lah kan kalau tak mencuba menu yang sedia ramai pengunjung berbaris untuk mendapatkannya ini. Apatah lagi otomen yang sudah mula gila menikmati hidangan Kambing Panggang. Kalau korang tengok sendiri bagaiman kambing itu disediakan bersama kuah black pepper, pasti terliur dan teruja untuk mendapatkannya. Hehehehe

Satu lagi tempat yang pasti menjadi tumpuan selepas menikmati hidangan makanan Main Course iaitu pelbagai jenis kuih-muih dan desserts. Okay… part ni memang favourite LeYa. Dok kata perut dah kenyang tapi bile pi ke bahagian ni, terus kata perut belum kenyang. Hahaha

Pilihan desserts dan kuih-muih termasuk aneka ais krim yang mungkin memberikan kegembiraan buat kanak-kanak yang sememangnya meminati manisan ais krim itu. Tidak lupa juga ABC sebagai pilihan pencuci mulut yang korang boleh dapatkan di sini.

Korang juga akan disajikan dengan persembahan kebudayaan pada setiap malam. Para pelanggan akan dihiburkan dengan tarian tradisional yang popular di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum. Antaranya adalah kaum Melayu dengan Tarian Zapin, masyarakat Cina dengan Tarian Kipas dan India pula dengan Tarian Merak. Boleh otomen katakan aktiviti di sini semuanya sangat meriah dan happening ketika korang menjamu selera bersama keluarga ataupun rakan-rakan.

Jadi, otomen syorkan lah sesangat kepada semua untuk mencuba di WOW KL ini yang menampilkan nafas baru kepada restoran Saloma Bistro. Maklumat lanjut untuk hargaada disediakan seperti di bawah:

Harga sekarang
RM 110 nett per pax (dewasa)
RM 70 nett per pax (kanak-kanak 6 – 12 tahun)

Harga bermula 1 April 2018
RM 130 nett per pax (dewasa) – NON MALAYSIAN
RM 95 nett per pax (kanak-kanak 6 – 12 tahun) – NON MALAYSIAN
RM 115 nett per pax (dewasa) – MALAYSIAN
RM 80 nett per pax (kanak-kanak 6 – 12 tahun) – MALAYSIAN

Jom merasai kelainan di WOW KL kerana ia dibuka pada setiap hari dari jam 12.00 tengah hari sehingga 12.00 malam. Yang penting, ia masih mengekalkan kebudayaan Malaysia yang unik dan menarik untuk ditonton kepada pelancong luar. LeYa dan tersuka dengan konsep baharu ni.

Sila layari untuk lebih info di:-
Laman web : www.Wowkl.my
Facebook : https://www.facebook.com/Wowkl
Instagram : https://www.instagram.com/Wowkl
Twitter : https://twitter.com/Wowkl
Tel : 03-2161 0122
Email : book@wowkl.my

One thought on “Nikmati Masakan Tradisional Malaysia Di WOW KL

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s