Hindari Resdung Dengan THYMOS Sinus/Nasal Allergies Spray

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia blog lifestyle Otomen Taro. Bersin di waktu pagi? Alahan dan gatal-gatal pada muka? Pastinya korang sedang mengalami penyakit resdung (sinus). Okay… jom otomen nak kongsi sedikit dengan korang semua tentang satu produk terbaik dari ladang.

IMG_5500

Sebelum tuh rasanya eloklah kita kenali dulu apa itu Resdung? Resdung ni atau dikenali dengan sinus sebenarnya memang ada pada semua orang. Yang berbezanya cuma ketahanan fizikal seseorang itu sahaja.

Apa itu Resdung?

Resdung juga dikatakan singkatan daripada perkataan resah hidung. Anda mungkin akan mengalami bersin, selesema, mata dan muka gatal, hidung tersumbat secara berterusan dan ini sepatutnya perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Jangkitan bakteria ke atas rongga hidung pada sekelilingnya adalah salah satu punca resdung yang juga dikenali sinus. Resdung sebenarnya adalah rongga-rongga yang terdapat pada tulang muka dan bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

Sinus terbahagi kepada empat bahagian iaitu sinus frontal, sinus etmoid, sinus maksila dan sinus sfenoid. Ia terletak pada bahagian muka seperti di antara dua mata, pipi di bawah mata, hanya sedikit di belakang hidung turut serta di bahagian dahi seseorang. (Kongsi bersama LeYa Blog)

Kesihatan Isteri Kembali Pulih Dengan THYMOS Sinus/Nasal Allergies Spray

Otomen pun ada juga lah resdung ni. Tapi rasanya tak adalah teruk sangat. Mungkin bagi Puan Isteri Otomen, LeYa agak sedikit teruk sebab kerapkali juga otomen lihat bersin di waktu pagi dan menggaru hidungnya. So… apabila otomen diberi peluang memiliki produk terbaik ni, otomen ajukan pada LeYa dan cuba menggunakannya dalam masa 3 hingga 4 hari.

Dan… ternyata bersin LeYa di waktu pagi berkurangan. Alhamdulillah… Kesihatan isteri otomen dah kembali pulih dan sihat. Jadi, otomen memang recommend sangat kepada korang yang mengalami sakit resdung yang berpanjangan untuk cuba menggunakan produk ini.

IMG_5505

Hilangkan Resdung Seawal 3 Hari Dengan THYMOS Sinus/Nasal Allergies Spray

Jom otomen bawakan korang nama produk terbaik nih. Produknya yang kecil molek tetapi sangat berkesan. Yeah! Itu yang membuatkan hati otomen berbunga bila dapat pulihkan kesihatan isteri tercinta. Produk THYMOS Sinus/Nasal Allergies Spray merupakan produk yang membantu korang semua dalam masalah sakit resdung, kerap batuk dan juga alahan habuk.

Dengan hanya spray sahaja di kawasan atau sekeliling korang seperti di bantal, tilam, sofa dan langsir, korang akan rasakan satu pengudaraan yang nyaman dan segar serta membolehkan korang tidur dengan lena tanpa gangguan sinus lagi.

THYMOS Sinus/Nasal Allergies Spray memang sesuai kepada semua tidak kira lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Penggunaan yang cukup simple dan botol mudah dibawa ke mana sahaja membolehkan ramai menyukai dan menggunakannya

IMG_5513

Penggunaan Yang Simple dan Cepat

Setiap pagi, isteri otomen akan spray di baju beliau sebelum ke tempat kerja. Selama 4 hari itulah beliau mengamalkan produk THYMOS Sinus/Nasal Allergies Spray ini dan bergembira apabila kesannya amatlah terbaik kepada diri.

Otomen pun ada juga rasa segar dan kembali sihat dari masalah gatal-gatal muka apabila LeYa akan spray satu rumah dengan produk ini. Tak perlu susah-susah. Korang spray sahaja kat mana-mana secara rambang di bantal, tilam, baju, sofa, langsir dan lain-lain yang korang rasa ada bakteria tumbuh, dan bakteria itu akan kekal mati selama 12 jam. Ulangi semula untuk korang menginginkan kehidupan yang lebih ceria dan nyaman tanpa bakteria setiap hari.

THYMOS Anti Sinus / Nasal Allergies Spray merupakan disinfectant yang berbentuk spray yang digunakan untuk membantu mengurangkan dan membunuh patogen (kuman dan virus penyebab penyakit) dan allergen yang mengakibatkan alergi termasuklah resdung/ sinus dan radang hidung.

Teknologi ‘Revolutionary AirShield’ dari United Kingdom (Britain) ini membantu melepaskan anions dan elektron bakteriostatic. Elektron bakteriostatic inilah yang akan membentuk lapisan perisai untuk menghalang bendasing yang menyebabkan alahan hidung dan sinus.

THYMOS Anti Sinus/Allergies Spray terbukti mampu membunuh 99.99% virus influenza, aspergillus,  Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) iaitu bakteria yang menyebabkan jangkitan diseluruh badan dan candida.

THYMOS spray digunakan sebagai satu alternatif meningkatkan sistem imunisasi untuk menghalang masalah sinus, alergi, gatal dan radang hidung sebab teknologi ‘Self-Sanitizing’ yang berkesan dan tahan sehingga 12 jam lamanya.

Teknologi “Self Sanitizing” (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen dan allergen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 12 jam.

IMG_5503

Miliki THYMOS Sinus/Nasal Allergies Spray Sekarang

Korang teruja tak untuk memiliki produk THYMOS Sinus/Nasal Allergies Spray ni? So… apa korang tunggu lagi. Pergi serbu Guardian di kawasan berdekatan korang untuk memilikinya.  Harga untuk 1 botol adalah RM75 dan sekarang harga pengenalan hanya RM69.90 sahaja. Memang terbaik jika korang dah memilikinya. Semoga korang cepat sihat ye.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman-laman mereka:

Website :https://www.THYMOSglobal.com/hfmdspray

Facebook :https://www.facebook.com/THYMOS.uk/

Instagram :https://www.instagram.com/THYMOS.global/

Malaysian Distributor:

http://www.enapakmarketing.com/

https://www.facebook.com/enapakmalaysia/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.