Ladang Mangga Tobiar, Pendang Kedah Tempat Wajib Dilawati

Masuk hari ke-2 Otomen di Utara. Hari ni otomen akan pergi ke Ladang Mangga Tobiar Gold yang terletak di daerah Pendang, Kedah. Ladang Mangga Tobiar ini adalah hak milik MADA dan mempunyai 18,000 batang pokok mempelam dari varieti Chokanan dan kawasannya seluas 40 hektar.

IMG_5813

Lawatan ke Ladang Mangga Tobiar Gold

Ladang ini juga dibuka untuk pelbagai aktiviti seperti lawatan ladang (samaada berjalan, berbasikal mahupun menaiki trem), memetik buah, memancing di kolam, latihan hands-on dan kemudahan mesyuarat. Di samping itu, pengunjung boleh menikmati pemandangan indah dari atas menara tinjau yang terdapat di ladang ini.

Pengunjung berpeluang alami sendiri bagaimana nikmatnya memetik buah mangga daripada pokoknya sendiri selain membeli di pasar-pasar dan supermarket. Ternyata satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Buah-buahan segar dari ladang gitu!

IMG_5819IMG_5824IMG_5844IMG_5860IMG_5899

Sebaik sahaja kami ke sini, kami dijamu dengan Jus Mangga Shake yang diblander sendiri yang sangat enak. Walaupun belum musim mangga, tetapi pihak MADA berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan sedikit buah mangga untuk kami.

Jutaan terima kasih otomen ucapkan pada pihak MADA kerana turut menyediakan makan tengah hari kepada otomen dan rakan-rakan dari trip RTA anjuran MTC ini. Memang best makan makanan lauk kampung dan ditambah pula perut memang sedang lapar. Kami dihidangkan tengah hari itu dengan lauk daging batang pisang, kerabu, sambal belacan dan ikan kering yang semuanya sedap-sedap belaka.

IMG_5934

Perut pun dah kekenyangan. Kami melihat pula bagaimana mereka membuat bedak sejuk menggunakan bahan-bahan semulajadi. First time otomen melihat mereka membuat bedak sejuk dan dimasukkan ke dalam daun. Memang betul-betul dari sumber alami taw!

IMG_5970

Lawatan Ke Sekitar Alor Setar

Selesai melawat Ladang Mangga Tobiar, otomen dan rakan-rakan dibawa pula melawat sekitar Alor Setar seperti Masjid Zahir, Balai Nobat dan galeri Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

IMG_5938

Singgah Petang Di IAT Biz @ MADA Corp.

Kami dibawa pula melawat ke IAT Biz @ MADA Corp. Terdapat pelbagai produk usahawan desa dijual di sini. Memang rambang mata lah korang lebih-lebih lagi kaum wanita. Almaklumlah sejak azali wanita dan shopping tak boleh dipisahkan. Hehehe… Mana taknya. Hampir kesemua produk-produk tersebut sangat menarik.

IMG_5942IMG_5959

Kami juga disediakan minum petang di sini. Otomen dapat menikmati laksa utara yang terbaik dari ladang di sini. Pada korang yang memang peminat laksa macam otomen, memang wajib singgah ke sini untuk merasainya.

IMG_5968

Kami terus sambung jelajah pada sebelah malamnya pula dengan aktiviti mencadat sotong. Tidak semua yang pergi memandangkan ramai di kalangan kami sudah kepenatan. Jadinya, otomen dan beberapa rakan media seramai 10 orang pergi mencadat sotong menaiki bot. Otomen berjaya juga mendapatkan dalam 5 ekor sotong dan terus bakar di situ untuk menikmati sotong segar dari laut. Jam 4.00 pagi kami bergerak pulang ke penginapan kami.

IMG_3736IMG_3737IMG_3805IMG_5999

Untuk maklumat lanjut, boleh layari seperti yang tertera di bawah:
 

Ladang Mempelam Tobiar Gold

Website : http://www.mada.gov.my/usahawan/produk-usahawan/tobiar-gold/

Alamat : 06700 Pendang, Kedah

Telefon : 04-7728255 

IAT Biz @ MADA Corp.

Website : http://www.mada.gov.my/usahawan/industri-asas-tani/iat-biz/

Entri ini bersempena Road To Agro Tourism 4 selama 6H 5M ke Utara iaitu Kedah dan Perlis yang dikelolai oleh MTC dengan kerjasama MADA, LPP dan LADA. Ucapan terima kasih tidak terhingga otomen ucapkan kepada semua kerana telah menaja travelogue ini.

3 thoughts on “Ladang Mangga Tobiar, Pendang Kedah Tempat Wajib Dilawati

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.