Keseronokan Bermain Pinwheels Bersama Keluarga

 

IMG-20180115-WA0007

Malam-malam anda diselubungi nostalgia zaman kanak-kanak sewaktu bermain pinwheels bersama kawan-kawan dan keluarga. Terngiang-ngiang sehingga terbawa dalam mimpi. Seronoknya tika itu tidak dapat digambarkan. Alangkah seronoknya waktu itu dapat diputarkan.

Dan otomen merasakan sangatlah seronok jika ada aktiviti seperti mengimbau kenangan lalu diadakan semula. Pasti otomen akan turut serta bermain bersama isteri tercinta di bawah angina bayu yang mempesona dan mendamaikan. Ooohhh….bestnya..

Dan impian otomen hampir tercapai apabila terbaca satu artikel mengenai aktiviti bersama pinwheels di sebuah kawasan yang cukup tenang dan selesa yang akan diadakan di Seremban, Negeri Sembilan. Pastinya, otomen tanpa ragu-ragu menghantar penyertaan untuk turut serta. Hehehe

Jom Bermain Pinwheels di Playground of the Wind

Bersempena dengan perasmian projek perumahan Iringan Bayu di Seremban, satu aktiviti menarik buat anda dan keluarga akan diadakan. Aktiviti yang cukup meriah dan menyeronokkan untuk mengeratkan semula hubungan kekeluargaan dan juga rakan-rakan.

Tapi… sebelum tuh meh otomen ceritakan sedikit dari mana pinwheels ni berasal.

Apa itu Pinwheels?

Pinwheels atau istilah bahasa Melayu Kincir Angin Mainan telah muncul di Amerika Syarikat yang juga dibawa dari Negara Eropah. Bukti pertama yang menunjukkan ia wujud ada direkodkan di A.S. ketika mana berlaku peperangan Revolutionary War yang telah membuatkan George Washington membawa kincir angin ini pulang ke rumah. Menjelang abad ke-18, kincir angin yang diperbuat dari kayu serta mempunyai daya tiupan angin untuk menggerakkan roda putaran telah wujud sebagai ramalan kaji cuaca.

Pada tahun 1929, di mana berlaku Great Depression, orang-orang di A.S. yang bertungkus-lumus membuat Handycraft kincir angin mainan ini telah menjual Whirligigs untuk dijadikan perhiasan taman atau sebagai hiburan kanak-kanak ketika itu.

Jadi… bertepatan dengan pembukaan projek perumahan Iringan Bayu itu, korang semua bolehlah bawa anak-anak untuk merasai pengalaman berharga dan menyeronokkan bermain pinwheels dalam suasana yang cukup ceria dan mendamaikan.

Antara aktiviti menarik yang akan dilakukan di sana adalah:

7 – 28 January

  • Sistawork Workshop
  • Wooden Block Game
  • Hand Artsy
  • Yummy Fluffy – Shaped Cotton Candy
  • DIY Paper pinwheel Workshop
  • Food Truck

3rd Feb to 4th Feb

  • Bubbly Bobble
  • 3D Artwork Workshop
  • Dream Catcher DIY Workshop
  • DIY Paper pinwheel Workshop
  • Local Food store

10th Feb to 11th Feb

  • Giant Kite Flying
  • Acoustic / Folk bands & solo performances
  • Buskers budget
  • Incl Bosco White, Statues, Floating Army
  • Magician Showcase (Family friendly comedic style)
  • Handy Art
  • Local Food store

Maklumat lanjut mengenai Pinwheels boleh layari laman Facebook www.facebook.com/events/2014879755467094/  atau boleh terus mendaftar dengan segera untuk dapatkan jemputan eksklusif memilih mana-mana jenis Pinwheels di: https://goo.gl/forms/mhDPjS9s0Y3DIDgu1 atau hubungi 06 – 630 4656.

Projek Perumahan Iringan Bayu

Bertepatan dengan aktiviti pinwheels yang akan diadakan itu, pihak bertanggungjawab juga tidak teragak memperkenalkan pembangunan perumahan kepada semua yang ingin memilikinya.

IMG-20180113-WA0005

Iringan Bayu – Konsep Santai dan Tenang

Pembukaan Projek Perumahan Iringan Bayu yang berkeluasan 8.7 ekar ini mempunyai landskap persekitaran yang menghijau dengan dilengkapi rumah jenis teres dua tingkat dan taman-taman yang cukup indah.

Memiliki keluasan ruang yang sangat besar, Iringan Bayu menempatkan 3 bilik tidur + 1 bilik tetamu. Setiap unit yang telah siap sepenuhnya tidak perlu lagi untuk pengubahsuaian di masa akan datang kerana memiliki keluasan bilik tetamu yang juga bersambungan dengan bilik mandi dan sesuai dijadikan sebagai bilik pembantu rumah warga tua.

Selain itu, kawasan persekitarannya yang tenang dan mendamaikan serta terdapat trek jogging dan basikal, juga laluan khusus pejalan kaki dan kemudahan gym luaran memanglah sangat best dan selesa. Ia juga menempatkan Well-Guarded pada setiap fasa (2A & 2B) dengan dilengkapi pagar penjaga dan pagar perimeter. Dengan suasana penanaman pokok-pokok merendang yang menghijau menghasilkan lagi persekitaran yang elegan secara semula jadi. Prasarana selesa dan eksklusif ini menepati gaya hidup masa kini.

IMG-20180115-WA0005

Sekiranya anda mahukan maklumat lanjut mengenai Projek Perumahan Iringan Bayu, anda boleh layari website dan media sosial yang disediakan di bawah:

Website : http://www.iringanbayu.com.my/

Facebook : www.facebook.com/iringanbayuseremban

2 thoughts on “Keseronokan Bermain Pinwheels Bersama Keluarga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.