Kembara Sebuah Perkampungan Terindah Di Keriang Hill

Bersambung semula kisah Otomen Taro mengembara ke Utara Semenanjung Malaysia yang telah dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Holiday Villa Langkawi, Pusat Kraftangan Malaysia Langkawi, Industri Kecil Sederhana Langkawi dan Cam Caravan.

Dah masuk hari ketiga otomen di sana. Kali ini otomen dan rakan-rakan media pergi ke Muzium Padi yang terletak di Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah. Bukan tak pernah melihat padi, tetapi setibanya otomen di muzium padi ini, ia memberikan persepsi baharu kepada otomen di mana terdapat banyak lukisan yang real yang mana ia menggambarkan kehidupan kampung sekitar Gunung Keriang. Menjelajah setiap satu lukisan yang berada di tingkat 3 ini, korang akan dapati ada platform berputar seperti di Menara KL. Jadi, tidak perlu penat-penat melangkah, korang dah boleh melihat setiap lukisan dengan penuh penghayatan. Memang terbaik!

IMG_6037IMG_6033IMG_6027IMG_6030

Selepas otomen melawat muzium padi, tiba masa untuk otomen mengisi perut yang sudah kekosongan, maklumlah otomen mesti mendapatkan tenaga untuk meneruskan beraksi di tempat yang lain. Kelain pula otomen merapukan….huhuhu

Sebenarnya otomen nak pergi menjamu selera waktu tengahari ini di sebuah tempat yang indah dengan pemandangan yang amat cantik lagi nyaman, iaitu Restoran The Puteri, yang terletak di Keriang Hill.

Suasana yang cukup mempesonakan dengan kicauan burung berkicauan ditambah lagi menu makanan tengah hari otomen dan rakan-rakan bercirikan lauk kampung yang sememangnya menjadi kegemaran otomen untuk santai dan tenang dalam suasana kampung.

IMG_6058

Jom Balik Kampung Di Keriang Hill

KERIANG HILL ini terletak di kaki Gunung Keriang dengan berpanoramakan gunung batu kapur yang mempunyai sejarah dan mitosnya yang tersendiri dan tersergam indah dengan hamparan sawah padi yang saujana mata memandang. Terletak 10km dari Bandar Alor Setar.

Mempunyai 15 buah Pondok yang berkonsepkan rumah kampung dengan berlainan reka bentuknya pada setiap satu. Apa yang uniknya dengan pondok ini adalah kerana ianya dipindahkan dari beberapa daerah di negeri Kedah dan di tempatkan di kaki Gunung Keriang, maka wujudlah satu resort perkampungan di dalam bandar yang dinamakan KERIANG HILL.

Ketenangan dari kesibukan kota, keindahan pokok-pokok yang meredupi dan kesejukan angin dari sawah padi yang terbentang luas, sambil menikmati alam semula jadi, KERIANG HILL merupakan satu tempat yang ideal bagi percutian idaman kepada yang ingin merasai suasana kampung bertepatan dengan slogan kami “Back To Kampung Life”.

Keluar dari kesesakan kota, tenangkan minda dan manjakan diri anda serta keluarga di KERIANG HILL.

IMG_6048IMG_6051

Kepada sesiapa yang berminat untuk menginap di Keriang Hill, boleh la hubungi dan layari laman web mereka di :
Keriang Hill Resort Sdn.Bhd
Mukim Gunung,
06570, Alor Setar,
Kedah Darul Aman
Reservation : +6 04 – 730 5232

IMG_6066

Melawat Pusat Pembuatan Wau Di Kedah

Kemudian lagi, otomen bergerak pula ke tempat Pusat Usahawan Kraf iaitu tempat pembuatan wau. Memang sangat menarik. Jangan korang tak tahu. Di Kedah juga ada tempat membuat wau. Bukan sahaja di Kelantan tau.

IMG_6005

 

IMG_3966IMG_6079IMG_6085IMG_6091IMG_6126

Singgah Melihat Mesin Pemotong Padi Di MNH Harvester

Dari pusat pembuatan wau, otomen bergerak lebih jauh lagi ke MNH Harvester. Di sini, otomen dapat lihat demonstrasi mesin pemotong padi atau dipanggil baler pengumpulan jerami. Ini bukanlah pertama kali otomen berada di sawah. Di kampung otomen sendiri juga di Merlimau ada sawah terbentang luas saujana mata memandang. Namun, untuk melihat sendiri mesin pemotong padi ini jarang-jarang pula nak nampak. Maklumlah, otomen dah merantau di KL. Jadi, peluang yang diberikan ini, otomen cuba semadikan kenangan terindah di sini.

IMG_6140IMG_6154IMG_6156IMG_6159

Pertunjukan Silat Di Kawasan Menara Alor Setar

Dari pagi bawa ke petang. Dan kini sudah pun malam. Otomen dan rakan-rakan masih lagi menimba pengalaman di tempat orang. Jauh perjalanan, luas pandangan. Tak gitu!

Jalan-jalan pula di sekitar Menara Alor Setar. Dah sampai Kedah, tak kan tak pergi menara dia kan. Menara Alor Setar adalah menara telekomunikasi yang setinggi 165.5m. Ia dibuka pada 14 Ogos 1997.

Selain daripada berperanan sebagai menara telekomunikasi, ia juga menjadi destinasi pelancongan yang sehingga kini ramai pelancong akan datang ke sini. Menara ini juga menempatkan beberapa restoran dan kedai cenderamata. Menara ini juga adalah menara pemerhati untuk mencari bulan sabit bagi menandakan permulaan bulan-bulan Islam seperti Ramadhan, Shawal dan Zulhijjah yang mana ia adalah untuk merayakan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

IMG_6169IMG_6176

Lebih meriah lagi, kami diberi layanan paling seronok dengan menyaksikan pencak silat yang sememangnya ia adalah sukan tradisi kita sejak dulu lagi.

Jom Kenali Pencak Silat?

Pencak silat ini adalah seni mempertahankan diri di mana ia adalah bentuk pertempuran penuh dengan menggabungkan serangan, bergelut dan membuang senjata. Setiap bahagian badan digunakan dan tertakluk kepada serangan.  Pencak silat sering diamalkan untuk pertahanan fizikal dan kadang-kadang juga untuk psikologi.

IMG_6179IMG_6180

Sebarang maklumat, boleh terus hubungi nombor telefon tertera di bawah:-

Alamat: Darul Aman Highway, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah

Telefon: 04-720 2234

Jadual Waktu Menara Alor Setar Dibuka dan Tutup
Rabu 8:30AM–10:30PM
Khamis 8:30AM–10:30PM
Jumaat 8:30AM–10:30PM
Sabtu 8:30AM–10:30PM
Ahad 8:30AM–10:30PM
Isnin 8:30AM–10:30PM
Selasa 8:30AM–10:30PM

One thought on “Kembara Sebuah Perkampungan Terindah Di Keriang Hill

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s