GINTELL Promosi Kehidupan Sihat Untuk Rakyat Malaysia

Okay… Dah lama juga Otomen tak bersiaran dalam blog otomen ni kan? Sebelum terlambat meh la otomen ucapkan Selamat tahun Baru 2018 buat para pembaca blog lifestyle Otomen Taro ni. Gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia hari ini otomen dapat lihat semakin meningkat. Alhamdulillah…syukur. Jadi, bersempena dengan sambutan Krismas dan Tahun Baru ini, Otomen telah dijemput menghadiri satu Program Pelancaran Kerusi Urut De’Space Star dari GINTELL di IOI Mall, Puchong pada 23 Disember yang lalu. Dalam pelancaran tersebut, dapat jugalah Otomen merasai dari 6 jenis kerusi urut yang ada di situ.

Pelancaran yang diadakan ini disempurnakan oleh pelakon dan pengacara terkemuka, Datuk Jalaluddin Hassan bersama Ketua Pegawai Operasi GINTELL, Encik Simon Hue dan juga turut dimeriahkan dengan pengacara dan personaliti kesihatan, Jojo Struys.

Revolusi teknologi kerusi urut GINTELL ini menyediakan alternatif terbaik kepada rakyat Malaysia yang tidak berkesempatan untuk menjalankan aktiviti fizikal tambahan yang amat sesuai digunakan mengikut keselesaan anda di rumah. De’Space Star dari Siri Kerusi Urut UFO yang baru dilancarkan ini menjanjikan elemen yang sangat unik seperti fungsi Moon Hand Grasp di mana satu bebola urut direka secara khusus untuk menyediakan urutan mirip seperti urutan sebenar. Terdapat juga 4D Reflex Spa yang menyediakan sesi refleksologi yang lengkap yang melibatkan terapi memanaskan betis dan lutut, meliputi kesemua 27 titik akupuntur.

Menurut Ketua Pegawai Operasi GINTELL, Encik Simon Hue, “Dengan kebangkitan teknologi dan permodenan, sesetengah rakyat Malaysia mengabaikan kesihatan yang menyebabkan gangguan kesihatan. Alasan yang biasa didengari adalah kekurangan masa. Jadi, kami di GINTELL telah merevolusikan kerusi urut kami untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.”

“Dengan kerusi urut GINTELL De’Space Star ini, anda juga akan dapat menikmati kelebihan melakukan aktiviti fizikal dengan hanya berehat di rumah pada kerusi urut ini. Dengan cara ini, jadual kerja yang tidak terduga tidak akan menjadi beban lagi kepada kesihatan anda!”, tambah Encik Simon Hue lagi.

De’Space Star Massage Chair ini ditawarkan dengan harga RM11,836, termasuk dengan urutan yang telah diprogramkan. Selain itu, program urutan ini juga ada fungsi 210° Yoga Stretch di mana pengguna dapat mengelakkan dari menjadi bongkok, kaki berbentuk O dan X serta kyphosis. Di samping itu, pengguna juga mampu menguatkan sendi, memperbetulkan postur tubuh dan kesimbangan serta memperbaiki pelurusan tubuh jika digunakan secara berterusan.

GINTELL berada di kelas yang tersendiri dengan sistem sokongan yang diperkukuhkan untuk pengguna berketinggian sehingga 180cm dengan Sistem iSensing, yang mana mengukur ketinggian pengguna dengan tepat secara otomatik. Di antara fungsi-fungsi lain yang mengagumkan ialah Zero Gap Recliner untuk mengoptimumkan ruang, Program i-Memory yang membolehkan pengguna untuk menyimpan teknik urutan yang digemari, dan Zero Gravity yang menyediakan posisi yang ideal untuk keselesaaan maksimum.

GINTELL membuktikan komitmen kepada kesihatan rakyat Malaysia dengan menganjurkan program bual bicara kesihatan bertajuk “Breathing Well with Yoga” yang dihoskan oleh pengacara dan personaliti kesihatan, Jojo Struys. Sementara itu, Datuk Jalaludin menghiburkan para peminatnya dalam sesi beramah mesra ekslusif.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran & produk terbaru GINTELL, boleh layari laman web www.gintell.com atau hubungi 1-800-88-6332.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.