Cuti Tahun Baru Cina yang lalu, otomen berkesempatan pergi makan Mee Bandung Muar yang sememangnya tidak asing lagi di situ. Mee Bandung Central yang terletak di Tanjung Agas, Muar, Johor merupakan lokasi pilihan ramai untuk menikmati mee bandung sedap di situ. So otomen nak cerita lah sikit apa yang menarik yang ada di sini.
Sesampai sahaja otomen di rumah milik ibu otomen pada hari Jumaat malam di Kampung Tedong Pantai, Melaka. Otomen pun merehatkan lah badan dahulu. So, punyalah excited otomen bila dapat pulang ke kampung halaman setelah sebulan lama jugak tak balik. So, keesokan petangnya, otomen dipelawa rakan otomen sedari kecik, Mr. Boy untuk sama-sama meredah belantara menuju Mee Bandung Central itu. Tatkala tiba sahaja di situ, memang cukup ramai pelanggan yang datang dan pergi untuk menikmati Mee Bandung viral itu. So, apa tunggu lagi! Jom Makan!
Kalau korang nak pergi ke sini tak susah pun. Just taip je Mee Bandung Central kat google map or waze korang, confirm ‘Pakcik Maps’ akan bawak korang ke destinasi yang dituju. Ekekeke…
Malas pulak lah kan otomen nak membebel panjang, apa kata korang tengok menu yang korang boleh nikmati bila korang tiba ke sini nanti. Jom!
Aha! Nampak menarik dan tertarik tak Mee Bandung dan Satay yang dihidangkan ni. Untuk hidangan mee bandung ni, otomen kongsi dengan LeYa sebab ketika tu otomen dah agak kekenyangan.
Satay tuh pula rasa dia agak unik bersama kuah kacangnya yang berwarna kekuningan. Bukan seperti selalu yang warnanya coklat-coklat pekat gitu. Tapi dengan keunikan dan rasanya yang sedap dan sedikit pedas, otomen rasa pasti ramai ingin mencubanya. Tak tahu nak describe macam mana sedapnya satay ayam yang dihidang petang itu. So, korang wajib lah rasa! Sedap gilerrr weyhhh!
MEE BANDUNG CENTRAL
Tanjung Agas, Muar, Johor
Homestay Murah di Taman Serkam Ria, Melaka
Kalau korang berada di sekitar Merlimau dan tercari-cari penginapan yang selesa, otomen syorkan korang untuk menginap di homestay ini sebagai pilihan. Homestay yang mengandungi 3 buah bilik tidur, 2 bilik mandi, ruang tamu dan ruang makan yang selesa serta ruang dapur yang lengkap pasti menjadi pilihan tepat untuk bermalam di sini.
Homestay murah ini terletak di Taman Seri Serkam, Melaka yang berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti kedai makan, kedai runcit, klinik dan banyak lagi. Jadinya, homestay ini memang sangat strategik dan berbaloi lah untuk diinap.
Seperti yang otomen cakap tadi, homestay ini sangat murah dan berpatutan untuk korang yang bercuti dengan bajet yang rendah. Dengan harga yang mampu milik, korang boleh nikmati semua kelengkapan yang ada di sini.
Harga homestay 3 bilik ini adalah RM150 – RM180 semalam. Murah kan! Korang sewa satu rumah dengan hanya harga tersebut dan boleh nikmati kelengkapan yang ada di situ. Pergghhhh…. Memang berbaloi!
HOMESTAY MURAH SERKAM RIA
JB 9224, BLOK 15
JLN SR 7
Taman Serkam Ria,
77300 Merlimau, Melaka
No. Telefon : 013 – 576 6780 / 012 – 348 8462
Memang best dapat makan mee bandung dan satay viral ni… Suka sangat.. Kuah mee bandung yang pekat memang membuat selera bertambah2..hehe..