Masuk hari ke-2 Otomen di Utara. Hari ni otomen akan pergi ke Ladang Mangga Tobiar Gold yang terletak di daerah Pendang, Kedah. Ladang Mangga Tobiar ini adalah hak milik MADA dan mempunyai 18,000 batang pokok mempelam dari varieti Chokanan dan kawasannya seluas 40 hektar.
Lawatan ke Ladang Mangga Tobiar Gold
Ladang ini juga dibuka untuk pelbagai aktiviti seperti lawatan ladang (samaada berjalan, berbasikal mahupun menaiki trem), memetik buah, memancing di kolam, latihan hands-on dan kemudahan mesyuarat. Di samping itu, pengunjung boleh menikmati pemandangan indah dari atas menara tinjau yang terdapat di ladang ini.
Pengunjung berpeluang alami sendiri bagaimana nikmatnya memetik buah mangga daripada pokoknya sendiri selain membeli di pasar-pasar dan supermarket. Ternyata satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Buah-buahan segar dari ladang gitu!
Sebaik sahaja kami ke sini, kami dijamu dengan Jus Mangga Shake yang diblander sendiri yang sangat enak. Walaupun belum musim mangga, tetapi pihak MADA berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan sedikit buah mangga untuk kami.
Jutaan terima kasih otomen ucapkan pada pihak MADA kerana turut menyediakan makan tengah hari kepada otomen dan rakan-rakan dari trip RTA anjuran MTC ini. Memang best makan makanan lauk kampung dan ditambah pula perut memang sedang lapar. Kami dihidangkan tengah hari itu dengan lauk daging batang pisang, kerabu, sambal belacan dan ikan kering yang semuanya sedap-sedap belaka.
Perut pun dah kekenyangan. Kami melihat pula bagaimana mereka membuat bedak sejuk menggunakan bahan-bahan semulajadi. First time otomen melihat mereka membuat bedak sejuk dan dimasukkan ke dalam daun. Memang betul-betul dari sumber alami taw!
Lawatan Ke Sekitar Alor Setar
Selesai melawat Ladang Mangga Tobiar, otomen dan rakan-rakan dibawa pula melawat sekitar Alor Setar seperti Masjid Zahir, Balai Nobat dan galeri Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Singgah Petang Di IAT Biz @ MADA Corp.
Kami dibawa pula melawat ke IAT Biz @ MADA Corp. Terdapat pelbagai produk usahawan desa dijual di sini. Memang rambang mata lah korang lebih-lebih lagi kaum wanita. Almaklumlah sejak azali wanita dan shopping tak boleh dipisahkan. Hehehe… Mana taknya. Hampir kesemua produk-produk tersebut sangat menarik.
Kami juga disediakan minum petang di sini. Otomen dapat menikmati laksa utara yang terbaik dari ladang di sini. Pada korang yang memang peminat laksa macam otomen, memang wajib singgah ke sini untuk merasainya.
Kami terus sambung jelajah pada sebelah malamnya pula dengan aktiviti mencadat sotong. Tidak semua yang pergi memandangkan ramai di kalangan kami sudah kepenatan. Jadinya, otomen dan beberapa rakan media seramai 10 orang pergi mencadat sotong menaiki bot. Otomen berjaya juga mendapatkan dalam 5 ekor sotong dan terus bakar di situ untuk menikmati sotong segar dari laut. Jam 4.00 pagi kami bergerak pulang ke penginapan kami.
Ladang Mempelam Tobiar Gold
Website : http://www.mada.gov.my/usahawan/produk-usahawan/tobiar-gold/
Alamat : 06700 Pendang, Kedah
Telefon : 04-7728255
IAT Biz @ MADA Corp.
Website : http://www.mada.gov.my/usahawan/industri-asas-tani/iat-biz/
teringin nak pergi ladang mangga tobiar tu
nampak menarik
Terima kasih. Boleh je pergi nanti. Lagi best pergi bila musim buah
Nak tanye, untuk berjalan2 di sekitar kedah adakah public transportation selain taxi?