Terokai Cuti Sekolah Dengan Aktiviti Di Super Army Camp, Sungei Wang

Hari ni dah pun hari Khamis. Tapi masih cuti sekolah lagi kan. Jadi, Ibu bapa yang masih belum berpeluang bawa anak-anak jalan, apa kata bawa mereka rasai pengalaman paling menyeronokkan di Super Army Camp, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. Pasti ia mengujakan dan menjadi memori terindah buat mereka. Jom!

Decoration

Baru-baru ini, pada hujung minggu yang lalu, Otomen dan rakan-rakan blogger berkesempatan menerokai pengalaman di Super Army Camp dalam cabaran “Blogger Special Force”. Bertempat di Centre Court Concourse Level, korang boleh merasai detik bagaimana seorang tentera menjalani latihan di medan pertempuran.

IMG_7041IMG_7053IMG_7056

Korang dan anak-anak boleh melaksanakan aktiviti ini bersama-sama bagi meluangkan masa bersama insan tersayang. Ini akan memberikan korang satu pengalaman yang menarik dalam menjalani latihan tentera di mana kawasan pertempuran diubah menjadi medan tempur latihan tentera dengan pelbagai cabaran fizikal yang sangat menyeronokkan. Setiap para peserta akan dilengkapi dengan senjata dan diperlukan untuk menyelesaikan misi menembak dalam masa 3 minit. Bagi setiap sasaran yang terlepas, 18 saat akan ditambah di markah terakhir peserta. Jadi, korang perlulah bijak dalam menjimatkan peluru sekaligus mempercepatkan langkah untuk selesaikan semua misi tersebut. Tentera terpantas dari 3 pasukan (Beginner Troops, Junior Troops & Senior Troops) akan diberi ganjaran wang tunai dan pas keluar dari Blastarcars Malaysia.

Pengunjung Sungei Wang dialu-alukan untuk merasai sendiri pengalaman menjadi seorang askar yang luar biasa hebat dengan mengambil langkah dalam aktiviti cabaran di sini dengan mencabar minda dan fizikal melalui kepelbagaian halangan yang ada. Pengunjung yang telah membeli-belah minimum RM50 dalam satu resit, layak untuk mendapatkan tiket masuk ke kem latihan ini. Untuk menggalakkan korang semua menyimpan perasaan semangan perjuangan ketenteraan, korang akan diberi penebusan tanpa had kepada setiap peserta. Menarik bukan!

IMG_7062IMG_7071IMG_7078

Mana-mana adat pertandingan pasti ada yang menang dan kalah. Jadinya, di akhir cabaran akan ada pemenang yang berjaya menyelesaikan cabaran dengan masa terpantas. Otomen ucapkan tahniah dan syabas buat isteri otomen tercinta iaitu LeYa yang berjaya meraih tempat pertama dengan membawa pulang wang tunai RM300. LeYa telah berjaya menyelesaikan cabaran dalam masa 1 minit 49 saat. WoW! Hebat kan. Malang sekali, cabaran ini tidak berpihak pada otomen. Otomen meraih tempat keempat dan berjaya bawa pulang wang tunai RM30 sahaja. Walaubagaimanapun, ia adalah satu aktiviti menyeronokkan dan sangat sesuai untuk dilakukan seisi keluarga.

IMG_7188IMG_7199Sepanjang musim cuti sekolah ini, Super Army Camp membawakan korang dengan aktiviti menarik di dalamnya. Jangan lepaskan peluang. Turut diperkenalkan penaja rasmi aktiviti hebat ini adalah JChesterResources dan Blastarcars Malaysia. Super Army Camp bermula 16 Mac 2018 sehingga 25 Mac 2018. Rebut peluang ini sekarang!

IMG_7202Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi di Sungei Wang, boleh layari seperti di bawah:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.