Impian memiliki rumah hari ini pasti menjadi sukar apabila harga rumah meningkat naik. Namun, pada tanggal 27 Januari 2018 lalu, Otomen Taro berkesempatan menghadiri Program Pelancaran Iringan Bayu Seremban mampu milik yang akan dibangunkan oleh OSK Property dan telah pun disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Dengan mempunyai keluasan 770 ekar, Iringan Bayu direka khas sebagai sebuah Bandar Selamat atau menggalakkan Pencegahan Jenayah melalui rekabentuk alam sekitar. Konsep bandar selamat ini adalah satu prinsip reka bentuk yang digunakan untuk menghalang jenayah seperti memasang laluan penimbal hijau keselamatan, trek basikal yang ditetapkan dan jalan masuk yang mewujudkan suasana bebas lalu lintas.
Syarikat Perumahan OSK Property
Syarikat perumahan mampu milik, OSK Property (OSKP) telah ditubuhkan pada 1997 yang mana ia membangunkan projek kediaman, perbandaran dan komersial yang terletak di kawasan pertumbuhan yang strategik di seluruh negara. Pada tahun 2015, satu keputusan telah dibuat untuk menggabungkan OSK Property Holdings (OSKP) dengan PJ Development Holdings (PJD) di bawah satu organisasi dengan menggunakan satu identiti dan satu jenama di bawah OSK Property. Penggabungan kedua entiti tersebut menandakan kemunculan kekuatan, kepakaran dan bakat yang saling melengkapi.
Sebagai satu kumpulan hartanah yang besar, OSK Property dapat menyampaikan platform hartanah yang lebih holistik dan bersepadu dari segi perkembangan kediaman dan komersil untuk menguruskan dan mengendalikan ruang runcit dan pejabat; sebagai tambahan kepada penampilan hospitaliti. Dengan menggabungkan kekuatan, kepakaran dan pengetahuan, kini OSKP merupakan kumpulan hartanah utama Malaysia dengan sebuah pembangunan GDV sebanyak RM18 billion. Kemunculan pembangunan dan pelaburan mereka telah merentasi Semenanjung Malaysia dan sedang meningkatkan pembangunan hartanah luar negara yang bermula dengan projek pembangunan di Melbourne, Australia.
Pilihan Rumah Mampu Milik Buat Anda
“Kini dengan pembangunan perumahan Iringan Bayu dengan konsep ‘Country Living‘ akan mejadi sebuah kawasan yang pesat membangun di Seremban. OSKP telah merancang untuk menjadikan lokasi perumahan ini buat penduduknya menikmati ketenteraman di pinggir bandar dengan rekabentuk dan keselesaan bandar. Pembeli juga akan menikmati sebuah kejiranan yang makmur dan terjaga dengan susunan atur yang rapi dan luas berserta sebuah taman rekreasi terbesar seluas 22 ekar di situ,” kata Ong Ghee Bin, Ketua Pegawai Eksekutif OSK Property.
Oleh yang demikian, kepada anda yang berhasrat untuk memiliki rumah mampu milik berkualiti dan selesa serta bersesuaian dengan bajet jangka panjang kehidupan anda, inilah syarikat perumahan terbaik. Anda boleh layari laman web OSK Property untuk melihat sendiri maklumat projek Iringan Bayu yang ditawarkan sebagai pilihan rumah mampu milik anda.
Website | www.iringanbayu.com.my
Telefon | 06 – 630 4656