Pakej Perkahwinan Lengkap dan Jimat Di Ambassador Putrajaya By Hanana Group

Biasalah kan bila nak kahwin, pasti pasangan pengantin akan memikirkan masalah duit. Bak kata orang semuanya zaman sekarang ni memerlukan duit. Tak ada duit, tak adalah kenduri kahwin seperti yang diimpikan.

Hari ini, ramai yang berpendapat bahawa nak kahwin memerlukan modal yang besar. Bila difikirkan yang kendurinya lain, jurugambar, baju pengantin, hidangan makanan, dan banyak lagi lah. Memang pening dibuatnya kedua pasangan mempelai kita tuh nanti. Nak-nak pulak pengantin menginginkan majlis yang agak grand sebagai kenangan terindah lah kata kan. Jadinya, memang pening lah kepala memikirkannya.

24300995_454751781586970_1383432326308303231_n

Kalau korang berada di sekitar Putrajaya dan tercari-cari lokasi pakej pengantin yang mewah bertaraf hotel lima bintang dan ditawarkan dengan harga yang murah, korang boleh singgah di Hanana Group yang terletak di Precint 15. 

Hanana Group Sdn Bhd merupakan sebuah organisasi yang menjalankan pakej perkahwinan seperti pelamin, katering, busana pengantin, tempahan dewan dan lain-lain yang melibatkan perkahwinan. Pendek kata, korang dah tak perlu risau dan pening-pening lagi. Semuanya ada di sini. 

Menurut pemiliknya, Norfazlin Abd. Ghafar, beliau menawarkan promosi sehingga RM10,000 kepada bakal pengantin yang inginkan majlis perkahwinan mewah dan setaraf lima bintang.

24293961_284063462116503_6151498827763464347_nDi antara pakej yang disediakan oleh Hanana Group adalah seperti:-

  • Dewan Besar (termasuk dekorasi) yang mana memuatkan seramai 350 orang pada satu-satu masa
  • Persalinan Pengantin
  • Make-up disediakan
  • Keperluan Dewan seperti Sistem Audio, Pengacara Majlis dan sebagainya
  • Jurugambar (vendor)
  • Katering
  • Sudut Minum Teh (kuih-muih)
  • Menja makan utama yang menempatkan seramai 10 orang

Terdapat lebih 100 pasang busana pengantin korang boleh dapati di sini. Jom kita tengok busana pengantin yang menarik yang ada.

IMG_9075Antara koleksi pakaian pengantin yang sempat diperagakan oleh rakan-rakan blogger. Tengok tuh! Memang sangat cantik dan berbaloi kan kalau korang memilikinya. 

Koleksi pakaian pengantin lelaki juga tidak kurang hebatnya. Tengok sahaja di bawah ini. Memang menepati citarasa pasangan pengantin yang datang ke sini.

Sudah puas menilik pakaian pengantin. Jom otomen bawakan pula korang melihat susunan dewan berserta pelaminnya yang cantik-cantik sekali. Dikatakan juga, pelamin ini dipilih bergantung kepada pakej yang diambil.

This slideshow requires JavaScript.

Tidak lengkap kiranya sesebuah majlis tanpa hidangan makanan yang enak-enak. Hidangan makanan disediakan oleh Hanana Catering bergantung kepada pakej yang diambil. Selain itu, pihak pengantin juga boleh membuat tambahan lauk jika mengkehendakinya kerana pihak Hanana Group amat menitikberatkan kepuasan pelanggan.

Tak perlu lagi nak cerita panjang. Korang yang masih tercari-cari lagi pakej perkahwinan mewah dan murah, bolehlah hubungi Hanana Group untuk nikmati pakej dari mereka. Korang bukan setakat menjimatkan wang ringgit, malah dapat menjimatkan masa kerana Hanana Group memiliki pakej lengkap dari kesemua aspek. Korang dah tak perlu pening-pening lagi. Memang puashati sangat.

IMG_9094

Untuk maklumat lanjut tentang Hanana Group, boleh dapati di bawah ini:-
Alamat
No. 92C, Jalan Perak,
Persiaran Diplomatik, Presint 15,
62050 Putrajaya.
Laman Web Official
Facebook
Instagram
#dewanperkahwinanputrajaya #ambassadorputrajaya #majlisperkahwinan #kahwin #dirgahayuputrajaya #hananagroup

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.