Pengalaman Bercuti Dalam Suasana Kampung Di Sungai Limau, Kedah | Road To Agro Tourism 4

Alhamdulillah… Selesai sudah perjalanan Otomen menjelajah negeri jelapang padi iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Langkawi. Okay… sebelum otomen bawa semua pembaca blog otomen lebih jauh, jom otomen ceritakan sedikit apa maksud agro tourism atau agro pelancongan yang mungkin masih ramai lagi tak tahu. Jadi, untuk pengetahuan semua, agro pelancongan ini adalah satu aktiviti pelancongan yang mana ia melibatkan aktiviti pertanian, perladangan, industri asas tani, perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti lain yang berkait rapat dengan agro pelancongan.

Oleh itu, baru-baru ini otomen berpeluang menyertai satu program Road To Agro Tourism (RTA) 4 anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ke agro pelancongan di utara semenanjung iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Langkawi selama 6 hari 5 malam.

IMG_5743

Nikmati Air Nira Di Ladang Nipah Ismail Che Kar

Bertolak dari Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur pada jam 9.00 pagi dan tiba di Ladang Nipah Ismail Che Kar, Yan, Kedah lebih kurang jam 3.30 petang. Sampai sahaja di sini pasti korang rasa apa yang ada dan menarik untuk dilawati? Namun, setelah otomen jejakkan kaki, barulah otomen sedar rupa-rupanya  ada banyak tempat-tempat menarik yang korang boleh lawati antaranya Ladang Nipah Ismail Che Kar dan nikmati air minuman nipah  yang manis dan sedap ini. Bukan setakat itu sahaja. Korang juga boleh merasai ketenangan dan keharmonian ketika bercuti di kampung.

IMG_5720

Apa itu Pokok Nipah?

Pokok nipah adalah tumbuhan palma yang hidup subur di kawasan berpaya, lembap dan berlumpur. Ia boleh didapati di pinggiran kampung, tepi sungai dan tepi pantai. Banyak manfaatnya yang boleh digunakan. Antaranya, daunnya boleh dijadikan atap, pembalut makanan dan juga dibuat ‘perasap’ sebagai rokok daun nipah. Buahnya pula boleh dimakan dan bila diproses boleh menghasilkan air atau dikenali dengan nira. Air Nira yang dihasilkan sangat enak dan manis sekali. Sesuai sangat sebagai penyejuk badan dan menghilangkan dahaga.

Ladang Nipah Ismail Che Kar ini telah beroperasi sejak 20 tahun lalu dan mula mempromosikan sebagai kawasan tarikan atau taman pada tahun 2009. Beliau bersama isterinya, Rohani Ali telah menaik taraf dengan mencantikkan kawasan paya bakau berdekatan rumah mereka. Pengunjung yang datang boleh menikmati satu jug nira dengan harga RM10.00 berserta sepinggan kacang goreng. Memang sedap dan tenang sekali ketika dibuai minuman nira di bawah pohon nipah sambil disapa angin bendang.

IMG_5756IMG_5748IMG_5751IMG_5739IMG_5753

Lawatan Ke Kompleks Latihan MADA

Seterusnya otomen dan rakan-rakan media yang lain dibawa pula ke Kompleks Latihan MADA yang terletak di Jalan Langgar, Alor Setar.

Penubuhan MRTC atau MADA ini adalah saranan daripada pihak Majlis Latihan Pertanian Negara (NATC) kepada Lembaga Pertanian Muda (MADA) selaras dengan KPI Menteri Pertanian pada tahun 2012 iaitu penubuhan 4 buah pusat bertauliah yang baru di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA).

MADA sebagai sebuah agensi di bawah MoA telah dilantik sebagai salah satu Agensi Pelaksana (takers) bagi NOSS Pertanian baru yang telah dibangun dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pembangunan NOSS dan Manual Latihan MoA.

28378525_1615104215233994_8204995232961368127_n

Program ini menggalakkan lebih ramai generasi muda melibatkan diri dalam bidang pertanian sebagai pekerja mahir dan pengusaha pertanian komersil serta berskala besar melalui penggunaan teknologi terkini yang bersesuaian bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti sektor pertanian Negara.

Untuk pengetahuan semua, otomen juga telah melaksanakan tugas menanam padi bagi merasai semula bagaimana nenek moyang kita dahulu kala membanting padi di sawah dengan keringat dan panas terik. Pengalaman ini memang sangat bagus kepada semua yang ingin meneroka sesuatu tempat dan mendalami kehidupan sesuatu masyarakat.

Otomen juga berkesempatan bermalam di asrama MADA yang sangat selesa dan cantik.

IMG_5764

Aktiviti agro pelancongan yang diadakan ini memang memenatkan tetapi ia sangat bermakna dan memberikan pengalaman yang menarik dan seronok ketika melakukan bersama rakan-rakan media lain.

IMG_5793

Menikmati Pemandangan Menarik Di Tengah Bendang dan Suasana Kampung

Aktiviti yang ditunggu-tunggu semua rakan-rakan media iaitu bergambar dan menikmati pemandangan menarik di sawah padi yang terbentang luas. Otomen sendiri sempat mengambil beberapa gambar yang cukup cantik untuk dikongsikan dengan korang semua.

IMG_5782IMG_5771IMG_5773IMG_5777

Aktiviti Malam : Majlis Makan Malam dan Suai Kenal

Pada hari yang sama itu juga, otomen berpeluang menyertai majlis makan malam dan suai kenal antara penduduk kampung dan juga rakan-rakan media yang lain. Cukup seronok kerana ianya dikelilingi aura positif dan gelak-tawa dalam sessi suai kenal itu. Boleh dikatakan kesemuanya sporting. Semasa aktiviti majlis makan malam ini dijalankan, otomen dapat melihat silaturrahim yang terjalin sesama masyarakat sangat baik sekali untuk ditunjukkan kepada pelancong luar Negara betapa harmoninya kehidupan masyarakat di Negara kita.

28276829_1615108661900216_9098130997666470364_n

Maklumat lanjut boleh layari seperti tertera di bawah ini:-

Ladang Nipah Ismail Che Kar
Alamat :
JKS 6, Jalan Kuala Sedaka, 06900 Yan, Kedah
(Coordinate: N5 52.174 E100 22.802)
Telefon : 012-4355104 atau 017-5542354

Kompleks Latihan MADA
Website : http://www.mada.gov.my/
Alamat :
MADA RICE TRAINING CENTER (MRTC)
Kompleks Latihan MADA
KM 4, Jalan Langgar,
05400 Alor Setar, Kedah.
Telefon : 04-7312162 atau 04-7312167
Email : komplekslatihanmada@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.