Boat Noodle Perkenalkan Menu Baru Sempena Tahun Baru Cina

IMG_20180120_155638Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia blog lifestyle otomen taro. Okay… kali ni otomen taro nak bawak korang pergi rasa menu baru edisi terhad sempena Tahun Baru Cina 2018 ni di Boat Noodle. Ni first time otomen nak rasa kelazatan makanan di Boat Noodle ni. Yang sememangnya dah lama viral dan disukai ramai. Jadi, baru-baru ini otomen berkesempatan menghadiri “Boat Noodle’s New Year Blogger Event” pad 20 Januari 2018 di Empire Damansara dan merasai menu-menu baru yang diperkenalkan dalam masa yang terhad ini. Jom, follow otomen!

IMG_4591Boat Noodle ni sebenarnya merupakan rangkaian restoran yang membawa keenakan masakan Thai Street Food. Sehingga hari ini di Malaysia mempunyai 46 buah cawangan Boat Noodle yang boleh korang nikmati.

IMG_4639Boat Noodle memang selalu juga keluarkan menu baru setiap 2-3 bulan sekali. Kali ni empat menu baru diperkenalkan iaitu Prosperity Yum (Beef/Chicken), Thai Fried Chicken, Blue Butterfy dan Mango Smoothies. Otomen dapat habiskan menu tersebut sebanyak 5 mangkuk mee dan 2 pinggan ayam goreng. Hahaha… giler kentang kan!

Prosperity Yum (Beef/Chciken) = RM1.99/bowl

Menu dihidangkan bersama Thai Rice Noodles dan Springy Noodles beserta dua perisa Sour Pathumthani dan Creamy Ayutthaya yang sememangnya sedap buat otomen.

Thai Fried Chicken = RM12.90

Okay…ni memang otomen paling suka dan recommend kat korang untuk turut mencubanya. Rasa kerangupan ayam yang digoreng tu memang tak ada kat mana-mana kedai lagi. Lepas tu sos pencicah yang dibuat sendiri tuh memang superb laa! LeYa dan Otomen je order 2 pinggan ayam goreng ni. Haha…

This slideshow requires JavaScript.

Blue Butterfly & Mango Smoothies = RM5.50

Untuk minuman pula, otomen perkenalkan satu minuman yang unik dan menarik. Inilah dia Blue Butterfly yang asalnya adalah warna biru dan apabila dituang perahan air limau, ia terus bertukar warna kepada ungu. Best kan! Korang kena cuba tau. Sebab bila minum air ni, korang rasa nak makan je lagi. Macam otomen. Tu yang boleh habis 5 mangkuk mee tuh. Hahaha

Yang keduanya pula adalah Mango Smoothies. Ni rasanya Mrs. LeYa kita yang suka. Sebab biasalah perempuan kan. Suka je yang blended2x ni. Rasanya manis-manis masam dan sedap juga lah.

IMG_20180120_145355IMG_4598Menarik kan! Tapi korang kena cepat tau. Sebab keempat-empat menu yang dihidangkan ni terhad sehingga 28 Februari 2018 je! Kalau korang lambat, melepaslah nanti nak menikmati hidangan yang super duper lazat ni.

Untuk maklumat lanjut mengenai Boat Noodle dan menu-menu yang dihidangkan ni, boleh layari laman web dan media sosial Boat Noodle di bawah ini:
Laman Web:
Facebook:
Instagram

 

4 thoughts on “Boat Noodle Perkenalkan Menu Baru Sempena Tahun Baru Cina

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.