Travelogue Thailand | Melancong Sekitar Betong dan Yala

Pelancongan dalam mahupun luar negara memang menarik minat ramai pelancong untuk singgah melawat tempat-tempat menarik di situ. Kali ini otomen berpeluang menjelajah Selatan Thailand bersama rombongan media anjuran Kelab Keamanan Selatan Thailand (SPMC) dan Persatuan Media Selatan Thailand (STMA) dengan kerjasama Smile Vision Holidays, Khalifakota Travel dan Tourism Authority of Thailand (TAT) ke wilayah Betong, Yala, Narathiwat, Pattani, Songkhla, Sungai Golok dan Dannok. Jom follow otomen!

IMG_0503Meneroka Selatan Thailand

Destinasi pertama kami adalah di Betong iaitu melawat tapak pembinaan lapangan terbang baru di sana. Sememangnya orang ramai gusar dan takut untuk melancong ke sini dengan cerita-cerita yang digembar-gemburkan tentang kes bom dan tembak-menembak. Hakikat itu hanyalah tugasan mereka sahaja, namun ianya semua selamat untuk disinggah bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Sepanjang perjalanan kami, memang otomen teruja untuk melihat suasana di sana setelah sekian lama juga tidak ke sana.

IMG_0150

Setibanya kami di imigresen sempadan Perak-Betong dan selesai urusan masuk ke Negara jiran, kami terus dibawa ke kawasan lapangan terbang baru yang akan dijangka siap pada Julai tahun 2019. Jika dilihat, ia mungkin tidak seluas KLIA, malah ia dibangunkan untuk penerbangan domestik dan mampu mendaratkan kapal terbang bersaiz kecil dalam 3 penerbangan satu hari. Strategi dan perancangan tetap ada dan amat teliti untuk melebarkan lagi tapak penerbangan dari luar Thailand. Dan lebih mengujakan apabila diberitahu kami merupakan media pertama yang menjejakkan kaki ke kawasan pembinaan lapangan terbang Betong ini. Perrgghhhh….. Bangga siooottt…

Menyusuri laluan untuk ke destinasi seterusnya, otomen sempat juga bergambar dengan LeYa di sebuah kawasan yang cantik dengan bunga-bunga hidup meliar seperti berada di New Zealand gamaknya. Memang sangat cantik bila lihat kembali gambar-gambar di situ.

Kagum Dengan Sistem Ketenteraan di Betong

Bukan setakat itu sahaja. Otomen juga berpeluang mengenal budaya masyarakat di sana dan juga sistem ketenteraan mereka yang menjaga keamanan daerah mereka. Ada macam-macam jenis pegawai tentera dan polis yang ada mengikut uniform yang mereka pakai dan cukup banyak untuk otomen katakan. Penglibatan mereka ini adalah secara sukarela demi keamanan tempat mereka. Hebat kan!

Destinasi Makan Menarik di Tuan Kitchen

Perut pun sudah mula menyanyikan lagu yang entah nadanya. Singgah makan di Tuan Kitchen adalah daya tarikan terbaik yang otomen katakan. Lokasi restoran ini amatlah istimewa dengan kami dihidangkan makanan tradisi masyarakat Betong iaitu Ayam Betong. Rasanya lebih kurang sahaja lauk yang ada pada Nasi Ayam di Malaysia cuma ia sangat sedap disebabkan otomen dan lain-lain kelaparan. Hahaha

Hidangan lain yang dihidangkan juga tidak jauh dari Malaysia. Antaranya sambal udang, Ikan masak tiga rasa, telur dadar dan pelbagai minuman yang boleh dipesan. Restoran Tuan Kitchen ini juga mempunyai ruang yang selesa dan berhawa dingin. Dan yang paling penting ia HALAL dan sememangnya sedap banget…

Penginapan Yang Selesa dan Mewah di Grand Mandarin Betong Hotel

Okay… Dah cukup lama juga otomen dan lain-lain berjalan kan. Perut pun dah kenyang. Apa lagi! Time to sleep laa… Hahaha… Kami akhirnya dibawa untuk check-in penginapan di Grand Mandarin Betong Hotel. WoW!! Hotel yang cukup mewah dan selesa tetapi harga yang berbaloi-baloi berbanding di Malaysia. Otomen memang recommend sangat kat korang kalau singgah dating ke Betong, Thailand ni, boleh menginap di sini.

Tak banyak yang otomen sempat teroka sebab sampai pun ketika itu dah malam. Yang otomen boleh bagitahu biliknya sangat luas dan selesa sekali. Dengan kemudahan lengkap disediakan segalanya, otomen rasa memang sangat berbaloi dengan harga yang ditetapkan. Jadi… jom lah… Otomen dan LeYa nak rest dulu. Sebab esoknya ada cerita lebih menarik untuk korang.

IMG_0389

IMG_0408Lautan Kabus di Puncak Gunung Iyerweng

Seawal jam 4.00 apgi waktu tempatan, kami dah bersiap sedia untuk ke destinasi seterusnya. Destinasi menarik kali ini adalah melihat lautan kabus di Puncak Gunung Iyerweng. Dengan ketinggian 2,085 meter paras laut, kami meredah liku-liku kecil yang dikelilingi pokok-pokok untuk sampai ke puncak. Suasana pagi yang dingin, menambahkan lagi rasa keinginan otomen untuk sampai cepat dan melihat keindahan panorama alam di sana. Sebelum itu, kami bersolat subuh dahulu di kaki gunung yang terdapat surau kecil kepada semua pelancong.

Dan setelah kami memulakan semula perjalanan, van yang kami naiki berhenti di suatu tempat di mana kami diturunkan untuk mendaki sedikit bukit tersebut sehingga ke puncak yang ingin kami tuju. Penat mendaki hilang setelah tiba di puncak dan dapat melihat keindahan panorama alam dengan berlatarbelakangkan kepulan kabus yang memutih.

Iyerweng juga telah diwartakan sebagai kawasan pelancongan dan akan dimajukan lagi dengan pembinaan Sky Walk terpanjang di Asia yang juga dijangka siap pada tahun 2019.

Menariknya lagi, kami berkesempatan menikmati sarapan pagi bersama penduduk di kampung berdekatan di puncak gunung Iyerweng itu. Sungguh sejuk dan mempesonakan!

IMG_0468

Peti Surat Terbesar di Dunia

Selesai merasai kedinginan pagi di Iyerweng, kami bergegas pulang ke Hotel untuk check-out dan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

IMG_0576Otomen berpeluang mengabdikan kenangan di salah sebuah peti surat terbesar di dunia yang berada di situ. Memang sangat besar dan mengagumkan! Bayangkan kalau korang termasuk kat dalam ni. Hehehe… Memang tak jumpa lah otomen nak mencarinya.

IMG_0577

Bersiaran di Rancangan “Kedai Kopi” di Siaran TV NBT Yala

Yeah!!! Di kesempatan itu juga otomen dapat melihat dan merasai pengalaman ketika berada di studio TV lebih-lebih lagi di negara luar. Kami semua telah bersiaran dalam rancangan “Kedai Kopi” yang mana wakil kami telah menerangkan keberadaan kami di sini sebagai aset pelancongan Thailand.

IMG_0637Bersambung untuk cerita Otomen di Selatan Thailand yang akan datang ye… Stay Tuned! (^_^)

One thought on “Travelogue Thailand | Melancong Sekitar Betong dan Yala

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.