Siapa tak nak cantik kan? Lebih-lebih lagi golongan wanita. Wanita yang kita kenali sejak azali lagi memang sukakan kecantikan. Jadinya, jangan salahkan isteri-isteri atau ibu-ibu atau kakak dan adik permpuan korang jika mereka lama di hadapan cermin solek. Sudah menjadi lumrah kecantikan dan mereka. Malah bukan kecantikan diri sahaja. Kecantikan dari segi kekemasan rumah juga dititikberatkan. Barulah hidup ceria dan harmoni.
Baru-baru ini otomen berkesempatan bersama dalam sebuah Majlis Pelancaran Produk Kosmetik Umairah Uzma yang diadakan di Jibby East, Kuala Lumpur pada 03 Mac 2018. Sebagai seorang lelaki, otomen rasakan ia adalah majlis yang cukup santai dan humble tetapi meriah dengan pengasas telah memperkenalkan 4 produk barunya iaitu foundation, eyeliner, mascara dan perfume.
Pelancaran Produk Baru Umairah Uzma
Tercengang-cengang bila memperkatakan jenama Umairah Uzma ini memandangkan otomen memang langsung tidak tahu jenama alat makeup tanah air sekarang. Mujur ada Puan LeYa kita. Kalau tidak memang otomen sendiri tak tahu nak cakap. Hehehe…
- Umairah Uzma Glowing Foundation
- Umairah Uzma Eyeliner
- Umairah Uzma Make Up Fix Mist
- Umairah Uzma Super Mega Volume Giber Maskara
- Umairah Uzma Embrace Eau De Perfum
Latar Belakang Umairah Uzma
Okay… Umairah Uzma ni mula ditubuhkan pada tahun 2014 dan diasaskan oleh Puan Nurul Nur Ariani yang memang sukakan kecantikan, kekemasan dan kebersihan. Beliau telah menghasilkan produk sulongnya iaitu inai dan kemudiannya meneraju produk pewarna kuku (nail polish) yang sangat unik dan wudhuk friendly.
Umairah Uzma semakin dikenali dan memberanikan diri buat pertama kalinya menyertai pesta Mood Republik di PWTC dengan hanya menjual pewarna kuku sahaja pada ketika itu. Alhamdulillah, keuntungan di Mood Republik itu telah menjadikan modal untuk beliau keluarkan produk celak mekah (eyeliner).
Pada pertengahan tahun 2015, Umairah Uzma sekali lagi diberi ilham dan telah mengeluarkan produk Makeup Fix Spray yang berasaskan air semulajadi dan aloevera bagi merawat anak beliau yang menghidap penyakit ekszema sewaktu dari lahir. Ia telah terbukti berkesan apabila ekszema anaknya berkurangan dan sejak itu beliau menjual dan mempromosikan Makeup Fix Spray di Mood Republik.
Umairah Uzma mula mencipta nama di hati setiap pelanggannya pada hujung tahun 2015 dengan hanya menjual 4 produk tersebut. Ketika itu jugalah, Puan Nurul mendapat idea untuk mengeluarkan set lengkap glowing foundation bagi merawat kulit muka kusam dan berjerawat dengan harga mampu milik, percuma makeup fix spray dan berus.
Alhamdulillah, produk glowing foundation mendapat sambutan sehingga tahun 2017 di penjualan pesta Mood Republik pada setiap bulan. Produk Umairah Uzma semakin dikenali oleh semua golongan. Glowing foundation juga selain berfungsi merawat muka kusam, ia mampu merawat kulit sensitive, jerawat, memudarkan parut dan menyerikan wajah.
Mengorak langkah lebih jauh lagi di tahun 2017 dengan mengeluarkan 3 produk baru iaitu Arabic Coffee Scrub, Kunyit Scrub dan Charcoal Detox Mask. Ketiga-tiga produk ini mendapat permintaan tinggi di Australia dan mengeksport bahan mentah ke sana kerana ia bebas kimia, walaupun tidak menggunakan nama Umairah Uzma.
Pada tahun 2018, glowing foundation semakin mendapat perhatian dan Umairah Uzma telah banyak melahirkan agen-agen baru kepada surirumah yang ingin membantu suami menjana pendapatan. Glowing Foundation Umairah Uzma juga dihasilkan dengan pelekat sticker kerana pengasas sendiri menggalakkan orang ramai untuk menciplak dan menjadikan produk beliau sebagai produk mereka sendiri.
Ana dah try tau guna foundation Umairah Uzma ni. Serius memang best. Melembapkan kulit dan coverage pun bagus. Perfume pun wangi.
Untunglah boleh guna… Otomen hanya dapat guna perfume je.. Lain semuanya untuk LeYa..hehe..
wahhhh
ada lebih ke perfume?
nak sebotol
hahaha
Sorang satu je bang.. Hahaha…
Lain kali ade rezeki boleh lah kan..