Otomen Taro dan Travel kini tidak boleh dipisahkan. Okay… kalau semalam otomen ada ceritakan pengalaman otomen ke Daerah Yala menerusi Travelogue Thailand | Melancong Sekitar Betong dan Yala, kali ini otomen nak bawa pula korang merentasi Daerah Narathiwat iaitu ke Su-ngai Golok.
Macam biasa lah kan… Perjalanan kami ke sesuatu tempat mengambil masa yang lama juga untuk sampai. Jadinya, kami sampai dah malam untuk hari kedua itu dan kami bermalam di Hotel Genting.

Sumber Google
Setibanya kami di situ, kami disambut meriah dan dibawa masuk untuk menikmati hidangan makanan yang lazat berserta persembahan tradisional dari kelab kebudayaan mereka mungkin. Pergghhh…memang teruja dan seronok sangat bila dilayan seperti VVVVVIP.. Hehehe…
Keesokan paginya kami bersarapan dan bergerak ke sempadan Su-ngai Golok Thailand untuk melihat kawalan keluar-masuk yang dilakukan bagi penduduk Malaysia dan Thailand yang duduk di sempadan itu.
Pintu Masuk Sungai Golok / Kolok
Dalam suasana panas terik, pegawai yang diberi tanggungjawab menerangkan bagaimana pengurusan keluar-masuk rakyat Thailand dan Malaysia serta pelancong yang menggunakan pengangkutan darat untuk ke sini. Bagi penduduk Thai yang berdekatan sempadan, mereka hanya menggunakan passport sementara untuk membolehkan mereka keluar dan masuk atas urusan kerja di negeri Kelantan.
Bagi rakyat Malaysia yang masuk melalui Rantau Panjang untuk ke sini, mereka akan disediakan perkhidmatan motor khas yang membawa orang Malaysia atau pelancong ke bandar Su-ngai Golok dengan harga 40 bath.
Selesai sahaja kami berada di sempadan Su-ngai Golok, kami bergerak ke kawasan industri kraftangan yang dihasilkan mereka sendiri. Di selatan Thailand ini, kerajaan memang menerapkan satu kampung mesti mempunyai satu hasil kraft untuk dimajukan sebagai sumber pendapatan dan aset pelancongan sesuatu tempat itu.
Okay… Nampak kat atas tu.. Itu adalah anyaman tikar untuk membuat hasil kraftangan yang cantik-cantik semuanya. Kraftangan tikar ini terletak di Kampung Baan Thorn Aman. Kebanyakan perusahaan kraftangan ini dibangunkan oleh golongan wanita. Kami dapat lihat dari mula mereka menjemur daun, warnakan dan menganyam menjadi hasil yang sangat cantik. Memang ramai di antara kami membelinya sebagai cenderahati dibawa pulang.
Kami meneruskan pula untuk melihat perusahaan orang kampung yang lain iaitu membuat pertukangan sampan dan perahu. Ini pula dimiliki lelaki dan dapat kita lihat kedainya penuh dengan sampan dan perahu yang sangat cantik. Memang mereka ini semuanya mempunyai kemahiran seni yang halus dan harga yang diletakkan juga berpatutan dengan hasil kerja yang mereka telah laksanakan. Kalau korang ada duit lebih, bolehlah bawa balik ke Malaysia sebagai kenang-kenangan.
Daun di atas itu adalah Daun Emas yang masih segar dan yang sudah dikeringkan. Daun emas yang telah dikeringkan itu akan dijadikan sebagai perhiasan dinding dalam frame. Memang menarik kan!
Perjalanan kami diteruskan lagi pada waktu tengah hari itu ke Attarkiah Islamiah School, di mana ia merupakan sebuah sekolah swasta yang sangat besar dan lengkap dengan kemudahan dan kesemua pelajarnya adalah Islam. Pelajar yang ingin memasuki ke sekolah ini perlulah melalui satu ujian.
Dikatakan lagi sekolah ini dibangunkan oleh kerajaan untuk membantu para pelajar Islam khususnya yang berada di selatan Thailand ini bagi mendapat pendidikan yang sempurna.
Di sini kami dihiburkan dengan persembahan koir, silat dan dihidangkan makanan tengah hari yang enak-enak sekali. Alhamdulillah… perjalanan kami memang kenyang dan menyeronokkan walaupun memenatkan.
Benar-benar penat bila otomen teringat kembali tetapi seronok dapat luaskan pengetahuan dan pemandangan di tempat orang. Otomen dan rakan-rakan meneruskan lagi perjalanan ke sebuah masjid yang dibina tanpa menggunakan sebiji paku pun. Masjid itu diberi nama Wadi Al-Husein yang dibina pada tahun 1624. Bertujuan sebagai pusat ibadah dan aktiviti masyarakat setempat di situ. Menurut imam di situ, ia dibina dengan menggabungkan konsep Jawa dan Arab. Otomen berkesempatan juga bersolat Jama’ Taqdim Zuhor dan Asar di situ.
Kemudian, kami bergerak pula ke Kampung Bhana yang terletak dalam kawasan Pattani. Disebabkan kami sampai awal, jadinya kami berpeluang menaiki bot untuk melihat tinggalan sejarah yang ada di situ.
Sebelum bergerak naik bot, kami dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan tradisional yang ada di situ. Antaranya yang otomen ingat ialah Buah Gomok Abu, Ladhu, Tepung Bongkol dan Kerabu Sare.

Kerabu Sare
Bila dah kenyang barulah kami menjalankan aktiviti kami menaiki bot untuk melihat tinggalan sejarah lama iaitu makam diraja. Di kampung ini, mereka memperkenalkan ekonomi pelancongan melalui aktiviti merentasi Sungai Pattani. Tak lama pun berada di atas bot tu. Lebih kurang dalam 2o minit je dan kami pun sampai la ke situ. Kami tidak boleh lama kerana hari sudah semakin gelap.
Selesai sahaja urusan di permakaman diraja itu, kami bergegas balik ke Kampung Bhana. Setibanya kami di situ, kami dihidangkan dengan makanan laut yang segar-segar. Dah lama otomen tak makan Sinting, otomen dapat nikmatinya di sini. Memang nikmat sangat dapat makan.
Hari dah larut malam. Mata pun dah mengantuk. Akhirnya kami bermalam di C.S. Pattani Hotel, sebuah penginapan yang mewah dan cantik. Terkejut otomen bila sampai di sini. Korang yang ingin bercuti di sini, bolehlah bermalam kat hotel ni. Memang selesa!

Sumber Google
Cerita di Pattani belum selesai lagi. Banyak lagi tempat menarik yang akan otomen ceritakan. Tetapi memandangkan kami pun dah puas dan penat, kami tidur dululah dengan lena dan selesa di penginapan yang mewah ini. Sehingga bertemu lagi dalam episod otomen seterusnya ye..Hehehe…
Terbaik… Memang best dan tak dapat dilupakan..