Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca setia blog lifestyle Otomen Taro. Dah lama juga otomen tak bersiaran dalam blog kali ini. Okay… untuk kali ini, otomen nak kongsikan kepada peminat semua mengenai satu produk masakan yang mungkin lebih digemari oleh kaum wanita.
Nampak tak dengan siapa otomen bergambar kat atas tuh???
Itu adalah Juara Masterchef Malaysia All Star 2013, Chef Arshad Zamir yang otomen jumpa di program Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir pada 25 November 2017 lalu di AMC Malaysia, Shah Alam. Kirenya agak lama jugalah entry ni terperam kan… Hahaha…
Kalau korang kenal ngan Chef Zamir ni, beliau seorang yang peramah dan murah dengan senyuman. Dan, beliau tak lokek dengan ilmu masakan yang ada.
Jadinya, tanpa membuang masa lagi apa kata jom kita tengok apa yang Chef Zamir telah sediakan bersama produk AMC Malaysia yang hebat dan mudah ini.
Chef Zamir pada hari tuh telah masak Kek Butter, Nasi Kerabu, Rendang Ayam dan Sayur Campur yang kesemuanya otomen dah rasa mengekalkan kesegaran dan tekstur makanan itu.
Masak-Masak Bersama Produk AMC Memang Cepat dan Sihat
Kalau korang nak tahu, Chef Zamir telah memasak kesemua makanan di atas itu dengan mudah, cepat dan kesegaran makanan turut ada adalah menggunakan produk AMC Malaysia yang berkualiti dan bermutu tinggi.
AMC Malaysia ni merupakan produk masakan yang dikeluarkan dan diimport dari Jerman. Ia telah berkembang pesat kepada lebih 50 tahun dalam pasaran dunia. Teknologi yang digunakan dalam produk masakan AMC adalah system masakan utama yang ada di pasaran dunia dan menjadikan masakannya sihat, menyeronokkan dan mudah untuk disediakan.
Produk bermutu tinggi. Kaedah memasak menggunakan AMC juga mampu mengurangkan lemak tambahan dan tanpa tambahan air dapat menjamin kesegaran makanan dalam tahap kandungan nutrisi makanan yang tinggi. Seronok kan! Kaum wanita pasti teruja kan bila dapat tahu boleh memasak dengan cepat, sedap dan sihat untuk seisi keluarga.
So… otomen macam rasa nak kena mengumpul duit dari sekarang ni. Sebab pastinya Puan LeYa kita dah terbayang-bayang masak dengan cepat, mudah, ringkas dan makanan jadi sihat bersama produk AMC. Aduh! Nasiblah otomen menjadi lelaki sejati dan kuat. Akan otomen hadiahkan jua untuk puan isteri tersayang. Hehe..


Maklumat lanjut, bolehlah korang tengok di bawah ini ye…
AMC MALAYSIA
Alamat
No 22, Jalan Pendaftar U1/54,
Temasya Industrial Park,
Glenmarie,
40150 Shah Alam, Selangor.
No. Tel
03 – 5569 8994
Fax
03 – 5569 6626
Website
Facebook
Instagram
Like this:
Like Loading...
Related
Cool ….syok dpt try masak