Jom otomen nak memperkenalkan korang semua dengan pemilik dan pengasas Karisma Cosmetic, jenama produk kesihatan dan kecantikan yang sangat bermutu tinggi hari ini sehingga telah dikenali di Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei. Pada malam yang penuh gemilang bersamaan 26 Januari 2018 lalu, Karisma Cosmetic telah menganjurkan Annual Award Dinner 2018 di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan bagi menghargai stokis-stokis, warga kerjanya yang bertungkus-lumus menjadikan jenama Karisma Cosmetic dikenali ramai.
Puan Kartini Sulaiman atau lebih mesra dengan panggilan Kak Bie merupakan pengasas dan pemilik perniagaan Karisma Cosmetic yang juga seorang yang humble dan bersemangat dalam membina empayarnya bersama suami sejak 3 tahun lalu. Dengan memiliki kilang berstatus GMP yang terletak di Shah Alam serta mempunyai ahli kimia sendiri yang kini mengeluarkan 16 jenis produk dengan 600 stokis berada di Malaysia, Singapura, Thailand dan Brunei.
Kak Bie juga berasal dan menetap di Kota Bharu, Kelantan. Jadi, jika korang ingin mendapatkan khidmat dari Kak Bie, boleh terus ke Ibu Pejabat Karisma Cosmetic yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Malam yang penuh gilang gemilang itu menyaksikan Kak Bie dan suami persis Permaisuri dan Raja dari kayangan. Memang cantik dan meriah!
Pelancaran Produk Terbaru di Annual Award Dinner 2018
Turut diadakan majlis pelancaran produk terbaru Karisma Cosmetic dengan memperkenalkan KC Green Coffee dan MPB Madu Tongkat Ali Kurma Plus kepada semua tetamu yang hadir.
Hebat kan! Dalam pada otomen baru pertama kali mendengar jenama produk ini, tetapi warga Karisma Cosmetic sudah pun mempunyai produk baru dan dikenali ramai. Menariknya lagi, siap ada lagu rasmi tau! Memang terbaik dan menaikkan semangat semua warga Karisma Cosmetic yang hadir malam itu. Otomen sendiri pun rasa bersemangat dan rasa macam keluarga mereka juga pada malam tu.
Majlis semakin meriah dengan berlangsungnya Majlis Penganugerahan kepada stokis-stokes yang telah berjaya mencapai sasaran jualan sebanyak RM1 juta dan turut ditawarkan pakej umrah kepada pemenang. Wow!! Best kan!
Acara tidak terhenti setakat itu. Sepanjang majlis berlangsung, penyanyi yang tidak asing lagi, Ifa Raziah menggamatkan suasana sebagai pengacara dengan penuh bertenaga sekali. Tidak ketinggalan juga artis-artis tempatan lain yang turut membuat persembahan menarik pada malam itu. Antaranya adalah Lan Kristal (Lan Solo), Hael Husaini dan Ramlah Ram. Mereka mempersembahkan lagu-lagu yang terhangat di pasaran. Memang best la dapat bersama mereka malam tu!
Lebih meriah lagi apabila majlis diteruskan dengan pencarian pakaian warga Karisma Cosmetic paling bergaya. Ifa Raziah lah yang menghangatkan lagi suasana dengan menyuruh 3 orang dari lelaki dan perempuan untuk naik ke pentas dan membuat catwalk untuk menarik para tetamu di bawah. Undian berdasarkan sorakan tertinggi dan ternyata yang naik ke pentas itu juga semuanya sporting belaka.
Otomen memang masih terasa kehangatan dan kemeriahan majlis malam tu sehingga kini. Otomen juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada Karisma Cosmetic atas undangan ke majlis makan malam yang penuh gilang gemilang ini. Didoakan semoga Karisma Cosmetic terus maju dan cemerlang.
Maklumat lanjut layari laman Facebook: Karisma Cosmetic HQ.
#PastiSangatCantik
Memang meriah majlis malam tuh…
Majlis yang sanagt meriah… Hehehe…
Memang sgt meriah majlis ni smpi ke malam. Menarik.. Nak try juga produk Karisma Cosmetic ni nanti 🙂
Setuju tuuh… Bila nak dapat nikmati produk KC ni ye